28 January 2016

Kerabu Kacang Botol

Blog ni memang payah nak jumpa entri resepi. Sebab menu aku masak setiap hari menu simple-simple je. Tak ada yang special. Lebih lagi ada anak yang tak makan pedas. Sup ayam, ikan kicap, tomyam, ikan tauchu... Itu semua orang pun tahu. 

Yang ni resepi kerabu kacang botol mungkin ada yang tak tahu. Macam aku. Lets kita share... Aku amik resepi ni dalam buku 300 menu ramadan & syawal. Pinjam kawan opis punya. Kebetulan kakak aku baru bagi kacang botol. Nak harap aku beli takla. Bukan tak suka makan. Aku suka ulam-ulam ni. Paling suka daun selom. Tapi membelinya macam payah. Duluuuuuuu masa arwah mak aku ada lagi, kat rumah tu rasanya ada pokok kacang botol ni sekejap kalau tak silap. Pastu dah mati kot.


Bahan-bahan:

5 batang kacang botol (di hiris)
1 biji bawang besar (di hiris)
1 biji cili merah (di kisar)
3 biji cili api (di kisar)
1 sm belacan (di kisar)
15 ekor ikan bilis (di kisar)
2 biji limau nipis
Garam secukupnya

Gaul semua bahan hiris dan kisar sehingga sebati. Kemudian perasakan dgn garam dan limau nipis.


Mudah sangatkan. Sesuai sangat untuk aku yang asyik masak makanan tak pedas. Oh ya belacan tu aku agak-agak je. Tak denye ngukur 1sm tu banyak mana. Ikan bilis tu pun kuasa nak kira 15 ekor. Agak-agak jugak.

Hasil buat semalam. Makan dengan nasi pepanas + ikan goreng. Memang membangkitkan selera. Kata orang, mak mertua lalu kat sebelah pun tak perasan. kihkihkih...

27 January 2016

Redeem Topup Umobile RM5 di BCARD

Pernah dengar tak BCARD reward sistem. Ala bcard ni macam bonuslink card. Kita beli barang, kumpul point boleh redeem certain barang. Aku dapat tahu pasal bcard ni sebab beli barang kat zalora. Tetiba dia suruh masukkan nombor Bcard. Bila kita kata tak ada bcard, sistem terus suruh isi la la tu jugak. Kalau tidak tak buat-buat jugak.

Dalam beberapa minggu sampai card ni kat opis. Aku tak guna sangat pun. Sebab merchant yang guna sistem bcard ni banyak yang aku tak beli barangan diorang. Setakat zalora tu je lah. Kat lazada pun boleh collect tapi aku tak pernah membeli kat lazada. Pastu caltex, 7eleven, cosway, umobile, kenny roger dan banyak lagi. Korang boleh refer dan daftar kat SINI k.

Cara nak collect point bcard ni selain beli kat merchat tertentu boleh jugak collect melalui jawab survey. Nanti diorang akan email survey-survey yang nak kena jawab. So jawab cecepat sebab lambat nanti survey ditutup. Kebanyakan point aku collect dari jawab survey. Nak collect dari beli barang ntah berapa lama nak dapat 700point tu. 

First redeem aku topup umobile rm5. Tak sampai seminit redeem dah masuk duit rm5 tu. Sapa nak bagi. Itu nasib baik ada ada no umobile. Nombor umobile tu pun aku dapat percuma dekat tesco. Kalau tidak tak tahu nak redeem apa. 

Yang lain tu semua nak kena point ribu ribu baru boleh redeem. Tunggu lelama kang expired pulak point tu macam bonuslink. Baiklah amik je apa ada. Korang pun join tau rugi tak join sapa yang suka shopping online especially kat zalora and lazada tu.

22 January 2016

Urusan pertukaran sekolah darjah satu

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur sangat akhirnya selesai jugak semua masalah persekolahan sofea. Tiada apa yang mampu aku ucapkan selain memanjat rasa kesyukuran yang tak terhingga kepadaMU. Sesungguhnya ALLAH sentiasa ada dan ingat pada setiap hambanya dimuka bumi ini cuma kita yang selalu lalai kepadanya.



Alhamdulillah again. Fuhhh... Aku rasa macam baru terlepas dari memikul batu yang besar kat atas bahu ni bila dapat surat dari PPD bagitau permohonan pertukaran sekolah sofea diluluskan. Punya gembira rasa nak habaq satu dunia. Mana taknya sejak dari hujung tahun lepas lagi aku duk risau. Selepas keputusan rayuan pertukaran sekolah secara online tak berjaya rasa sesak. Tak boleh nak fikir. Macam mana sofea nak pergi sekolah. Sapa nak amik balik sekolah pergi sekolah agama. Bus sekolah tak ada. Kalau boleh nak hantar pepagi tu tahan ke nak hadap selama enam tahun. Tak sanggup aku fikirkan anak sekolah tak sekolah. Aku ni jenis yang memikir. Selagi tak selesai selagi tu rasa seperti menanggung beban yang besar.

Macam-macam ikhtiar aku buat nak bagi dapat tukar sekolah sebelum tarikh persekolah 2016 bermula. Sampai hantar suruh kat kementerian pendidikan tau. Tapi kementerian cuma kata akan take note jika ada kekosongan. Aku tau sekolah yang aku nak tu sekolah hot. Pack sangat. Keberangkalian nak dapat tu mmg tipis la.

Kemudian bila dapat tahu boleh buat rayuan secara manual 18/1 terus hari selasa lepas pergi sekolah isi borang, dapatkan tandatangan guru besar dan hari tu jugak ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (jps). Walaupun sebenarnya proses meluluskan pertukaran sekolah dibuat oleh Pejabat Pendidikan Daerah (ppd)

Bukan apa, ppd ni kita boleh ibaratkan macam anak kepada jps. Jadi anak kenalah ikut cakap mak. Sebab itu aku pergi jps terus. Dengan harapan power yang diorang ada bolehlah tolong aku kan. Gigih aku pergi jps sorang-sorang lepas hantar sofea sekolah. Sampai silap-silap jalan. Memang blur jps ni kat mana. Even aku empat tahun berulang seksyen 2 tu tak pernah nak amik tau seksyen 4 kat mana. Nasib baiklah allah permudahankan perjalanan. Jumpa jugak. Ikutkan nak bawak sofea buat teman tapi sebab dia dah lama tak sekolah dia tak mahu ikut. Nak pergi sekolah pulak. Nak harapkan mr. mama teman memang tak lah. Memanjang sibuk keje. Baiklah aku hogah sendiri. Bila dah sampai jps diorang kata kena pergi ppd jugak. Depa tak boleh tolong. Ala tau bukan tak boleh tolong tapi memang tak nak tolong kan.


Muka tenang semasa daku memandu. ngeh ngeh ngeh

Ok fine, kita cari ppd pulak. Walau macam mana pun nak settle kan hari tu jugak. Dah dua minggu dah sofea tak sekolah. Nasib baik jumpa ppd petaling perdana tu. Sampai kat sana rupanya ramai betul orang nak tukar sekolah. Ingatkan aku je yang kecoh nak tukar. Penuh orang beratur sampai keluar bangunan. Kalau nak tunggu turn ni mmg tak sempat dengan nak amik sofea pukul 1 satu kat sekolah nanti. Waktu tu dah pukul sebelas.

Tapi alhamdulillah segalanya dah selesai. Allah tunjukkan jalan dan permudahan segala urusan bagi hambanya yang sentiasa berikhtiar dan berusaha. (~.^). Insyaallah selasa depan sofea akan mendaftar disekolah baru. Semoga selepas ini semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah....


20 January 2016

Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Penolong Pegawai Penguatkuasa N27

Semalam aku terima sms daripada spa. Spa menjemput aku untuk menghadiri pemeriksaan fizikal & pancaindera pen. pegawai penguatkuasa N27. Terkejut jugak bila dapat sms tu sebab beberapa minggu lepas masa semak kat web spa tulis untuk pengambilan penolong pegawai penguatkuasa JPJ aku tak lepas. Semak sekali lagi rupanya yang ni untuk jawatan di KPDNKK

Diberitahu melalui emel jugak.



Atas ni adalah panduan pemeriksaan yang akan dilakukan pada hari tersebut. Aku sebenarnya ada dua kekhuatiran. Satu berkaitan berat badan. Duanya rabun. Baru-baru ni aku timbang badan aku 46.5kg. Hujung tahun lepas timbang 48.5kg. Beberapa bulan sebelum tu 43kg. Berubah-berubah saja berat badan aku. Kang hujung bulan ni pi timbang ntahkan turun lagi. Aku syak ini disebabkan aku menyusu airis.

Berkaitan rabun memang sah-sah aku pakai spek mata. Cuma dua tiga minggu ni aku rasa lagi comfortable kalau tak pakai spek mata masa buat keje kat opis. Bawak kereta masih lagi alwajibun. Aku rasa ada penurunan power pada mata aku. Power aku dulu 250. Kalau turun berapa sangatlah. Maybe 200. Ko ghase? Masih ditahap rabun banyak ke sikit? Nak dapatkan jarak penglihatan 6/9 tanpa memakai cermin mata tu boleh ker?.

Ujian kecergasan tu aku tak risau sangat. Dulu masa sekolah, sukan yang aku masuk semua pun jenis lari, merentas desa, lompat tinggi dan jauh. No hal la setakat lari 10m. Dulu 4 x 400m tau. Hahaha... berlagak sangat ni. Dah berapa lama tinggalkan alam persekolahan tu???. Anak tiga dah oi. 

Sebenarnya maksud aku kalau gagal kat ujian kecergasan nampak bermaruah lah sikit. Taklah malu dan rasa kecewa sangat. Tidaklah menyerah sebelum berjuang. Ini belum apa-apa dah dihalau balik apa cer. Jadinya hati aku adalah berbelah bagi nak pergi atau tidak.... 

Apa ke payah benar nak naik pangkat ni haaa....

15 January 2016

Tawaran Kelas mengaji dan kelas tambahan

Seminggu dua ni banyak pulak surat-surat yang dibawa balik sofea dari sekolah agama. Antaranya surat tawaran untuk mengikuti kelas tambahan dan kelas mengaji. 

Kelas tambahan awal-awal dah tahu. Masa taklimat hari penempatan kelas cikgu dah cakap. Kelas ni optional. Siapa nak ikut dialu-alukan. Tak nak tak ada paksaan. Offcourse la nak. Zaman sekarang persaingan sengit. Budak-budak sekarang otak semua geliga. Kalau tak pergi kelas tambahan kang keciciran pelajaran pulak sofea. Dasatkan budak sekarang. Darjah satu pun dah kena pi kelas tambahan.  Sabtu sekolah. Mana lagi yang amik kelas piano, gitar, renang dan sebagai. Bila nak rehatnya. Kalau aku di zaman sekarang rasa macam tak mampu jer.

Yuran sebulan untuk kelas tambahan ni hanya rm35.00. Tuisyen dari pukul 2.30 - 5.30ptg. Jatuh yuran sehari tuisyen dalam rm8++. Kali dengan tujuk subjek. Murah sangat tu. Nak cari tuisyen kat luar sana subjek agama ni bukan mudah dan semestinya lagi mahal. 

Kelas mengaji pun sama rm35.00. Setiap hari selasa, rabu dan kamis selepas abis sekolah selama setengah jam. 5.40 - 6.10ptg. Sebelum ni aku tak pernah lagi masukkan sofea kelas mengaji mana-mana. Hanya yang belajar kat tadika islam tu je lah. Sepanjang belajar dua tahun kat tadika islam pia dah boleh baca "a e u, ba bi bu, ta ti tu, sa si su" tu semua. Baca/tulis jawi dua suku kata tu boleh skit-skit.  Dan ada hafaz beberapa surah pendek. Memang ada perancangan nak cari kelas mengaji alquran sebenarnya. 

Kalau dulu mak hantar aku mengaji alquran waktu malam. Dalam pukul 9malam, 10malam baru habis. Tersengguk-sengguk mengantuk. Ini sekolah offer lepas abis sekolah pastu boleh consider nak belajar sebelum kelas atau waktu rehat atau sebelum balik bagi yang naik van takut tertinggal bus sekolah. Pucuk dicita ulam mendatang. Bagus sangat dah ni.  Zaman dulu mana ada semua ni. Banyak betul pembaharuan dan penambah baikkan. Tak tahulah memang semua sekolah under jais macam ni ke tak..

Sekolah kebangsaan apa citer hoi... Sunyi sepi tak de khabar berita. Seminggu dah tak datang sekolah takde siapa dont care. Budak SK Tohoi kemahen risau depa tak pi sekolah. huhu...

13 January 2016

Persekolahan 2016 Sofea darjah 1

Tahun ni sofea darjah satu. Aku sebenarnya malas nak taip cerita pasal sekolah pia sebab banyak drama duka plus gambar kenangan first day pun tak ada. Tepon boleh pulak buat hal rosak time tu. Tapi sebab ini tahun pertama sofea sekolah rendah, taip jugaklah untuk buat kenang-kenangan dimasa akan datang. 

Bercakap persiapan persekolahan sofea sederhana saja. Beli pun last2 minit. Main cecapai tak de beria survey sangat. Dalam pada sederhana tu rabak gaklah 300 lebih. Standartlah kan anak tahun satu semua kena beli. Itu pun alat tulis langsung aku tak beli. Pakai je mana yang ada masa tadika dulu. 

Actually perbelanjaan ni masih boleh dikurangkan. Macam aku cakap aku tak survey kedai kat puchong tu mana yang murah. Nampak rasa ok terus beli. Banyak kedai budget kat puchong ni sebenarnya. Aku je yang malas survey. Macam beg sekolah tu aku beli rm42.90, kalau cari boleh dapat dalam dua tiga puluh jer. Pastu tudung aku beli kat giant kat booth2 kecil tu sehelai rm10. Beli empat lai pun tak leh kurang. Kemudian aku jumpa satu kedai tu tudung sebijik cam aku beli rm6.90 selai. Itu sikit ini sikit dah boleh kurang berapa dah kan. 

Belum lagi kasut pun ada kerugian dalam belian. Aku beli kasut kat area pasar sungai way. Kakak aku kata barang sekolah situ murah. Hape sekali pergi lebih kurang sama je rege ngan puchong. Yang murah tu tahun lepas. Sebelum gst dapatlah baju sehelai rm10. Sekarang semua rm15 dan keatas. Kasut sekolah tu jelah worth it rm13.90 sepasang. Beli tiga pasang. Then tengok kat tesco, bintang fashion lagi murah pattern sama rm5 - rm7 jer. Ntah kualiti sama ke tak, dont know

Aku sediakan baju sekolah kebangsaan tiga pasang, sekolah agama dua pasang. Kasut tiga pasang. Stokin 6 pasang. Satu bundle dah siap ada tiga pasang. Baju sekolah kebangsaan aku tempah. Kebetulan ada lebih kain putih dan biru. Tempah kat ahsoo rm100. Silap atas tu tulis rm90. Aku budget sepasang rm30 sekali bayar dia lumsum terus rm100. Kalau kena beli kain memang tak tempah ar. Berganda mahal. Then tambah beli baju sekolah agama dua pasang harga pun lelebih kurang tempah jugak. Cuma yang tempah tu puas hatilah. Jahitan kemas, kain berkualiti. Stokin, beg sekolah, baju t-shirt pun beli kat kawanmu. Tracksuit kat bintang fashion. Warna hitam. Dengar taklimat sekolah suruh pakai warna biru gelap. Fedulik. Tak kuasa nak beli lain.

Tiba hari persekolahan 4/1. Sebelum tu ada orientasi 30/12/2015. Pun tak dak gambar. Orientasi untuk amik ujian tentukan kelas. Sofea dapat kelas kedua dari lima kelas. Oklaaa... Hari tu aku cuti. Melampau na tak cuti anak nak masuk darjah satu. Aku hantar ngan mr. mama, tunggu sampai pia masuk kelas pastu balik. Kuasa aku nak tunggu whole day. Sofea can do it la. Tengahari balik amik tanya sofea makan tak, beli tak? Dia bagitau dia tak makan sebab tak jumpa bekal nasi lemak yang aku letak dalam beg. Duit pun lupa nak amik. Bawak botol air je kat kantin. Balik rumah kebulur. Licin makan nasi lemak pagi tadi. 

Aku tanya pia belajar apa. Dia kata tak belajar pape pun. Kenalkan diri. Cikgu tanya nak jadi apa bila besar. As dia bagitau berkali-kali. Pia nak jadi NURSE. Aku sampai sekarang tak faham kenapa nurse bukan doktor. Boleh ke pia nak cuci berak, bersihkan katil pesakit. Dengan muka berkerut dia kata bolelaa.... Ala kadar je jawabnya pun. huhu.... Nampak sangat dia tak tahu nature nurse tu macam mana. Yang dia tahu nak tolong orang sakit je. Lepas tu cikgu tanya siapa pandai menyanyi. Pia sorang angkat tangan. Malu pia katanya, dia sorang je angkat tangan. Cikgu suruh nyanyi pia nyanyi lagu satu dua tiga. Tak rock betul. Kat rumah kemain lagi nyanyi lagu memacam.

Esoknya aku suruh pegang je bekal tu tak yah masuk dalam beg. Eh esoknya selasa sofea tak sekolah sebab tak de sapa nak hantar amik. Rabu sampai jumaat baru sekolah balik. Minggu ni langsung tak sekolah sebab mr. mama kena tukar kerja waktu malam. Helppp rungsing sangat ni anak tak sekolah. Nak tunggu senin depan mohon tukar. Harap-harap berjaya. Sapa ada kabel kuat kat ppd mai tolong.....

Seketul gambar hari jumaat. Sekarang mudah. Baju pj boleh pakai sampai balik. Zaman kita dulu kena tukar-tukar. leceh.

Sekarang sofea cuma sekolah agama. Pagi duduk rumah ustazah menanti pukul dua. Cerita hari pertama kat sekolah agama lagi senang. Aku hantar bayar duit yuran terus balik. Mr.mama tak ikut. Petang aku suruh dia tunggu kat rumah ustazah. Mudah sangat jaga sofea ni. Cuma dia kuat benar main. 

Semalam kening berdarah sebab main lari lari ngan kawan lelaki kena pintu. Sofea jenis suka berkawan. Banyak kawan lelaki pulak tu. Teringat pia kata kawan kat sek kebangsaan sebelah dia perempuan asyik termenung dia macam tak happy. Boring. Kawan-kawan tadika dia pulak banyak yang dapat sekolah lain. Hopefully pia dapatlah sekolah yang ada kawan-kawan tadika dia nanti. Amin.

12 January 2016

Kisah Isha

Rentetan dari kisah duit belanja kisah isha. Semalam sofea cerita lagi pasal isha. Kali ni bukan pasal duit tapi pasal baju sekolah pulak.  

Sofea : ada sorang budak tu kan mama dia tak pergi sekolah.
Aku: kenapa?
Sofea: sebab dia tak ada baju sekolah.
Aku: iye ker? tak sekolah langsung pagi petang ker.
Sofea: iye. langsung tak sekolah.
Aku: betul ker? habis dia duduk rumah ustazah je lah. dia darjah berapa?
Sofea: Dia darjah 3. macam faris tu. dia duk umah ustazah je lah.
Aku: *faris mana pulak tu* ermm betul ker?
Sofea: Iye... Tadi kan mama isha cari baju sekolah agama dia, tak jumpa.
Aku: Habis tu dia tak pergi sekolah agama lah.
Sofea: Pergi. Dia pakai baju sekolah kebangsaan,
Aku: Kain pakai kain sekolah agamalah kan. Kain hijau...
Sofea: Tak. Dia pakai kain hitam.
Aku: Habis cikgu tak marah ker?
Sofea: Ustazah marah la...


Aku sebenarnya kesian dengar pasal isha. Sebelum ni aku kata memacam. Kenapa emak isha tak nak bagi duit belanja. Tak nak buatkan bekal. Lepas dengar sofea cerita macam ni. Aku jadi berfikir-fikir. Jiwa luluh. Hati rasa pedih. Macam tak percaya ada budak yang tak pergi sekolah sebab tak ada baju sekolah *entah betul ke tak cerita pia ni*. Area rumah aku yang kira bandar pulak tu. Terfikir sejauh mana tahap kesusahan yang dia hadapi. 

Aku rasa aku dah cukup terbeban dengan kos sara hidup yang makin tinggi. Anak tiga orang yang masih kecil dan bersekolah. Hakikatnya aku masih lagi mampu beli makanan yang dijual kedai, beli baju baru untuk anak-anak, tempah baju sekolah kebangsaan anak tiga pasang. Ye tempah ko. Semangat... Beli baju sekolah agama dua. Kasut standby tiga pasang. Daripada orang lain kasut koyak pakai lagi. Baju dah lusuh tak beli beli baru. 

Kita rasa kita dah cukup susah. Setiap hari mengeluh duit tak cukup tapi rupanya ada ramai lagi orang yang lebih susah dari aku. Nak bagi anak duit belanja pun tak mampu. Ini aku bagi seringgit mr mama menambah lagi jadi dua ringgit. Orang lain nak beli barang keperluan asas pun bersukat sukat. #Bersyukurlah... 

Pasal baju sekolah agama isha tu mungkin mak dia tak dapat hantar semalam sebab mungkin kereta dia rosak jadi dia tumpang orang pergi kerja. Atau mungkin bas pekerja yang amik mak isha datang awal jadi tak sempat nak hantar kat rumah ustazah. Mungkinla kan.... Kita pun tak tahu kesulitan dia macam mana. #Berbaiksangka sahaja.

Insaf aku. Walaupun aku tak kaya mana, duit pun berkira-kira jugak tapi sekurang-kurang aku masih mampu nak beri bekal kat anak, beri duit belanja, boleh soping online. hehe.... Ada keluarga@kakak yang memahami. Harap insaf itu berpanjangan.

11 January 2016

Duit belanja anak kat sekolah

Kita skip dulu cerita hari pertama persekolahan. Ni nak cerita pasal duit belanja dulu. First day hari tu aku ada dengar WHI bicarakan topik duit belanja sekolah anak. Bagi ibubapa yang anak baru first time masuk sekolah macam aku memang isu jugak nak bagi berapa duit sehari kat anak-anak. Seringgitkah, dua ringgitkah atau lima ringgit? 

WHI temubual murid-murid tu, ada yang bagitau mak ayah rata-rata kat pantai timur sinun bagi rm1 satu sesi. Murah kot makanan kat sana. Ada jugak yang bagi tiga ringgit tak kurang jugak yang bagi rm5. Tapi kebanyakan average bagi rm3 pagi petang. Yang rm5 tu area kl aku rasa. Iyelah harga nasi lemak, bihun/mee kat sekolah sofea sebungkus pun dah rm1.50. Air rm1. Cukuplah budak nak beli kalau bagi rm2.50 pagi rm2.50 petang. Maknanya sebulan kena spend dalam rm100.00. Banyak jugak.... Belum campur transit kat rumah ustazah sebulan kena bayar rm135. Total untuk sofea rm235lah. 

Dibandingkan zaman aku, dua puluh lima tahun lepas emak aku bagi aku 60sen sekolah pagi. Empat posen sekolah petang dan diiringi bekal. Sekarang bawak sen sen memang tak dak apa. Itu pun dulu aku dapat RMT. Sekolah agama pulak kekadang aku bawak bekal nasi lagi tu. Kalau tak bawak bekal kadang aku beli kadang tak. Tengok pada perut. Kadang lapar sesikit aku tak beli sebab aku sayang duit. Tau susahnya nak dapat duit. Budak sekarang mewah aku tengok. Sebab tu aku nak terapkan kat sofea betapa bernilainya duit. Jangan mudah-mudah belanja itu ini. Boros...

So untuk sofea aku bagi rm1 untuk sek. kebangsaan dan rm1 jugak untuk sekolah agama. Sekolah kebangsaan aku bawakkan dia bekal. Air putih pun bawak. Cukuplah rm1 tu incase dia masih lapar. Tapi sepanjang sekolah ni tak pernah sekali pun dia beli makanan kat kantin. Mee, nasi goreng, roti yang aku bagi tu dah cukup kenyang. Ada sehari tu hari kamis tak silap dah dia kata tak yah bawak duit, aku malaslah nak letak duit, pastu boleh pulak bekal tertinggal kat rumah. Sepuluh kali kot aku pesan bawak bekal bawak bekal tak ingat2 jugak. Mr.mama time hantar tu boleh berlenggang kangkung satu sen duit pun tak bawak. Mendapatlah pergi sekolah dua kali hantar bekal punya pasal. Cuak giler muka sofea time tu.

Sekolah agama setiap hari aku tak miss letak rm1 dalam beg duit kecik dia tu. Sebab memula aku tak bagi bekal. Just bagi air putih. Hari pertama tu duit dia habis sebab kawan satu tadika dia mintak pinjam nak beli air. Hai awal awal dah kena paw. Hari kedua habis beli nugget. Hari ketiga dia beli hotdog tapi kawan dia tu sekali lagi mintak pinjam duit sebab hari rabu tu sofea bawak dua ringgit. Mr. mama bagi lagi seringgit. Terus hari keempat ngan kelima tu aku bekalkan dia biskut. Tapi seringgit bagi jugak sebab aku takut pia lapar makan biskut tak kenyang. Kalau bawak bekal memang pia tak beli kat kantin. Duit tu aku suruh masuk tabung.

Nasib baik isha tu tak mintak pinjam duit hari kamis ngan jumaat tu walau pun tak bawak duit. Kesian betul aku dengar pasal isha ni. Dalam masa yang sama geram jugak. Aku tanya isha tu tak bawak air dan duit ke? Pia kata hari kedua tu je bawak air pastu tak bawak. Mak dia pun tak bagi duit belanja. Mungkin sebab tengahari dah makan kat rumah kot. Tak kesian ke kat anak. Sampai anak terpaksa meminjam. Tak kanlah tak tanya kat anak kan. Aku tak boleh terima mak isha ni boleh bekalkan air untuk hari selasa tu je. Pastu dah tak bekalkan. Tak kan lupa kot. Sekolah baru seminggu belum sebulan setahun dua tahun....

07 January 2016

Giant Putra Height

First entri 2016. Dah seminggu tahun baru, baru ada kesempatan nak update blog. Well sibuk dengan urusan anak masuk darjah satu serta penutupan akaun akhir tahun. Duduk opis baru dapatlah merasa sikit bahang kesibukan hujung dan awal tahun tuh. Selama aku kerja dalam perkhidmatan kerajaan tak pernah lagi hujung tahun kena stay back atau tak boleh cuti. Tapi tahun lepas aku mohon cuti anak nak orientasi darjah satu tak lepas. Kena datang kerja jugak lepas abis orientasi tuh. Sokey....

Berkaitan dengan giant putra height ni. Giant putra height tau. Giant lain-lain aku tak tahulah. Ada amalkan perangai macam ni ke tidak. Dah lama aku duk perati. Since lepas gst ni selalu sangat buat promotion. Iklankan dalam surat khabar metro. Hari jumaat je kalau beli paper metro bertabahlah lihat promosi dari giant, tesco dan court mammoth. Boleh menggugat iman. Buat promotion tu bagus tapi....

Fyi aku jarang membeli barang rumah kat giant. Bagi aku harga dia sedikit mahal dari pasaraya yang lain. Selalu aku tengok pampers drypers sebelum gst dilaksanakan harga dia sekitar rm40++. Tapi selepas gst harga dah bawah rm40. Sama macam harga kat supermarket yang lain. Hasil diorang punya promosi tu la. Sabun basuh top & daia pun selalu jugak ada promosi. Aku guna sabun basuh jenama tu. Then minyak masak pun antara yang selalu ada promosi.

Pastu kalau pergi giant putra height ni diorang ada buat section corner untuk makanan dan minuman ringan harga dari Rm1 - rm5. Macam air botol soya, pepsi saiz kecik tu rm1 jer. Kat luar rm1.80. Kalau time clearance sales air tin coke/pepsi boleh dapat serendah rm0.40. Air botol coke bersaiz besar rm1 jer. Tu yang aku suka. Kalau nak beli barang-barang ni pada harga biasa memang tak ah aku. Tak elok kan... Murah lets.... Sekali sekala...

Tapi yang jadi masalahnya, giant putra height selalu tak pamerkan harga. Hari tu aku gi giant, nampak botol sos cili life tu diorang duk susun kat atas peti sejuk beku. Padahal kedudukan untuk sos cili dalam rak yang sepatutnya jauh sangat dengan kedudukan peti sejuk beku tu. Kalau dah letak macam tu aku assume mesti murah. Nak tengok harga tak letak pulak. Dah satu kerja nak pergi check kat mesin price checker. Itu tak pe lah. Kadang bila kita check kat mesin pengimbas harga tu pun kebiasaannya giant tak update. Tetap letak harga lama. Padahal terang-terang dalam paper tulis harga lain bila bayar harga lain pulak. Kalau mesin pengimbas tak update automatik kat cashier pun sama. Dah banyak kali aku terkena. Nasib baik lah aku ni jenis particular. Dan kalau beli kat giant aku beli sikit jer. Yang ada promosi dan yang menguntungkan sahaja.

Dalam pada aku duk berjaga-jaga tu ada jugak terkena sekali dua. Aku yang beli barang tak sampai sepuluh item pun boleh terkena inikan orang yang beli satu troli. Pernah satu hari tu aku beli selipar hakeem. Dia tulis kat situ harga selipar asadi rm10.90. Bila aku bayar tengok harga jadi rm13.90. Aku pergi balik kat tempat selipar tu terdengar orang giant putra height ye membebel kata customer asyik kecah belek2 baju sekolah. Penat dia nak lipat. Lantaklah... Yang aku nak tahu sekarang harga selipar tu. Tapi tak sedap jugak telinga ni dengar bebelan pekerja tu. Ko tahu tak pelanggan kat giant ni bukan banyak mana pun. Setiap kali aku datang kaunter bayaran tak pernah yang bukak semua sebab orang tak ramai kan...

Berbalik pada selipar hakeem tu, rupanya bila aku belek2 kat tempat bakul selipar asadi rm10.90 tu ada satu je selipar asadi dalam tu. Yang lain semua selipar rm13.90 . Selipar aku tu tak ada tanda asadi tapi aku assume yang tu selipar asadi sebab patern selipar asadi memang macam tu. Bila pekerja yang membebel tu nampak aku yang terpinga-pinga kebengangan dia pun tanyalah. Macam aku cakap, selipar yang aku beli tu bukan selipar asadi nak cakap apa. Ini kira kes menipu. Letak satu je selipar asadi dalam banyak-banyak selipar pastu letak harga RM10.90. Macam mana nak tahu itu asadi ke bukan.

Lagi hari tu aku ada beli air tin clearance sales. Clear2 tanda harga kat air tin rm0.40. Sekali balik rumah aku check cashier punch rm1.00. Aku tak checkla lepas bayar tu sebab aku igt dah terang terang ada tanda harga kat air tin mesti cashier tu tau. Tengok paling tidak. Rupanya tak. Sebelum ni aku ada beli keropok rota saiz besar harga kat papan tanda rm0.99 bila bayar jadi rm1.49. Aku beli tiga. Dah rugi rm1.50. Singgit lima posen jer pun . Cer darab dengan 50 customer. Tak buta-buta giant dapat untung rm75. Bila aku tanya kat cashier harga kat papan tanda dia tulis 0.99 kenapa punch 1.49. Dia kata yang rm0.99 keropok rota saiz kecik. Tapikan sah sah mata aku tgk semua keropok rota dalam tempat yang giant letak tu saiz besar. Aku tak jumpa satu pun saiz kecik. Dah aku malas nak bertekak terus blah.

Baru baru ni pulak kakak aku nak beli minyak jenama naturel. Harga yang diorang letak kat paper rm19.90 kalau tak de free gift. Yang ada free gift rm21.90. Okla... Bila kitaorang pergi kat giant putra height ni macam biasa tak letak harga. Bila bawak kat kaunter aku suruh cashier tu punch dulu tengok harga berapa. Cashier kata yang tu rm19.90. Tapi aku suruh punch jugak. Tak nak tertipu lagi. Sekali punch tau harga berapa rm27.90. Aku tak faham sebab ada free gift daripada rm19.90 terus jadi rm27.90. Bukan dah namanya free gift ke. Perlu ke naikkan harga untuk dapatkan free gift. Yang kat paper tulis rm21.90 tu yang mana.

Korang kalau pergi giant putra height sila berhati-hati okeh. Make sure check resit betul-betul lepas bayar. Until now modus operandis giant putra height dapat keuntungan dalam diam masih lagi berjalan sebegini cara. Geram sih.