24 March 2014

International Book Fair & Baby Expo, PICC Putrajaya

Weekend hari tu korang gi mana?

Aku sekarang ada kat Melaka, kursus. Sabtu lepas gi putrajaya. Ada kenduri kawin kat JPN. Ala tiap hari pun pergi putrajaya, apa ada kisah. Anak-anak je yang excited. Gi ngan mak ngah. Mr. mama keje. Aku jaranglah kalau hari cuti berjalan. Kemas rumah, basuh baju, masak dah dekat separuh hari. Petang confirm terbungkang. Cuma sejak kata pregnant apa yang namanya baby expo, baby warehouse keterujaan nak berjalan mengatasi segalanya. Walau baru nak masuk tiga bulan.... :).  Over tau mak buyung....


Masih berlangsung lagi kat PICC, Putrajaya. Gajikan 25hb ni....

100 orang yang pertama dapat goodies katanya. Aku tak daftar pun. Al malas... Pia sibuk nak belon yang ada kat booth easy by rhb. 

Sebelum masuk kat dewan ada dua tempat macam gini. Buat budak nak main. Ada ke nama ni nak panggil... Sesuai bapak-bapak tunggu diluar dengan anak anak sementara mak mak sila pergi memborong di dalam kekdahnya...

Ada banyak booth. Antaranya medela, disney, bebe and banyakla. Pampers huggies je yang aku nampak kalau tak silap. I is anak-anak tak pakai huggies. Aku beli botol susu disney je.

Tak menarik hati aku la... Aku rasa jiwa aku lagi sesuai dengan warehouse sales. Lagi berbaloi pergi warehouse sales. Mak ngah kata bedak disney kat mydincjual rm8.90dua. Kat sini sepuluh hinggit.

Arghh rindu amat sangat zaman sebelum lahirkan akeem semua warehose aku terjah. Time tu mr. mama pun willing nak ikut. Ni anak dua kemain azab nak berjalan kat tempat ramai orang cam ni. Kalau tiga orang ntah macam mana lah gamaknya???..

Aku sampai PICC dalam pukul 11pagi. Parking dah full. Pukul bape diorang ni sampai ntah. Masa aku balik kul 1 penuh kereta kereta parking kat luar bangunan. Orang putrajaya memang semangat bab bab soping walau pun belum gaji...

Dari lift belah kiri ada Book Fair. Anjuran MPH. Aku dah gi hari jumaat hari tu. Yang ni start dari 19-23 Mac. Hari jumaat tu aku beli stationery tuk sofea dan akeem. Buy 1 free 1. I likeee..... Pastu kat dalam tu ada booth antaranya YES, Kidzania, lenovo...

Actually tujuan kali kedua datang sini sebab nak daftar Yes tu. Kalau daftar sekarang modem free katanya. Barang free sape tak suka... Maxis broadband aku dah terminate. Nak cuti tiga bulan nanti matilah tak ada internet. Blogger katanya...

 Booth YES. 

Aku daftar plan sama cam maxis 4g. Activation fee seratus. Monthly RM68. Kena bayar RM168.00. Bil bulan depan tak yah bayar lah. Dapat percuma power bank bernilai RM48 dan wireless printer. I suka barang-barang free ni. Tapi kalau nak amik printer kena bayar deposit RM120. Every month dia  akan tolak lima ringgit balik nilai printer sampai abis. Oklah kalau yang memerlukan printer tu. Tak amik pun tak apa. Aku tak amik. Tak penting kot...

 Letak seketul muka tuan blog yang rasa tak bersalah perabih duit.

Kalau dari pintu depan masuk book fair tu semua buku english. Nak buku melayu pintu belah satu lagi. Tapi buku melayu tak banyak less. Novel yang baru dapat 20% jer. Yang sudut rebutan ni beli 3 buku dapat 70% diskaun. Tapi semua novel lama-lama. Kebanyakan novel yang dah kitaorang jual kat orang... 

Kesian makngah tak apa yang dihajati. Kalau nak tahu masa nak bayar memang panjang giler q. Itu pun antara satu sebab kitaorang malas nak cari barang dah. Hajat nak beli buku pia tuk belajar masa cuti sekolah. Tapi tak kuasa.. 

Perut time tu memang dah lapar sangat. Sampai kat JPN aku lantak dua pinggan nasi, empat keping apam balik, satu mangkuk rojak, semangkuk cendul. Giler lapar pagi tak makan.. ekekee.....

2 Comment:

Mimi Azirah said...

Ntah bile la dpt dtg sni...x berkesempatan sokmo

Anonymous said...

rm240.00 diaorg kata nak bekukan akaun bank sy...court mammoth ni dh terdesak ke apa? tp semua ni btl ke? risau juga