14 July 2017

MobileXpression tempat untuk dapatkan baucar zalora percuma

Sebelum ni aku ada dapat baucar zalora rm 75 sebab jawab survey daripada yougov. Kemudian aku dapat lagi baucar dari zalora rm15 sebanyak dua kali. Boleh tengok bukti kat sini ye. Sekarang dalam process menuju kearah free baucar zalora buat kali ketiga pulak.


Sesiapa yang suka shopping kat zalora baik baca sampai habis macam mana nak dapatkan baucer percuma rm15 ni ye.. :-). Sebenarnya aku bukan kaki zalora apatah lagi kaki shopping online. Jarang sangatlah nak shopping online. Me prefer shopping offline terutama sekali bab baju. 


Star 2013 aku kenal zalora sampai sekarang tahun 2017 baru lima kali aku buat pembelian di zalora. Itu pun ada yang dipulangkan semula sebab tak memenuhi citarasa. Kebanyakan pembelian yang aku buat kat zalora ni disebabkan ada free baucer. Aku cuma tambah duit sikit jer. 


Berbalik kepada baucer percuma itu, ceritanya bulan lima yang lepas, aku dapat satu email suruh download applikasi mobile expression. Dapat email daripada pengusaha pusat-pusat tinjauan (survey) ni. Katanya sesiapa yang download mobile expression atleast seminggu akan secara automatik diberi baucer zalora sebanyak rm15. 


Baucar free sapa tak nak kan. Bukan buat apa pun. Just download pastu duk diam-diam situ, seminggu lepas tu boleh redeem dah baucer rm15 itu. 


Kalau kita kekal aktif selama 90 hari katanya akan dihantar pokok pengetahuan kepada kita. Pokok pengetahuan ni aku tak tahu macam mana sebab aku baru daftar dua bulan. Tunggu sebulan lagi nanti aku update kalau dapat pokoknya.


Sementara tu setiap minggu diorang akan bagi kita kredit sebanyak 20mata. Genap 100 kredit boleh redeem lagi baucar zalora rm15.  Maknanya setiap lima minggu kita dapat lima belas ringgit baucer percuma dari zalora.



Serba sedikit mengenai mobile expression. More information about mobile expression click HERE.. Boleh daftar kat situ..


Tak yah buat apa-apa pun park je applikasi mobile expression dalam hp kita dapat rm15 sebagai ganjaran. Boleh tambah-tambah store kredit dalam akaun zalora tu. 





Sekarang aku gian membeli backpack kat zalora sebab kalau beli baju selalu cutting tak kena. Itu yang kena refund balik. Ada lagi ni beg yang di aim nak beli. Tunggu store kredit banyak skit. Buat beg sekolah bebudak. Kerap sangat beg diorang ni terkoyak. Berat sangat gamaknya.  


Sesiapa yang first time nak shopping kat zalora boleh dapat 15% diskaun kalau masukkan kod diskaun ZBAPZiW.

1 Comment:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)