10 August 2017

Photobook kedua dari Photobook Worlwide

Entri sebelum ni aku ada bagitau aku beli photobook kat lazada kan. Semalam photobook tu dah selamat sampai ditangan. Alhamdulillah segala kebimbangan dan kerisauan aku berkenaan paper yang digunakan terjawab akhirnya. 


Aku order/buat payment kat photobook pada hari khamis 3 Ogos 2017. Macam biasa masalah yang pasti berlaku adalah masalah nak send files tu. Aku tak tahu apa masalahnya tapi aku memang tak boleh nak 'upload order' through online. 


Jadi alternatifnya aku kena 'send order by mail'. Macam aku pernah cakap sebelum ni send by mail ni bukan kena hantar pakai setem tapi melalui internet jugak. Macam mana caranya nanti kalau rajin aku buat tutorial. Kalau rajinlah ye... Diketahui lately blog memang jarang berupdate. 


Aku rasa aku tak boleh send through online sebab aku guna pc opis. Pc opis ni banyak sekatan. Nak dengar youtube tak boleh. Nak dengar radio online pun kena bukak awal-awal pagi. Kalau bukak tengah-tengah hari memang tak leh connet. Nasib baiklah photobook ni ada banyak cara nak hantar order. Kalau tak burn lagilah duit aku tu. Sebab tu aku suka buat photobook guna photobook worlwide dari yang lain-lain. Tak berani lagi test company lain. 


Hari sabtu - 5 Ogos 2017 pihak photobook email bagi tracking no poslaju. Photobook dah siap. Cepatkan. Ikutkan hari selasa dah sampai kat opis tapi baru semalam aku amik kat kaunter. 


 



 I'm a happy customer. Siap jugak 'katalog' beg jeans aku.


*Korang sekarang kat lazada harga photobook ni hanya RM0.90 jer uolls. Aku dah beli 3 lagi untuk kawan-kawan. Kalau korang nak boleh grab kat SINI.

0 Comment: