11 January 2016

Duit belanja anak kat sekolah

Kita skip dulu cerita hari pertama persekolahan. Ni nak cerita pasal duit belanja dulu. First day hari tu aku ada dengar WHI bicarakan topik duit belanja sekolah anak. Bagi ibubapa yang anak baru first time masuk sekolah macam aku memang isu jugak nak bagi berapa duit sehari kat anak-anak. Seringgitkah, dua ringgitkah atau lima ringgit? 

WHI temubual murid-murid tu, ada yang bagitau mak ayah rata-rata kat pantai timur sinun bagi rm1 satu sesi. Murah kot makanan kat sana. Ada jugak yang bagi tiga ringgit tak kurang jugak yang bagi rm5. Tapi kebanyakan average bagi rm3 pagi petang. Yang rm5 tu area kl aku rasa. Iyelah harga nasi lemak, bihun/mee kat sekolah sofea sebungkus pun dah rm1.50. Air rm1. Cukuplah budak nak beli kalau bagi rm2.50 pagi rm2.50 petang. Maknanya sebulan kena spend dalam rm100.00. Banyak jugak.... Belum campur transit kat rumah ustazah sebulan kena bayar rm135. Total untuk sofea rm235lah. 

Dibandingkan zaman aku, dua puluh lima tahun lepas emak aku bagi aku 60sen sekolah pagi. Empat posen sekolah petang dan diiringi bekal. Sekarang bawak sen sen memang tak dak apa. Itu pun dulu aku dapat RMT. Sekolah agama pulak kekadang aku bawak bekal nasi lagi tu. Kalau tak bawak bekal kadang aku beli kadang tak. Tengok pada perut. Kadang lapar sesikit aku tak beli sebab aku sayang duit. Tau susahnya nak dapat duit. Budak sekarang mewah aku tengok. Sebab tu aku nak terapkan kat sofea betapa bernilainya duit. Jangan mudah-mudah belanja itu ini. Boros...

So untuk sofea aku bagi rm1 untuk sek. kebangsaan dan rm1 jugak untuk sekolah agama. Sekolah kebangsaan aku bawakkan dia bekal. Air putih pun bawak. Cukuplah rm1 tu incase dia masih lapar. Tapi sepanjang sekolah ni tak pernah sekali pun dia beli makanan kat kantin. Mee, nasi goreng, roti yang aku bagi tu dah cukup kenyang. Ada sehari tu hari kamis tak silap dah dia kata tak yah bawak duit, aku malaslah nak letak duit, pastu boleh pulak bekal tertinggal kat rumah. Sepuluh kali kot aku pesan bawak bekal bawak bekal tak ingat2 jugak. Mr.mama time hantar tu boleh berlenggang kangkung satu sen duit pun tak bawak. Mendapatlah pergi sekolah dua kali hantar bekal punya pasal. Cuak giler muka sofea time tu.

Sekolah agama setiap hari aku tak miss letak rm1 dalam beg duit kecik dia tu. Sebab memula aku tak bagi bekal. Just bagi air putih. Hari pertama tu duit dia habis sebab kawan satu tadika dia mintak pinjam nak beli air. Hai awal awal dah kena paw. Hari kedua habis beli nugget. Hari ketiga dia beli hotdog tapi kawan dia tu sekali lagi mintak pinjam duit sebab hari rabu tu sofea bawak dua ringgit. Mr. mama bagi lagi seringgit. Terus hari keempat ngan kelima tu aku bekalkan dia biskut. Tapi seringgit bagi jugak sebab aku takut pia lapar makan biskut tak kenyang. Kalau bawak bekal memang pia tak beli kat kantin. Duit tu aku suruh masuk tabung.

Nasib baik isha tu tak mintak pinjam duit hari kamis ngan jumaat tu walau pun tak bawak duit. Kesian betul aku dengar pasal isha ni. Dalam masa yang sama geram jugak. Aku tanya isha tu tak bawak air dan duit ke? Pia kata hari kedua tu je bawak air pastu tak bawak. Mak dia pun tak bagi duit belanja. Mungkin sebab tengahari dah makan kat rumah kot. Tak kesian ke kat anak. Sampai anak terpaksa meminjam. Tak kanlah tak tanya kat anak kan. Aku tak boleh terima mak isha ni boleh bekalkan air untuk hari selasa tu je. Pastu dah tak bekalkan. Tak kan lupa kot. Sekolah baru seminggu belum sebulan setahun dua tahun....

0 Comment: