21 June 2016

Ramadhan 2016

Lama dah tak update blog. Last hujung bulan mei. Sekarang dah nak hujung bulan jun. Kekangan masa sangat. Disamping keadaan kesihatan keluarga yang tak menentu mana mungkin nak update blog dengan tenang. Nak update blog ni kena ada ketenangan hati baru feel.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua follower blog aziazidah. Hahaha dah 16 ramadhan baru nak ucap. Tak pe aku tau ada masih ada segelintir yang membaca blog aku ni. Buktinya masih ada yang email tanya memacam especially mengenai beg jeans dan cuti tanpa gaji. Well you know me. Cuti tanpa gaji sangat sinonim dengan aku. Cuti separuh gaji pun aku pulun juga. Sekarang merana nak membayau... :p

Ramadhan 2016 bagi aku ramadhan yang paling simple. Tak tahu kenapa tak ada rasa excited langsung. Samaada dari segi juadah berbuka atau persediaan menyambut raya. Makan apa adanya. Kalau tahun sebelum ni tiap petang mesti mengukur jalan cari kuih muih. Kali ni non ada. Buat kuih onde-onde bodoh-bodoh tu pun tak. Berbuka masak nasi dan lauk macam hari biasa je. Untung ada orang bagi bubur lambuk ke adalah menu tambahan. Kalau tak memang makan nasi semata. Tu pun dah cukup kenyang. Air je beli. Puasa kali ni banyak berbuka dengan air longan. Milk booster tu.... 

Semalam ada rezeki lebih laki bawak balik nasi beriani. Lauk ayam masak merah. Tol mana ntah yang baik hati sedekah. Aku tambah masak sardin ngan ayam goreng je. Tak makan pun diorang lauk aku masak tu. Lauk tu buat sahur. Itu pun ada lagi lebih boleh panaskan petang ni tambah sikit lagi lauk. Lauk simple macam ni lagi sedap dari beli kat bazar. Lauk pasar ramadhan tak puas makan. Sori gambar non ada. Nak masak ni pun macam lipas kudung. Inikan nak snap-snap. Airis kuat meragam lately sebab kesihatan dia agak memburuk. Risau.., Berapa kali dah muntah. Malam tadi pun muntah lagi. Terpaksa amik neb. Sofea pun sama last week demam dan kencing kotor. Dugaan btul bulan puasa. 

Ermm dua minggu lagi raya. Persiapan raya???. Adalah aku tempah baju kat ahsoo. Actually tu untuk baju kerja tapi sampai sekarang tak siap-siap. Bolehlah buat raya nanti. Ada lebihan kain buat jubah sofea. Airis tak ada. Sebab tak ada sambutan raya kat taska tu rasanya. Hakeem baju melayu tak beli pun. Pakai jelah baju kemeja untuk sambutan raya tadika nanti. Malas aku nak beli. Macam tak berbaloi. Sebab tak kemana. 

Minggu lepas laki aku ada kata nak balik kelantan. Lepas tu macam jadi tak jadi jer. Lagilah aku malas nak prepare. Adalah baju jalan baru tuk budak-budak tu sepasang dua. Cukuplah tu. Orang tua pakai je baju yang ada.

Apa pun buat semua pembaca blog ni selamat menyambut ramadhan dan selamat menyambut hari raya aku ucap. Ampun dan maaf aku pohon jika ada kesilapan perkataan dan perbuatan sepanjang enam tahun penulisan aku di sini. Senang sekali harung je aku wish eh. Tak tahu bila lagi nak update pasni. Kalau rajin dan ada masa free aku taip lagi. 

Wasalamu....