Contest

Jawab survey dapat voucher MC Donald percuma

Jawab survey kat internet, korang suka tak? Aku rasa hanya untuk orang yang bersabar sahaja kot. Yang tak bersabar bagilah reward apa sekali pun dah tak minat dan bersabar memang tak lah kan. Aku suka je benda benda macam ni. Mohon free free sample, jawab jawab survey, contest baru try nak berjinak. Contest memang aku tak minat tapi sedang memupuk minat. Sebab kalau survey sah sah akan dapat reward samaada ko rajin atau malas je nak dapatkan reward tu. Contest ada luck baru dapat. 

Mungkin bagi orang apalah sangat voucher dua puluh ringgit tu. But for me is satu kepuasan. Susahlah nak cakap dan gambarkan perasaan tu. Feeling dia macam dapat hadiah berjuta. Dah itu minat aku kan. Minat orang tak sama. Like tulis blog jugak, tak minat memang jadi bersawanglah blog tu.Pastinya usaha kita menjawab survey dihargai syarikat berkenaan. Banyak dah laman web online survey ni sebenarnya. Ada yang bayar dalam bentuk voucher dan duit samaada bayaran melalui cek atau pay pal. 

Baucar mcd 20hinggit ni, aku dapat dari AIP online survey. Baru je sampai semalam. Dihantar by pos daftar. Bagus company ni siap hantar email bagi tracking number. Aku daftar dengan aip online survey sejak 2010. Tapi tahun ni baru aku aktif menjawab. Ada banyak masa terluang pulak. hihi.. Korang yang ada masa terluang tu daripada main game online baiklah jawab survey ni. Tak rugi pun. Kalau rasa tak makan makanan fast food, my lecture kat uitm sampai sekarang terngiang ngiang kat telinga aku kata makanan fast food ni sampah. Kalau korang rasa bersalah makan sampah (^.~) boleh redeem baucar lain. Ada baucar AEON, parkson dan banyak lagi. Nak chariety pun boleh. 

Search je aip online survey malaysia atau klik SINI terus. Soalan survey dari aip online ni aku suka sebab mudah dan simple. Tak delah meleret leret sangat. Ada tu 30 minit tak habis lagi. Ko sabar ke. Aku sabar je dah alang alang jawab biar habis. Lagi lama jawab lagi banyak point, lagi cepat boleh redeem. heheh. Actually aku ada join dua tiga survey online lagi tapi tak leh nak share dengan korang lagi sebab belum cukup point nak redeem. Tak de bukti itu online survey boleh dipercayai ke tidak. Tak nak lah share benda yang belum pasti takut takut kena tipu macam ensurvey hari tu. Menipu orang ramai especially blogger kan. Ada survey yang aku join boleh dapat USD. Hoi tak sabar tu nak tunggu cukup point..... 

Cuti dua bulan ni memang beri peluang aku jalankan aktiviti meredeem, mengcashout, menyopping dan banyak lagi yang me me.... lah. Sebab opis baru semua personal parcel/letter kena amik sendiri kat kaunter bawah. Haku malas..... Ni dah ada peluang surat sampai depan muka pintu. Lepas ni tak tau bila pulak boleh redeem lagi. Dasar..... Lepas ni tengah tunggu redeemtion dari drypers dan cek nuffnang pulak. Tak sabarnyaaa....

2 comments:

mairah mairah said...

wa..bestnyer..nak cb la!

Ju said...

Berapa lama nak tunggu penghantaran reward dari aip ni?

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY