29 January 2015

Basikal baru sofea



Cantik ke idak? Pink is must. Girlkan. Ini pun tinggal satu ni je. Gomax lagi tu. Aku bajet nak yang dalam rangr rm150 tp bila fikir dah alang alang beli baik beli yang betul betul berkenan dihati. Pia pun dah lama takde basikal. Yang dulu tu dah jahanam, puas dah main.

Lagi pun mr. mama yang belikan. Wajib kita pau yang mahal mahal. Bukan selalu. kihkih. . Ntah apa mimpi mr. mama kata klu dia tetiba mati takdelah rasa ralat sebab dia dah penuhi semua permintaan orang yg dia sayang. Korang rasa orang yang cakap cakap mcm ni dah tak lama ker. Hahaha Choiiiiii..Cabul btul mulut. Ya allah teruk betul dinding rumah aku tu.. Bila nak bercat ni.



Untung pia dapat paling mahal sekali. Hakeem dpt ultraman dua puluh hinggit pun dia dah cukup bahagia. Airis dapat ler mainan Rm3.90. Jadilah murah pun atleast dpt something. Dari aku non ada. . Mr. mama kata nak bagi komputer. Yup esoknya dia bawak balik komputer secondhand yang aku rasa nak baling ke dinding. Buat menambah sesak dlm rumah adalah bukan boleh guna.



Tolong jangan percaya sangat helmet macam mei mei tu pakai tak sampai lima minit, pia humban ketepi. Tu helmet dapat time buat bundle bukan pakej dapat masa beli beskal. Pakai tak dan berapa minit tercabut tali pengetipnya. Sabo jelah.

Itu sajalah cerita minggu lepas, orang yg berduit sikit belinya memacam. Pembakar semangat anak anak biar rajin belajar sebenarnya.


27 January 2015

Tempahan beg jeans 2015 #1

Hari ni show skit beg jeans yang orang tempah. Ni kes aku malas nak karang cerita. So kita tengok gambar je lah ye. Hashtag #1 tu nanti akan ada hashtag #2 #3 #4 kalau ada orang nak menempah lagi akan ku showkan lagi. Senang takyah nak fikir tajuk apa nak letak pasni kalau cerita pasal tempahan beg jeans. Ini pun kes malas. Malas nak fikir tajuk. Nak tulis tajuk entry pun pening kepala tau.




Lama giler nak siapkan beg ni. Dari sebelum beranak sampai airis dah masuk tiga bulan baru siap. Itu pun sbb customer kata nk pkai sempena tahun baru. Ni repeat customer. Offcourse klu yg repeat ni diorang nk sesuatu yg more different. Customer nak color hitam/kelabu dgn design yg unik. Jeans kaler hitam kebanyakannya plain. So aku kena design sendiri. Maka terhasillah begitu.



Yang ni minah kelate order. Dua minggu je dah siap. Tapi coz kelantan dilanda banjir lambat jugak posnya. Beg ni adaptasi dari beg yg aku pernah buat sebelum ni. Nak letak buku kuliah katanya. Padahal sebelum ni aku buat utk letak beg makanan. Apa apa ajelah wahai customerku. Beg jeans mmg sesuai untuk letak semua jenis benda. Tahan lasak gitu. .



Yang ni aku buat untuk yg beloved customer yang banyak kali repeat order. Sebagai tanda menghargai pelanggan aku dan my first liker Gallery Jeans Airis. Memula ingat nk kasi sling beg coz dia tak pernah order sling beg. Asyik order tote beg. Tapi ni pun dia tetap nk jugak tote beg. Nak versi cantum cantum pulak. Nak yg ni kita kasikan. . Semua dah selamat smpi kt tuannya.

Pada yang berminat nk order macam biasa boleh email edyeda@gmail.com. 





25 January 2015

Baju frozen/boboiboy/batman murah

Salam isnin semua. Hehe keje ke uolls? Iolls masih tak keje tapi tgh pening kepala, minggu ni adalah minggu penentuan sama ada nk sambung ctg ke tak. Hati nak tp pulus ermmm mcm kurang mengizinkan.

Tapi takpe hari ni tak mo cerita pasal ctg dah ada keputusan nnti iolls entrykan. Hari ni aku nak beriklan sikit. Nak share dengan uolls mana nak beli baju harian yang cantik, murah dan selesa. Dan yang penting anak anak suka, ibu pun suka.



Cantik tak baju frozen dan boboi boy yg pia & akeem pakai tu. Cantik kan? cantik kan? Baju ni murah je aku beli. Sehelai cuma RM7 tak masuk postage. Aku beli online. 

Beli last week, petang sampai mlm terus diorang pakai. Tak menyempat aku nk basuh. Eh iolls mmg jarang basuh baju baru kecuali time diorang baby. ekeke. . Dah kalau tak bagi pakai mengamuk. Tak larat aku nak dengar. Itu pun aku beli baju frozen dua untuk pia, hakeem boboi boy ngan batman. Beli banyak banyak jimat postage. Dah tak sampai dua jam pakai baju boboi boy nak tukar baju batman pulak. Aku buat pekak telinga jer. Pukul 7 mandi kul 9 nak mandi lg semata mata nk tukar baju batman. Kalau tak bukan main mls nk mandi. 



Haa klu uolls pun nk anak korang ada baju baju mcm ni, sesuai pakai kat rumah, taska, jenjalan pun boleh, adik ipar ada jual baju ni semua. Actually aku beli kat dialah. Jangan risau ada macam macam saiz start dari 1 years - 8 years. Actually kat shopping kompleks pun ada jual baju camni, tp saiz sofea susah nk dpt. Plus kalau beli kt mall tau lah parking, jajan anak dah lebih harga postage. Baik beli online. Sama jer. Klu takut tak ngam uolls boleh ukur bahu anak tu berapa inci klu tak tahu nk beli saiz apa. Coz bju gini cutting selalu kecik wlpn seller kata normal cutting. 

Kalau uolls nk order baju baju mcm pia n hakeem pakai, eh ada jugak baju mickey mouse hello kitty dan lain lain, uolls just wassap adik ipar aku Ina (013-2615244). Cepat tau sebelum kehabisan stock. Stock dah tak byk tu.


20 January 2015

Persekolahan 2015

Pejam celik pejam celik last week hakeem dah masuk tadika. Cepatnya masa berlalu. Hakeem 4 tahun dah. Aku decide masukkan tadika awal sebab taska hakeem dan tadika pia owner yang sama. Start 4thn dh boleh hntr tadika. Baik je anta tadika coz pepagi mmg aku hntr diorg kat rumah owner tu klu kerja. Dan tadika lg murah dari taska. hihihi. . Jimat rm80 disitu. Anak dah tiga perbelanjaan makin meningkat ni.

Pia tahun ni 6thn, still hntr tadika. Boleh tengok tengokkan hakeem. Akeem jenis manja, cengeng payah skit nk sesuaikan diri dgn suasana baru. Sebab tu tak terfikir nak apply pia prasekolah. Orang kata pra bagus untuk pendedahan dan persediaan untuk masuk darjah satu nanti. Sokeyyy.. We are no choice. Ada yang kata tadika ni tak bagus, byk cikgu berenti, membaca pun pia tak tahu lagi. Ba bi bu pun belum belajar. Baik hntr tadika kemas kerana cikgu janji sebelum anak anak melangkah keluar dari tadika cikgu akan pastikan diorang tahu membaca. Goyah  gak la iman aku. . Terus berkira kira nk antar pia pagi sekolah tadika kemas ptg tadika islam dalam sebulan dua sementara aku cuti ni. Tapi mr. mama sedapkan hati kata cikgu mestilah janji yg manis manis. Jaga reputasi. Okeyyy hold dulu sebulan ni

But actually weolls mmg tak ada pilihan. Cuti tanpa gaji ni pun tak tahu berapa lama. Hopefully bolehlah one year tp klu tak berjaya mana aku nak letak anak anak waktu aku kerja nanti. Ala pokok pangkal ibu bapa kan. Jangan ingat cikgu boleh ajar semua kat sekolah. Makpak kena ajar jugak anak kat rumah. Cikgu tak kan nak hadap anak kita sorang, pelajar ramai. huhuhu. Ayat standart eh.. Tak pe mama try the best.

Sebab ctg skrg tak sure berapa lama aku follow sesi petang mcm pia punya schedule tahun lepas. Start kul 2.30 - 5.30PM. Rasa sekejap. Itulah kalau tadika kemas belajar dari pukul 8 - 12pm. Tadika kemas benar2 tekankan pelajaran. Goyah lagi aku dengar orang cakap macam ni tau. Dah jangan racun pemikiran iolls. Uolls not in my situasion. Ada orang nak jaga anak korang. Tak kerja. Senang ler ckp. We are sole parent. Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul tau. Ecewah suka benar berperibahasa skrg. Jangan korang balas dimana ada kemahuan disitu ada jalan sudah. Hah peribahasa lg. Jgn marah aku mmg suka subjek sastera. (~.-)



Sebelum pi tadika, keluar kejap pagi tu pi pejabat pos kat 19 digital mall. Pejabat pos kat sini tak ramai orang. Tapi bukak kul 10. Parking bayar rm3. Ni area parking bahagian luar. Bebudak suka tengok air pancut. Melepak kat sini je dekat setengah jam. Time orang tak ramai bolehla. Weekend sini parking penuh. Tak dapeknya nk lari kesana kemari.


Muka excited first day pi tadika. Balik tadika cikgu kata hakeem tido dalam kelas.  Kelas petang mengantuklah kan. Mmg kat rumah pepetang gitu dia tido. Dah pagi main kuat. Bila cikgu suruh basuh muka akeem kata mama kata bangun tido tak payah basuh muka. Aduh bila masa aku cakap camtu. Tak pasal pasal mama jugak yang dapat malu. Hakeem ni mmg pandai tau menjawab. Bodek pun kuat.

Esok pulak akeem tak gi tadika. Menangis nangis dlm kereta sbb nk papa dia. Mr. mama hntr ok, aku hntr mesti penuh drama. Pia ok setalat ni belum ponteng lagi. Cuma kalau hakeem tak nak pi sekolah beria dia pulak dia pujuk aku bagi akeem tak yah gi sekolah. Siap menangis sambil kata please please takyah bagi akeem sekolah ye mama . Confius aku. Motif apakah ini?





19 January 2015

Sewa case/backhoe bersihkan kawasan rumah


Inilah case atau backhoe bagi yg tak tahu. Aku pun tak tahu jugak apa beza case dan backhoe ni mcm mana. Ada depan pengorek kecik, belakang penolak besar aku panggil tractor jer benda alah ni. Ada yang kata case tu jenama. Ntahla tractor pun jenama kan. Tapi aku biasa panggil ni tractor. Senang. Contoh ayat biasa guna bila nmpk benda ni "Kak jiah depan tu ada tractor cepat tukar line kanan".  Gitu. hahaha. . Seram duduk belakang tractor lambat bebenor bawaknya. 

Semalam weolls sewa tractor ni untuk bersihkan kawasan tanah arwah mak ayah. Memang ada khidmat bersihkan kawasan rumah guna tractor ni tau. Banyak je iklan dalam mudah tu. Syukur akhirnya tanah arwah mak ayah dah bersih sikit. Memang lega sgt dapat bersihkan kawasan rumah yang dah kotor sangat. Its my fault. Aku yang cipta kekotoran tu. 

Alhamdulillah aku berjaya betulkan sedikit kesalahan tu walau pun belum selesai sepenuhnya hal tanah arwah mak ayah. Baru one step selesai, ada another step harap harap boleh selesai dengan segera. Maybe uolls baca tak faham kekotoran dan kesalahan apa yang aku lakukan. Cuma my feeling right now nak habak lega selega leganya, terasa beban dibahu ringan sedikit.



Kitaorang sewa tractor ni satu hari. Sewa tractor dari klang. Company cina. Tapi tukang bawaknya indon. Service tip top. Suka tak berkira lebih masa sikit. Biasa satu hari tu dari kul 8 - 5ptg lah ye. Rehat sejam. Semlm sampai kul 6 driver masih ok nk kerja cuma takut bos dia marah jer.

Aku dah serik sewa melayu punya, bukan nk condem tapi call byk kali baru nak datang. Bayar deposit cabut lari. Sedih. Macam mana melayu nak maju macam ni. Sewa sehari rm400. Kalau sewa by jam rm80/jam. Ini pun belum siap bersih sepenuhnya. Tanah luas. Nanti nak kena sewa sekali lagi. 

Btw, terima kasih mak ngah, mr. mama, kawan kawan mr. mama & anak anak. Memahami my situasi. 




15 January 2015

Wet world waterpark shah alam

Actually dah lama dah tak pergi wet world. Kenal wet world ni sebab bawak anak buah mr. mama, along yg dtg dari kampung. Now along dah pun masuk politek. Punya lama tak dtg sini. Eh datang shah alam jugak. Enam tahun lepas empat hari seminggu mesti berulang ke shah alam sbb aku study PLK kat uitm shah alam.



Pergi wet world ni masa bulan december lepas. Bawak anak anak main air cuti cuti sekolah ni. Unplanning trip actually. Mr. mama baru dua tiga hari balik dri kampung selepas duduk sebulan setengah kt sana. Mula mula cadang nk pergi zoo tp mlslah jauh. Tengok binatang dgn main air, main air lg budak budak suka. Hakeem kata main air pancui (pancut).







Info fees :
Budak bawah 90cm RM16
Dewasa RM20

So dua dewasa dua budak rm72. Airis tak kena. Lupa bawah berapa cm ntah yg xpayah bayar. Makanan takleh bawak masuk dalam. 

Tak lama kitaorang kat sini on the way balik kitaorg makan nasi ayam ngan air kelapa kat gerai mkn seksyen berapa ntah xingat. Trade mark kat situ air kelapa gelas besar. Yang laluan ke concorde hotel. Belakang caltex yg dah ditutup.Uolls should try. Sedap jugak. . .

14 January 2015

Peminat kopi


Baru baru ni aku ada dapat sepeket kopi hang tuah percuma. Dah dekat dua minggu baru tergerak nak buat air kopi. Sebab teh dah habis, milo pn dah paras bahaya. Kang tak dapat memilo pulak sofea.

Lepas tnya mr. mama, dia ok je breakfast dgn air kopi. Bukan apa tnya dulu kang buat byk byk sape pulak nk minum. Aku tak minum, pia pun tak, hakeem aku agak pun tak. .

Sangkaan aku meleset rupanya hakeem yg paling byk minum air kopi tu. Dia sebut air kopi tu air kokpik. Pekat rupa org kelantan. Awak tu ank selangor tau.

Tiap tiap hari sekarang mmg mintak air kopi je. Menangis pn cepat  cepat tanya nk air kopi tak. Terus reda nangis. Dulu pernah bgtau yg mmg hakeem minat air kopikn. Tapi yg kt eleven century tu air kopi 3 in 1. Mmg sedapla. Ni buat yg pure serbuk punya. Tak sangka hakeem hantu air kopi.

Tapi iyala kopi rasa dia lain dari teh milo. Rasa dia mmg berantu. Aku pun dah jatuh cinta jugak. Padanlah rasa peminat kopi ni. Menyusu elok ke minum kopi?


13 January 2015

Pekerja sambilan

Terima kasih ye ada jugak yg nk tahu pasal kerja sambilanku satu masa dahulu. hehe walaupun seorang aku sgt menghargai pembaca aku sebb itu aku gagahkn jugak taip entri ini.

Serba sedikit sebelum aku kerja sambilan aku kerja kt kilang printing sebgai masking tape. Aku pernah belajar kat giat mara dlm bidang printing. Lepas mak aku meninggal time tu umur 21tahun aku berenti keje printing sbb penat.

Kemudian aku kerja sebagai pembantu tadbir sambilan kat jab. pendaftaran pertubuhan (jppm). Dapat kerja ni atas pertolongan kakak aku yg kerja kat situ jugak. Pekerja sambilan @ pekerja khidmat singkat @ PHH (sekarang punya term tp lupa phh stand for what) adalah sama. Gaji di byr ikut jumlah hari bekerja. Tak kerja tak ada gaji.

Masa aku keje dulu 12 tahun lepas hari sabtu masih bekerja. Walau bagaimana pun tetap tak dapat tandingi gaji phh sekarang. Aku punya offer letter dulu sehari gaji belas belas ringgit kalau tak siap. Pastu ada elaun mcm pekerja tetap tp sikit. Klu bekerja lebih 25hari klu tak silap akan dapat cuti rehat sehari. Phh sekarang aku rasa diorang tak de dapat cuti kot. Tapi nk dapat cuti sehari dalam setahun tu boleh bilang tak kan lebih tiga kali sekali pun kau full datang kerja every month. Kita kan ada cuti hari wilayahla tahun barulah awal muharram. Belum cuti raya puasa raya haji yg kena deret deret tu.

Oh ya bagi yang tak tahu pekerja sambilan ni mmg byk jabatan jabatan kerajaan pakai pekerja sambilan ni. Sebab diorang tak cukup kakitangan. Kalau nk mintak pertambahan jawatan atau isi kekosongan yg ada lmbt nk dpt kelulusan dari jpa. Jalan terbaik amik pekerja sambilan. Lagi pun pekerja sambilan ni aku tgk komited. Rajin kerja senang nk disuruh sebab mereka sambilan. Malas malas kena buang keje pulak. Kontrak pekerja sambilan ni enam bulan enam bulan. Bila dah tamat klu jabatan tu nk guna lg, diorang akan renew offer letter.

Macam aku dulu sempat kerja selama sepuluh bulan pastu dpt kerja tetap. Sepanjang aku kerja sambilan aku gi kerja tumpang kakak aku. Dah duduk sekalikan. Aku tak pernah pergi foodcourt. Selain sebab jauh kompleks D tu satu foodcourt je ada, aku bawak bekal sebab nak jimat. Aku masak petang pas balik kerja tuk mkn mlm ngn tenghari esoknya. Kakak aku pulak masak pagi tuk sarapan. Jadi mmg xpernah mkn kat luar. Klu mkn kt foodcourt pagi dua ringgit tghari lima ringgit dah berapa.

Gaji pekerja sambilan time tu murah sesangat. Sebulan kalau kerja penuh tolak kwsp aku mampu dapat paling ting rm588. Walau dah dua belas tahun tp aku ingat sgt lagi exact amaun tu cuma sen sen belakang tu tak ingat. Dapat dalam bentuk cek. Kena jln kaki pulak nk pi bnkin kan cek. Every month pekerja sambilan mcm kitaorang ni akan ke bank islam putrajaya tu yg paling dekat klu jln kaki. Berpeluh ketiak jugakla nk smpai.

Pastu setiap bulan aku adalah bagi duit minyak skit kat kakak aku. Haha ini kelakar. Tiga puluh hinggit je baginya. Kira seringgit sehari. Buat malu je. Tapi apa nak buat dengan gaji yang tak seberapa tu itu je yg boleh diberi. Aku juga jadi tukang cuci kereta kakak aku setiap bulan. Tak mampu wang ringgit kudrat ku hulurkan. hihi. PHH sekarang gaji paling tidak seribu dapat. Klu dpt lima ratus je sebulan aku rasa tak de org nk keje sambilan ni.

Tapi dulu gaji lima ratus cukup je. Ada portion tuk simpan dalam asb lagi. Iyelah hutang satu pun tak ada. Sekarang gaji dua ribu lebih rasa tak cukup. Komitmen banyak. Kete, rumah, loan peribadi, anak.

12 January 2015

Rakyat malaysia sangat baik dan prihatin!

Minggu lepas aku pi pejabat pos. Nak pos beg jeans customer. Kali ni nk pos byk sikit bungkusannya. Banyak pun tiga beg je uolls. Muahaha. .  Itu pun i dah rasa banyak. Selalu paling byk dua. haha. Sampai habis slip pos laju yg dlm simpanan kita tau.

Ate kenapa pejabat pos ni kedekut sgt bila kita mintak slip pos laju. Boleh bagi sekeping je. Ingt kita mintak nk buat kapal terbang kertas anak anak ke. Mmg nk guna untuk pos barang. Dah tahu sekrg org main beli online je cetak ler bebyk pos malaysia oi. Senang peniaga ni nk tulis siap siap dari rumah. Takkan nk tulis byk byk dlm pej pos tu. Lenguh tangan. Buat yg ada ank kecik mcm aku. Ngegoh mengendong airis.

Dapat pulak pejabat pos mini. Yang duk dalam kedai runcit. Macam kat  puchong intan tu. Tempat nk tulis pn tak ada. Pen jgn ckp la. Kena bawak siap siap. Ruang yg ada penuh diletak tabung derma. Sampai tiga tabung diletakkan. Aku tgk tak de sape yg derma kecuali yg dapat balance lima sen tu terus diorg masuk dlm tu. Pos laju 500g kan 5.97. Dapatla balance 5sen.

Nasib baik masa hari tu ada sorg je customer. Aku gabra klu ramai mana nk beratur mana nk tulis. Itu pun time aku tgh tulis dtg lg dua org. Tertengok tengok aku kat barisan. Risau klu makin lama makin pnjg. Makcik yg beratur tu senyum senyum je tgk. Dlm hati mesti ckp kesiannya budak ni laki tak ada. Tu yg dia offer dukung airis. Pastu siap tnya aku dtg naik bus ke. Agak agakla makcik takkan nk naik bus semata mata nk pos brg. Klu begitu ler tak yah beniaga lg bagus. Menyiksa badan namanya.

Masa makcik tu dukung airis aku risau jugak takut makcik tu bawak lari airis ke apa. Tapi tak kanla orang puchong bebaik like me. heheh. Eh fikir negatif takpe, beringat sebelum kena. Elok je airis duk dlm dukungan acik tu. Tak menangis lgsg.

Dah siap tulis time tu masih ada sorg lg customer lepas makcik tu. Tp abg kaunter tu mintak bungkusan aku dulu. Kesian kot tgk aku dukung airis, pegang bungkusan, pegang slip, tercari cari duit pos. Eh baik pulak abg kaunter. Act aku menyampah sikit ngn abg kaunter ni. Muka tak pernah senyum. Macam tak de perasan, sombong. Tu la. . Dont judge book by its cover. Ececeh speaking pulak.

Aku ckp byk ni bungkusan takpe ker. Aku rasa abg tu mesti gelak dlm hati eleh tiga je. Lepas siap baru i rasa malu pulak ckp gitu. Org lain lg berbungkus bungkus. Lantak janji siap pos brg org. Hari tu dptla 4keping slip pos laju bila mintak selalu sekeping je kasi.

Sebelum ni aku pernah pi petronas nk bnkin duit. Ngangkut ler tiga org anak aku tu. Tak bawak stroller. Aku kalau pi tmpt sekejap sekejap mls nk keluarkn stroller. Tu yg mendapat seksa nk buat keje. Nasib masa hari tu ada jugak org nak tolong pegang airis. Pekerja petronas kat situ. Tengok aku terkial kial nk masukkan duit nk pegang telefon tgk nombor bank.

Sebenarnya ibu ank tiga yg masih kecik kecik ni nk kemana tnpa laki boleh jer. Asal ada kemahuan disitu ada jalan. Apsal hari ni byk pulak aku berperibahasa. Macam aku, aku rasa challenging je bila handle ank tiga sorg sorg. Alah bisa tegal biasa. Kena pndai manage timing. Nak keluar jgn waktu puncak itu yg penting. Dengan adanya rakyat  malaysia yg peramah, baik dan prihatin lg mudah kerja ibu tiga anak ni. Jangan jdi alasan tak laki semua benda takleh buat. . Next time boleh try soping sorang sorang ye. .


07 January 2015

Terima kasih sahabat dan nile

Cantik tak kasut iols.

Beli kat nile.com.my. Mana lg kan. Online shop yg mudah dan murah. Menjadi pilihan hati buat masa ni. Kasut ni tak smpai 30hinggit. 

Actually seram jugak nk beli kasut online. Takut tak muat ke apa. Walau pun tahu saiz 5 tp kadang xleh pakai jugak. Aku klu kasut bertutup gini kena one size bigger. Tapi hari tu aku beli jugak saiz 5 sbb saiz 6 tak de stock. Ketat skit seperti jangkaan tp masih boleh pakai. Lagi pun pernah dah ada kasut sebiji cam gini lama lama dia kembang skit so just nice. Memula je kena tahan skit ketatnya.

Actually aku beli kasut ni sbb kawan aku nk bgi hadiah birthday. Dia suh pilih kat nile atau zalora dengan berbekal nilai rm50. Dah macam shopping mad market pulak. By the way thank you thank you cik hany baik sungguh hati dan ingatanmu. hihi. . Laki aku boleh lupa pulak my birthday. huhuhu. 

Patutnya aku dapat dua kasut. Order dua kasut kt nile baru rm54 masuk postage. Tapi bila gdex antara dapat satu je kasut satu lg tulis sold out. Xpelah balance 20hinggit  tu ingat nk beli baju airis. Tak sedaplah duit org bagi tuk beli hadiah kita wat simpanan di bank. 

06 January 2015

Checkup airis 3 bln

Isnin minggu lepas checkup airis 3 bln. Macam biasa klu tak dua jam dapat jumpa misi tak sahkn klinik desa. Redho dan pasrah je. Nasib laki ada dpt temankn dah le pepagi tu hujan quite lebat jugak. Klu tak mana nk handle airis dgn akeem dan pia. Pening mak. .

Airis tak ada masalah apa apa. Masih fully breastfeed. Meniarap pun dah. Berkukur ngn kita pun galak. Just datang timbang ukur lilit ukur pnjang dan injection boleh dah balik.

Satu ilmu yg aku belajar masa checkup klu anak fully bf tak leh bgi lgsg air putih. Itu akak tahu. Yang aku tak tahu klu bagi fm kena bagi juga air masak. Masa pia dulu ada bgi sikit je dlm tempoh 6bln tu air masak. Pia campur fm dgn bf. Patutla nak berak payah. Betul ker?

update perkembangan airis:
berat : 5.6kg (naik 600gram)
panjang : 61 (naik 3cm)
ukur lilit : 38 (naik 1cm)

Next month mcm biasa checkup tp xde injection. Inilah rutin mak mak ada anak kecik. Klinik tidak dpt dipisahkn.



Belanja gmbr airis sekeping. Mmg dia jenis tido dlm baby carrier ni sejak lahir baru lena. Pasni kena beli rocker/bouncer dah tak muat dah tu sempit. . .


05 January 2015

Airis dah boleh meniarap

Kalau diikutkan antara tiga tiga anak, airis paling awal boleh meniarap. Seawal usia 91 hari dah boleh balikkan badan. Dah boleh jangka tp tulaaa. .

Sebelum nak meniarap dah ada tanda tanda airis duk keraskan kepala. Tak mo baring. Pantang kita nak baringkan menangis.  Jenis nk duk tercongok tgk kiri kanan. 24jam nk kena dokong. Awak tu kecik lg risau je sakit pinggang tu.

Mula mula boleh meniarap, aku ingat sebab permukaan katil tak sama rata tu yg terbalik badan. Maybe airis secara tak sengaja terpusing badan. Rasa 91 hari awal benar nk pndai meniarap. Eh sofea dulu pun pertama kali terbalikkan badan waktu umur 94 hari. Tapi lepas tu nk tunggu terbalik kali kedua dekat seminggu jugak.

Aku assume sofea berjaya terbalikkan bdn dulu tu pun secara tak sengaja jugak. As i said early permukaan tak rata kot. hehe. . Tilam rumah mek lagi jenis yg mengelendot. Tapi bila esoknya sekali lg airis berjaya meniarap itu betullah. Bukan pasal tilam. Haiiiyyaa mother jenis apa mcm ni anak pndai meniarap awal pun tak nak caya. Hakeem aku xigt bila exact dia mula meniarap tp rasanya bawah 100hari.




Asal ada peluang dan ruang sekarang mesti nk meniarap. Bangun nk minum susu memlm lmbt sikit kita sedar pun sempat seround balikkan badan. Cepat je kn masa berlalu dah tiga bulan. Pastu lima bulan. Pastu kena pi keje. . . Huwaaa malassss.


02 January 2015

Kuasa psikologi

Hari rabu baru ni aku buat kuih melaka. Musim hujan hujan ni perut asyik lapor. Eh hari rabu tu tak ujan tp tetap perut rasa lapar. Duduk duduk saje mmg melapar je rasa. So buatla kuih melaka@ondeh ondeh kegemaran laki.

Terliur x? upload kat fb ada yg kata terliur. Agak agakla puji ye tahu presentation akak main dan, janji masuk tekak sedap. hihihi.

Aku sebenarnya tersangat jarang buat kuih kuih. Ate boleh dibilang berapa jenis kuih je yg pndai buatnya. Kuih melaka ni klu tak pndai jugak tak tahu ler kn. Senang giler. .

Lagi satu jarang nk buat kuih sebab anak anak bukan mkn. Diorg suka yg goreng goreng mcm pisang, keledek, cekodok goreng. Lembik lembik lg tak suka.

Rasa bila buat mcm kita syok sendiri buat mkn anak anak kebulur nengok. Ni buat kuih melaka amik hati laki sempena azam tahun baru nk layan laki lebih baik lg. Permulaan kita tambat hatinya melalui makanan. kihkihkih. Nak beli mana de org jual kecuali time ramadhan kan.

Petang rabu pas airis tido, airis tido awal pas mndi kul 6 dah pengsan sampai pagi esok. Gigih menggentel. Buat dalam 30 biji sekali hadap je ke mr.mana.


Tunjuk kat hakeem dan pia haram tak heran lalu. Sekali mr.mama ckp "ee mama buat kuih letak coklat" terus memasing terbeliak biji mata capai terus masuk mulut. Elok je mkn tiga empat biji sampai habis. Yang hakeem siap ratah kelapa tu macam serdak tepung goreng pisang.

Anak la anak boleh je mkn rupanya. Kena pandai kelentong skit baru nk makan. Aku jenis tak nak mkn dah. Tak pandai nk tipu tipu cam tu. Laki a. . Tipu demi kebaikan takpe kan.

Eh boleh jugak ni buat resepi kuih melaka inti coklat. La ni ramai yg ubah ubah ubah resepi pelbagai citarasa like pisang goreng cheese la. .  Kuih melaka coklat ok what?



01 January 2015

Welcome 2015

Assalamualaikum. .

Entry pembukaan tahun 2015. Tak ada apa berita just nk ucap selamat tahun baru to all my beloved readers. Loyal reader blog ni tak ramai mana. Yang setia off course adik beradik especially my sister. Duk sebelah rumah pun still usha my blog. Yela tak semua aktiviti sempat nk cerita. Im a busy mother ok. hahah.

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk hidup di muka bumi ini. Terlalu byk suka dan duka yg telah dilalui sebelum ini especially tahun 2014. Tahun yg sgt mencabar. Semoga terus diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran akan datang.

Ikutkn hari ini dah masuk empat hari bercuti tanpa gaji. Diingatkn kt diri sendiri start bulan ni no more gaji jd perlu lebih bekerja keras untuk mencari rezeki. Semoga di permurahkan rezeki kami sekeluarga hendaknya. Dalam bidang blogging i hope. My part time business jahit beg. Moga terus maju maju dan jaya. Doakan. . Amin amin ya rabbalalamin. .