31 October 2013

Perakaunan Akruan

Kamis jumaat lepas aku gi kursus kat Nouvelle Hotel. Dulu hotel ni di panggil Mint Hotel. Betul-betul tepi jalan highway seremban sungai besi. Dapat tahu kena pergi kursus ni hari rabu. Last minit nak balik baru dapat surat. Tak sempat nak fikir nak guna pemandu. Aku dahla jenis yang tak reti jalan. Nak drive jauh-jauh pun masih xde keyakinan kalau sensorang. So malam rabu tu ajak mr. mama teman cari jalan. Janji nak teman sampai kul 12 tak siap-siap keje. Pehtu bila aku mengamuk terus cakap "takpe ma, papa pun memang sebenarnya tak bagi ma bawak keta esok. Biar pa anta je. Kete banyak area Kl tu". Ayat selamat tak nak kena marah ler tu. Ok aku pun suka kalau dihantar dijemput.

Esoknya kuar rumah kul 7, hantar sofea kat taska dulu. Sofea buat drama hampir 20 minit. Then bila sampai jalan area bukit jalil jalan jem giler. Dah ler sesat pulak tu. Patut keluar bukit jalil masuk highway seremban. Mr. mama terus menonong ke area KL. Pastu salahkan aku kata hotel kat highway sungai besi. Ermmm..

Sampai hotel dah dekat kul 9. Nasib belum start. Esok nya aku kuar awal drive sendiri lagi bagus. Bukan pe kursus abis awal. Mr. mama sampai sejam pehtu. Orang kata kursus abis kul 4.30. Kul 4.30lah baru dia kuar rumah. Jem lagi balik tu. Jalan kat malaysia ni mana de yang tak jem. Tensi tensi..



Tahu tak tahun 2015 kerajaan akan ubah sistem perakauan sekarang daripada tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan. Dan tau tak apa itu perakaunan akruan? Tak tahu? Tak pe aku terangkan. (-.^). Perakauan akruan ni sama macam perakaunan kat swasta. Yang asset - liabiliti = ekuiti... Pasni bolehlah kita tengok dalam penyata kewangan kerajaan berapa asset yang kerajaan ada. Berapa banyak kerajaan hutang..

Kalau banyak asset bolehlah kita dapat bonus banyak. Pasni confirm omar osman akan gunakan isu penyata kewangan untuk kakitangan kerajaan dapat bonus paling tidak 3 bulan. Tapi kalau hutang yang banyak bersiap sedialah korang mana tahu silap-silap kena potong gaji.  So untuk mengelakkan kita dipotong gaji dan bagi mendapatkan bonus tahunan berbulan bulan, jabatan/kementerian kerajaan boleh mula-mulakan mengorek semua asset yang korang ada mulai sekarang. Showkan ke dunia dan PM yo. Bangunan yang nak menyembah bumi pun kalau masih boleh bermanfaat nilaikan segera. Jangan malas, aim dalam hati bonus bonus bonus bonus... tak nak ker?

So jumaat tu kena bayar parking lima ringgit per entry per day. Reasonable...

Yang aku paling suka bab pi kursus ni time makan. Aku rasa semua orang pun suka bab makan ni kan. Jimat belanja aku tuk dua hari. Boleh claim perjalanan lagi. Suka...

Menu lunch Day 1.
Tepi sekali tu Ikan tenggiri masak asam pedas. tengah Sotong kembang sambal. Belakang sekali ayam masak kicap. Sedap bagi aku. Yang paling aku suka sotong kembang tu. Sebab aku memang tak kan beli sotong kembang ni. Mr. mama tak makan. Rugi masak aku sorang je yang makan. Anak-anak sure tak leh makan kalau sambal..

 Menu lunch Day 2.
 Lauk ikan bawal sambal. Daging kari. Ni untuk padankan dengan nasi beriani yang aku amik seciput tu. Then telur dan sayur. Tak kena pulak dengan tekak aku. Chef lain kot ari ni. Day 2 makanan kureng sedap. Tapi ku balon jugak. Licin...


 Desert dia tak banyak. Yang aku amik ni jelah. Buah tembikai tu ada tembikai merah, susu & kuning. Aku amik yang kuning. Macam budget je hotel ni.

Puding roti ni sedap ya amat. Aku sampai bertambah. Siap google resepi lagi... Nak buat tak ada oven. So lupakan....

Breakfast Day 2. 
Eh gambar breakfast pulak akhir. muahaha.. Day 1 aku lupa nak snap sebab lapo ya amat. Hari kedua pun lapo. Tapi masih sempat snap lagila... Day 1 makan bihun goreng & roti marjerin. Sedap.. Tapia da yang kata tak sedap. Acaner? Tekak memasing.

Day 2 mee keras. Kuih sedap tapi potong kecik amat. Aku balon 5 ketui terus... bhahaha.. Minum petang aku tak snap sebab tak makan. Apa kes pepetang makan nasi goreng. Hari kedua tu aku balik awal tak tahu menu pe..

Tandas luas yang tak bermotif. Semua tandas kat novelle hotel ni jenis duduk. Ku tak suka... Dah tak tahan boleh saje qada' hajat. :)

My sweater pink gitew.. Brand Adidas from my bundle collection laaaa.... ada minat nak beli?

Tangkap pic sendiri kat toilet adalah keseronokan. Tak de member nak tolong snapkan pic. Sebab yang hadir semua tak kenal. Segan... Masa aku tangkap gambar makanan tu pun ada yang tegur nak masukkan dalam fb ke. Tak ler aku nak masukkan dalam blog jah.

Itu sahajalah. Seronok jugak pi kursus takyah masuk opis. Aku harap-harap kerajaan dapat laksanakan sistem perakaunan akruan ni. Memanglah kita meleceh skit sekarang tapi selalunya setiap perubahan pasti untuk kebaikan. Insyaallah. Macam sistem espkb & eperolehan yang orang benci dulu tu.. Kan sekarang mudah. Kalau tak sekarang typis mungkin tak diupgrade ke gred 17. Dukla menaip baucar tu kan...




30 October 2013

Re_brand

Barulah nak cerita... 
Kalau korang tengok blog dah lama berubah wajah.  
Ubah sikit je. Tang warna ngan header
Bosan dah aku dengan warna kuning tu. 
Dah macam kerabat raja-raja pulak. 
So tukar le warna hijau.
Favorite kaler aku. 
Header plus nama blog pun aku tukar sekali.
Kalau boleh dengan url url aku nak tukar.
Malas nak letak nama sendiri.
Macam tak glamour. ekeke..



MRS Adik Manja.
Aku amik sempena nama lori mr. mama.
Nama adik tu panggillan mr. mama dalam his family.
Manja tu mr. mama tambah. Dia kan anak manja. Anak bongsu.
MRS tu Mrs. Wife adik manja ..
Kata mr. mama kenapa red mummy tu boleh glamour. *tetiba
Sebab nama dia sendiri pun dah gah buat orang nak tahu.
Betulla...
Kalau kat kawasan rumah aku sebut nama lori adik manja semua kenal.
Orang jpj pun kenal...
Hari tu orang lain bawak lori mr. mama ke kelantan, orang jpj tanya mana bos...
Mr. mama ada kata nak bubuh url blog aku kat bawah tulisan adik manja tu..
Apehal lak tetiba nak glamourkan aku....
Koser... Baca blog aku pun idak...




#Bundle Collection : Bangle

Masa aku zaman sekolah dulu bangle yang paling glamour dipakai budak-budak sekolah adalah jenis silver berantai tu. Baling anjing pun anjing boleh matik. Yang tebal tu. Yang haluih tu baling ke cicak je boleh. Tebal-tebal tu lelaki suka pakai. Macam aku aku tak suka sangat bangle bangle ni. Jam ngan gelang pun aku malas pakai inikan pulak accesories2 camnih. 

But mr. mama sukalah kumpul benda alah ni. Expecially yang branded branded. Kalau hilang satu gelang dia habis kecoh satu dunia. Mana tak bila nak mandi tak reti nak simpan. Main tinggal je atas meja makan. Kalau main komputer bukak letak atas meja jahit. Yang bini dia memang jenis mata tak boleh nak tengok kesepahan sangat terus simpan kat tempat yang tak nampak dek pandangan mata. Peh tu lupa mana ntah letak. Tu yang bising mr. mama...

Seminggu bangle ni duk terduduk atas meja jahit aku tu. Terniat jugak nak mentry..


my hand. cantik jugak kan.

Boleh baca?. 
Sebab brand dia tu yang aku rembat simpan. Mind set...
 
HERMES
PARIS
MADE IN FRANCE


eh betul ke ni bangle ke apa panggilnya?

29 October 2013

Kerja banyak merungut, kerja sikit bising

Senario kerja aku sekarang ni, awal bulan je sibuk. Pertengahan dan hujung bulan relax. Kalau siapkan keje cepat-cepat minggu kedua tu dah boleh goyang kaki. Nampak seronok kan? Tapi hakikatnya bagi aku tak seronok. Sampaikan aku kena buat keje berdikit-dikit setiap hari. Kalau nak ikutkan seminggu sebulan je yang aku betul-betul focus keje. Pastu hari-hari lain yang aku buat keje betul-betul adalah dalam dua jam. Selebihnya ntah apa-apa ntah yang aku buat. Tengok fesbukla, baca paper online dan paling banyak baca blog orang… ngehngehngeh. Pendedahan apakah ini?.. Aku jujur je pada korang sebab dulu aku tak macam ni. Masa duduk kat bahagian penapisan filem tu keje aku pax. Pagi-pagi sampai mesti aku akan berusaha clearkan semua keje atas meja sebelum keje lain pulak mendatang. Tapi lepas kena centralizeduduk kat bahagian kewangan keje aku jadi kurang.

Bukan ke patutnya aku gembira kerja kurang? Sape kata.. Aku tak tahu orang lain tapi kalau aku datang keje tak de keje nak buat bosan! Tercongok sampai petang . Badan lagi jadi penat kalau tak buat kerja tau. Mengadap je komputer. Layan fesbuk tiap hari adalah bosan tau tak? Aku tak faham kenapa ada setengah orang suka tolak kerja walhal memang dia tak ada kerja. Beri seribu satu alasan. Menolak kerja kepada orang lain. Betul aku tak faham. Sori to say kalau ada yang baca dan terasa. Mungkin jugak sebab bila kita selalu tolong orang, orang ni pun satu, cepat je nak amik kesempatan kat kita. Itulah manusia…

Macam semalam, masa aku betul-betul terisi. Finally selepas enam bulan kembali bekerja… baru rasa sibuknya. Mungkin sebab minggu lepas keje sehari, cuti dua hari dan dua hari kursus. Tu yang kerja bertimbun. Mungkin jugak sebab kes pukal sampai kat pihak atas sebab Indah Water Konsortium hantar surat kat KSU so banyak benda nak kena clear. Bagi yang bukan kerja government mungkin tak tahu apa itu pukal. Abaikan sebab tak penting mana dalam perakaunan. Hihihi… jujur aku suka bila pi keja ada keje nak buat dan keje tu kena dengan jiwa aku.

Balik keje pulak terus amik anak kat nursery then pergi beli barang dapur. Fyi, Sofea dah tinggal taska nanti aku story ye. Balik kena siang ikan, sapu mop rumah, urus makan pakai anak. Malam kena main belajar dengan anak-anak. Sudahnya pukul 11 malam baru tido. Kira semalam gaji yang aku dapat tu halalan touyiban. J. Pagi esok pukul 5.15 dah bangun. Tak rasa penat pun. Sebaliknya badan rasa segar bugar. Aku perasan kalau aku buat keje yang banyak bergerak dari segi tubuh dan minda, tido sekejap je dah hilang letih. Tapi kalau pergi keje duk mengadap computer buat kerja merapu, balik rumah lepak-lepak depan tv, dalam kul 9 confirm dah mengantuk nak tido. Pastu tido macam ular sawa. Terlajak-lajak sampai ke azan subuh. Dan apabila kita biasa dah tak buat kerja banyak bila orang suruh buat kerja kita jadi malas. . Aku sendiri semalam gigil nak buat kerja banyak. Otak rasa macam lemb semacam. Bhahaha..

Daging korban black pepper


Menu sarapan pagi ni.  Dah lama tak buat. Dulu masa bujang roti telur ni la menu favorite breakfast aku. Boleh kata seminggu dua kali buat. Senang nak buat kan. Walau pun senang tapi wallawei sedapnya ya allah, tuhan je tahu.... Tak jemu makan.



Yang ni pulak semalam punya breakfast. Aku jenis belasah je nak makan nasi putih pagi ke tengahari. Tak ada diet2. Jangan jeles orang kurus katakan. Oh my god sedapppp sangat daging black pepper nih. Aku masak sendiri tau korang. Memang aku tiap pagi bangun masak. Isteri mithali.... hihihi.. Ni dah nak abis baru ingat nak snap. bhahaha. Nak buat macam mana sedap sangat.

Aku bukan nak puji diri. Tapi mr. mama pas aku suruh rasa daging ni, belum apa-apa lagi dah kata sedap. First time masak mesti ada sesi merasa dulu. Dah makan lagila puji melangit. Siap bertambah-tambah. Kembang vontot i.. Anak-anak pulak tanjat boboi tengok lauk yang lain dari lain. Kemain excited nak makan. "ui mama masak lauk apa ni ma". Selalu mama dia masak ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng. Ini memang lain warna dari yang lain nih.

Setelah dua minggu raya korban... Finally dapat jugak daging fresh dari ladang gua musang... Tu yang beria masak. Sabtu dapat. Ahad malam terus masak daging black pepper. Isnin pagi masak lagi semangkuk besar. Kawan@pekerja mr. mama pun join makan. Pas makan terus kata aku boleh buat business catering. Amboi korang agak-agakla puji kalau nak hari-hari makan percuma pun.

Ni first time tau aku masak daging black pepper selepas 5 tahun kawin. Peh tu aku main tibai je bubuh apa yang ada kat dapur. Dah hujung-hujung bulan ni barang kering semua dah habis. Minyak masak aku semalam cecukup je tuk masak daging ni. Pastu sos tiram pun dah tinggal kalat kalat. Siap aku goncang dengan air. Tu yang sedap tu kot.. hahaha..

Selalu kalau ada daging kat peti ais, yang aku tau masak daging goreng daging goreng.... Aku ingat mr. mama suka daging goreng. Tengok bila balik kg mil duk masak itu je. Nak masak macam kari malas. Lama... Rupanya daging black pepper ni lagi favorite mr. mama. Pasni memang kena varietykan masakan macam ni.

Resepi:
Daging potong nipis-nipis dan perap kicap manis dan bawang putih + lada hitam yang ditumbuk lebih kurang 10min. Sebenarnya aku perap 5minit je. hihi.. nak cepat. Kalau lagi lama lagi sedap. Lada hitam tu aku tak bubuh banyak sebab tak nak pedas. Anak-anak tak makan pedas. Pastu panaskan kuali masak tumis daging perap dan masukkan air masak secawan. Kecikkan api. Masak sampai embuk. Bubuh sos tiram (agak-agak), bawang besar & garam. Siap.

Rasa dia tak over sangat. Manis-manis je kata mr. mama. Kalau yang suka makan rasa berasap kepala bolehla bubuh sos black pepper. Tapi aku sos black pepper pun tak pernah beli. (-.^).

Makan dengan nasi panas-panas sedap wooo. Tapi yang sebenarnya jadi bertambah sedap sebab daging tu fresh bukan daging import...


23 October 2013

#Bundle Collection : Travel Bag

Ntah betul ke idak ni travel beg. Aku main hentam je. Tapi best beg ni ada banyak zip. Boleh letak banyak barang. Sesuai kalau nak bawak time keluar dengan anak-anak. Hari tu masa bawak diorang pi opis aku dapat sumbat 4 helai baju + towel + 2 pampers + my purse.

 Depan ada satu poket, tengah satu, belakang ada dua. Dalam ada dua compartment. 
Best boleh isi macam-macam.

See.. luaskan dalamnya.
 

Tali panjang tu aku amik tali beg lain. Nampak matching je. Boleh nak jinjit atau buat sling beg.

Cantik kan. Sekarang dah giler simpan barang-barang bundle tau. Sebab barang bundle design dia unik dan susah nak dapat. Oh ya semua barang ni dari Australia.


18 October 2013

Card Bank

Aku sure bukan semua orang ada card bank gambar muka sendirikan. Lebih-lebih lagi yang dah 3 series. Budak-budak U sekarang maybe ada. I bangga uolls. Orang lain mana ada bank card gambar muka sendiri. Aku perasan kalau aku keluarkan card bank ni mesti ada yang usha. Sebab card bank diorang warna lain. Bank islam warna kelabu kan...

 
Dulu free hair...


Aku dapat ni masa study PLK kat UITM tahun 2005. Asalnya ini kad pelajar. Memula dulu tak tahu jugak boleh guna kat bank islam. Kalau nak tahu aku memang tak suka guna card bank. Baru baru ni je ada card bank, bank yang lain. Dulu kalau nak keluar duit aku guna buku. Sebab aku fobia duit aku pernah kena curi. Orang curi card bank aku dan keluarkan duit dalam akaun RHB aku. Sejak tu aku tak mohon dah card bank. Nak keluar duit wajib tekan nombor. Hingga aku dapat tahu kad pelajar ni boleh digunakan dekat bank islam. Itu pun lepas setahun pegang baru guna.

*tak tahu sampai bila card ni akan bertahan sebab bahagian cip dia dah terkopak sikit.


17 October 2013

Sembang lepas raya haji

Salam semua..

Macammana raya aidiladha?
Sambut sangat ker?
Aku idok. Lepak umah saja.
Petang raya ada indon datang nak beli baju.
Malay pun ada yang nak beli cadar, comforter.
Aku halau balik.. Agak-agakla kalau tak pegi haji pun kann..
Aku tak balik kampung..
Daging korban tak de...
Tak pi amik kat masjid. Mek pun tak kirim kat menantu kesayangan dia. sobsob..
Ni aku tengah menunggu daging dari kawan-kawan mr. mama...
Mesti adanyer tuk aku tu... Kalau tak de nangis tau tepi bucu almari..
Nak beli kat pasar malu.... Nampak na tidak membuat pengorbanan.
Malam raya mr. mama outstation ke Gua Musang.
Aku tak cuti langsung raya haji ni.
Suka kalau orang lain cuti, kita keje. Orang lain keje kita cuti...
Kalau tidak, tengok report attendant aku tiap2 minggu confirm ada satu hari EL atau satu hari MC.
Syabas... Semalam kenala bawak anak-anak kat opis.
Mr. mama tak sempat balik dari kelantan.
Kalau boleh lepas nitak nak bawak anak-anak kat opis lagi.
Seksa... melalak je kojenya diorang nih.
Balik umah bukak bundle sekejap.
Kenala cari duit lelepas raya ni. Pokai dah...
Kemudian ada seorang customer panggil "dik tolong kira"
Sejak dua tahun melepasi 3 series, ini kali pertama orang panggil aku adik...
Tak tahu nak suka ke apa.
Muka aku nampak muda atau badan aku yang kecik?
Padahal aku kenal customer ni. Umur dengan aku lelebih kurang je.
Silap-silap dia muda lagi dari aku.
Cuma muka dia memang nampak tua sikit. Anak dah empat kalau tak silap.
Muka su..su..ri rumah tangga memang nampak tua kan... hahaha...


memang aku nampak muda kan? hewhew..

14 October 2013

Gaun Pengantin Untuk Dijual

Hi uolls, aku nak jual gaun pengantin ni. Kot kot ada butik pengantin or individu yang berminat nak beli ke. Terpakai k. Kalau butik pengantin tu sesuai la buat pengantin pakai time majlis potong kek. Buat tukar-tukar baju. Majlis berinai ke. Nak buat tuk majlis nikah pun boleh.
Kat sini aada tiga pattern. Setiap satu berharga RM 500.00. Boleh nego kalau serius berminat. Semua warna putih. Actually ada lima pasang. Yang dua lagi tak sempat nak snap. Satu tu warna oren. Sesuai for size S. Any inquiries email edyeda@gmail.com.

Gaun 1
 
 


 Gaun 2

Gaun 3


*pandang baju sahaja. jangan ko pandang mural di dinding-dinding rumahku itu. :)

11 October 2013

Warna kegemaran sofea

Cerita ni dah lama. Aku tak ingat bila tapi waktu petang sebelum maghrib. Ke dah maghrib. Lu dah. Taip ni pun sebab dah memang ada dalam draft. Cuma tambah tambah mana yang perlu. :)

Aku ni kan sekarang malas betul dah nak mengajar anak-anak. Menjahit pun sama malas jugak. Serba serbi malas  Apa nak jadi.... Masa belum ada hakeem rajin jugak aku ngajar sofea. Sampai naik khatam setiap helai buku yang ada kat rumah tu. La ni buku apa yang ada kat rumah pun tak tahu. Sibuk mengejar hal duniawi.. .


Sian ler hakeem. Banyak yang dia tak pandai. Tapi pas orang dah mengata anak aku empat tahun pun masih tak kenal ABC. Ini tak boleh jadi. Sentap i dengar. Terus berazam nak ajar diorang sampai pandai. Syabas korang berjaya memotivasikan diri aku. Kalau dicalculate rasanya dah 20% sifat M aku dah berjaya dikikis. Sekarang seminggu ada dalam dua tiga kali aku mengajar sofea menulis dan hakeem mengenal ABC. Alhamdulillah hakeem cepat menangkap. Otak lelaki kan 9 berbanding perempuan 9 nafsu. Sofea pulak dua hari dah boleh tulis sampai huruf F. Kalau aku consistant mesti boleh terror macam belajar kat sekolah punya. Masalah seminggu je aku rajin pastu la ni malas balik. Cepat-cepatlah korang mengata aku lagi...

Selalu belajar dalam 10 min jer. Pehtu diorang dah bosan. Mama happy. Nak kalau dah takleh masuk dalam kepala hotak jangan dipaksa-paksa. Kang seteress. Belajar tak semestinya kena guna buku kan kan kan. Melalui pemerhatian pun boleh. Sekali lagi ayat orang malas. hahaha...


Semalam kan birthday sofea. Sebelum ni dia ada mintak belikan baju untuk dia. Siap request baju blue tau ma. "Biru biru". "Belikan hakeem warna oren". "Papa warna hitam". "Kawan-kawan papa warna hitam". "Mama warna ungu". Owh mama baru tahu sofea minat warna biru ye. Sweet betul kamu ni sofea. Tahu semua warna kegemaran mama, papa, dan hakeem. Siap dengan kawan-kawan papa sekali.




S.A.Y.A

Gambar semalam. Gedik sorang-sorang dalam surau. Rasa ayu bila pakai jubah cam gini. Buat keje pun semangat. Duduk sesopan yang mungkin. Bak muslimah sejati. Sekali datang opismate kata eh mengandung ker. Kuang ajo.. Tahu ler perut aku ada lemak tepu terlebih.. Kena sit up pas ni!

Jubah dari zalora.

10 October 2013

4 years old

Hari ni hari gaji orang gomen. Giler cepat. Raya punya pasal. Penuhla alamanda jumaat nih. mihmihmih... Pagi ni terdengar sokseksoksek opismate tanya apsal radio pasang lagu raya. Raya apa? Amboi.. Syawal saje ko ingat. Mementang kena puasa. Kalau pi haji baru lah nak ingat raya haji eh.. hihihi...

Today sofea genap empat tahun. Cepatnya masa berlalu. Tahun depan dah nak sekolah. Macam tak caya. Dah kategori mak  mak sangat nih. Pagi tadi sempat wish sofea selamat hari jadi. Nak wish tepat kul 12 malam tertido pulak. Mr. mama tu entah ingat ke tidak hari jadi anak dia hari ni..

Senyum je pia dengar aku wish dalam pada ngantuk-ngantuk tu. Bukan dia tahu pun apa pun. Cuma dia tahulah kalau ucap hari jadi kena ada hadiah. Dia tengok kat citer upin ipin tu. Jadinya wajib beli hadiah. Tak tahu nak kasi hadiah apa nih. Tapi dia sokmo tiap hari nak barangan dora. Dari kasut ke baju ke beg semua nak dora. Hari tu mr. mama ada kasi baju tido dora. Dia duk bantai nak pakai setiap malam. Tak sempat basuh pun nak pakai balik. Pastu kalau malam, tak nak pakai baju tido jenis seluar. Nak yang jenis gaun. Udahlah malas pakai pende (seluar dalam). Kalau pakai pastu lepas kencing tinggal je tepi pintu bilik air.

Hai anak anak... Makin besar macam-macam perangai. Pasni kalau dia nak makeup tak tahu ler aku nak kata apa. Tanda-tanda melawa memang dah nampak. Tengoklah mr. mama bebel cam mana. Mama dia ni nak calit satu warna kat muka pun tak dapat.

Apa-apa pun mama harap sofea jadi anak yang solehah boleh jaga mama papa dan hakeem sudah. Walau pun dia selalu gaduh ngan hakeem tapi sape kacau adik dia memang dia marah. Kalau aku marah memang dia pujuk adik dia jangan nangis. Siap peluk-peluk lagi. Kecik ni bolelah peluk besau nanti tak boleh dah tau...

Every night aku bisik kat telinga sofea supaya jaga kami sekeluarga. Diakhir zaman ni banyak sangat keluar kat paper kisah anak biarkan mak bapak hidup merempat. Sanggup buang keluarga demi harta dan cinta. Ish mintak simpang malaikat empat puluh empat janganla jadi kat aku. Lagi satu expectation mama tak tinggi. Pia belajar setakat termampu aje. Tak dapat masuk universiti pun tak pe. Bukan semua orang masuk U ni berjaya. Tengok mama belajar tinggi pun susah nak dapat keje yang sama dengan taraf pendidikan. Pia jadi tukang jahit sambung deligasi mama pun dah ok sangat..


Happy birthday sayang :* :* :* muahmuahmuah..

Nanti kita celebrate makan kfc lagi nak. 
Bukan senang mama nak bagi makan fastfood ni. 
Makan selalu selalu otak lemb tahu...


09 October 2013

Masih menyusu badan

haaa ini barulah nak story pasal hakeem. sebenarnya cerita taska tu aku nak taip pasal hakeem tetiba menyimpang tersasar. Pastuh lupa nak dicerita apakah sebenarnya.

Actually hujung bulan ni genaplah hakeem dua tahun enam bulan. Dalam usia sekarang kalau uolls nak tahu hakeem masih lagi menyusu badan. Yup masih menyusu badan. Jangan buat-buat terkejut. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tahan dihisap digigit hakeem selama itu. Air susu kengkadang masih lagi menitis. Aku tak amalkan dah apa-apa petua membanyakkan susu badan. Ramai yang kata yang dihisap hakeem tu bukan susu tapi darah. Macam yang diorang duk cakap kat sofea dulu tu. Tapi ada aku kisah. Aku ada baca satu blog tu kata dia menyusukan anak dia sampai umur tiga tahun lebih. Kemudian dia nampak anak dia pandainya lain macam. Aku pun nak jugak...

Nak jangan ko xberenti-berenti menyusu sudah.. Mama ko ni tak ada banyak kekuatan.

But bukan aku tak nak berhentikan tapi ya ampun susahnya la hai. Bagi yang dapat anak senang nak berenti, senanglah hati korang. Bolehlah pakai baju kebaya, dress dan segala bagai jenis baju.. Daku kecewa target raya hari tu dah boleh nak melaram tapi harammm. huhuhu... Susah bebenor nak lepaskan susu budak ni. Aku tak tahu macam mana ada yang kata dia tak guna apa-apa cara just slow talk je ngan anak. Kata kat diorang yang diorang dah besar dah tak boleh menyusu. Esoknya terus anak tu tak nak susu dah. Walllawei kalaulah sesenang itu. Aku bukan kata slow talk, memalam siap usap ubun-ubun kasi hempus sambil selawat tiga kali dan diiringi ayat manis berjela-jela. Buat pulak malam hari kelahiran hakeem tapi masih tak jalan jugak... Macam mana nih. Helpppppppp me..

Bukan tu, bubuh garam pun dah bubuh. Orang suh letak kopi pun tak jalan. Kotor baju aku ader. Ni nak try bawang putih tapi belum ada kekuatan. Any suggestion? Kalau korang nak kata itulah sape suruh cuti lagi lelama tu yang manja melebih budak tu. Tolong rentikan. Bernanah telinga aku dengar. Tolonglah bagi ayat yang membina. Jangan bikin wa panas hati....


Rasanya asal aku nak cerita pasal beza anak menyusu ngan tak menyusu, macam aku ngan hakem lain ngan pia lain, tapi menyimpang pulak. :)


#Bundle Collection : Purse

Dah ada yang mula bertanya bertanya pasal beg jeans mereka. Maaf maaf sekarang nak pegang mesin jahit kemain malas. Aku sibuk mencari barang bundle mr. mama yang bomb bomb. Banyak santek santek kalau pandai cari. Tu yang masa seakan mencemburui. hihihi.. Masa nak amik order hari tu kemain berkata manis. Dasar!

 Brand : Ruby & Kit

Aku suka sangat design belakang purse nih. Unik. Purse ni kalau nak tahu dah kena lenyek skit ngan lori bundle tapi still gagah. Berebut aku purse ni dengan mr. mama. Tak tahulah aku mr. mama taste dia pelik-pelik. Purse pempuan jugak yang dia minat. Katanya senang nak letak memacam. Tak macam wallet lelaki. Limited space. But at the end memang mr. mama akan mengalahnyer kalau bini dia nak.

Motif sangat nak tunjuk duit tu... eh i dah tak keje kat tempat tapis tapis filem tu lagi.

Aku memang dah lama angat tak pakai purse panjang-panjang macam ni. Selama beberapa tahun ni aku pakai business card MPSJ yang kakak aku kasi. Jenis leather... Memang sedap walau pun nak letak duit kena lipat-lipat. Orang kaya memang selalu tak ada proper wallet kan.. Kuikuikui...


*kalau aku nak jual dress pengantin ada ke butik pengantin yang nak beli ke idok?



07 October 2013

Sembang-sembang taska

Dah lama rasanya tak cerita pasal anak especially hakeem. Wanita berkerjaya katakan.. puiii. Anak-anak masih dijaga oleh mr. mama. Jangan ditanya macam mana mereka dirumah sebab tiap kali aku balik memang benda pertama aku capai adalah penyapu. Apabila lelaki menjadi surarumah begitulah. Tapi itu lebih baik dari di hantar ke taska. Aku fedup dah nak cerita pasal taska. Masalah-masalah taska, pengasuh-pengasuh taska. Nanti banyak yang kritik kata aku cerewetlah itulah inilah. Tapi tahun depan memang aku kena jugak masukkan sofea tu ke taska. Dia dah 5 tahun. Kena pi tadika. Aku malas nak susahkan mr. mama anta amik dia tiap-tiap hari. Jadi nak cari yang tadika yang ada daycare terus. Dalam proses mencari nih... Masih belum ketemu yang berkenan di hati.

Sabtu lepas aku jumpa tukang masak taska lama sofea@umi kat rumah. Datang beli barang my bundle. Sebab dia umi sofea kitaorang kasi diskaun 30sen. bhahaha.. kuang ajo mr. mama.  Umi terkorek-korek duit, sampai kena bayar guna duit syiling dia buat derk jer. Business is business ma...

Sembang sembang dengan umi, dia masih keje kat taska lagi. Katanya pun ingat nak berenti. Dah lama sangat dah keje situ. nak berehat. Dah alang-alang sembang, aku tanyakan pasal pengasuh kat situ. Samaada orang lama atau orang baru. Sebab bila aku pegi kedai runcit depan rumah tu sokmo iklan mencari pengasuh kat taska tu tak berturun-turun papan tandanya.

Kemudian umi bukak cerita kata pengasuh sekarang semua muda-muda. Yang senior semua dah berenti. Gaji kecik. Diorang pun nak majukan diri. Itu yang kengkadang budak-budak nangis diorang malas nak pujuk. Orang memuda tu malas nak jaga. Umi pulak sibuk di dapur. Mana sempat nak tengokkan budak-budak. Umi ni bagus kalau korang nak tahu. Hakeem dan sofea memang nak kat umi ni jer masa seminggu aku hantar kat situ.

ha kan betul apa yang aku agak sebelum ni. Patutlah hakeem hari tu menangis dekat sejam tak de sape datang pujuk. Tapi kalau iye pun kerja untuk sementara janganlah buat anak orang gitu. Kesian... Anak itu amanah ALLAH. Dah awak keje situ kejelah betul-betulkan. Sian sape yang baru anta anak kat taska tu. Yang lama tu aku rasa budak-budak situ pun dah lali. Reti dah pujuk hati yang lara, bawa diri sementara mak diorang kerjakan. Sebab tu kalau ditanya semua ibu bapa kalau boleh nak hantar anak diorang kat taska yang berdaftar dengan JKM. Kalau kat area rumah aku tu berapa kerat je yang berdaftar. Dan yang berdaftar ni memang mahal sikit... Dah macam hantar anak kat sekolah private dah yurannya...




02 October 2013

Cerita campur campur

Bukan sayur  je boleh campur-campur. Cerita pun boleh tau.. Minggu lepas musim demam sedunia. Satu family kami demam kecuali mr. mama. Empat hari tak boleh bangun. Berjangkit-jangkit dengan anak pulak. Sudahnya jumaat, isnin & selasa MC. Itu yang blog tak berupdate :). Pestime jugak dapur rumah tak berasap. Aku tak boleh sehari tak masak. Penat macam mana pun wajib masak. Kadang-kadang yang dimasaknya ikan@ayam goreng jer. Tapi demi nak membuncitkan perut suami penat pun aku masak juga dalam bebel bebel. hahaha...

Walau pun mr. mama tak demam tapi dia nak sakit jugak. Sabtu tu mr. mama jatuh moto sebab terlalu risaukan his family. Sweet je bunyi kan... Padahal otak dia duk fikir kata-kata bini dia.

"Pa kenapa mama tetiba sakit ni. Jarang kan mama sakit, Ni mesti sebab banyak dosa dengan papa ye". "Mama mintak maaf ye semua salah mama, kalau mama tak de nanti jaga anak baik baik ye". 

hahahah bini propa lebih. Padan muka buat apa marah kitaorang demam. Kendian kata bukan marah tapi risau.

"Kenapa family papa jadi macam ni. kenapa...Semuanya demam". "Itu ujian tuhan sayang" (._.).

Dengan kata lebih sedap tuhan nak bagi mama berehat, kalau tidak asyik kena buat kerja kat opis kat rumah tak henti-henti. Tapi aku lebih rela wat keje dari sakitla... Seksa weeiii



___________________________________________________________________________

Yang ni kisah sebelum demam. Kisah makan pulak. Sempat pi jenjalan then singgah makan kat foodcourt alamanda. Orang baru dapat gaji mengidap nak makan laksa. Sebelum makan dah tanya dulu kat opismate diana laksa tu ikan parang ke laksa penang. Bukan tak tahu kalau makan kat foodcourt rasa dia tak sama yang laksa RM 3.00 - 3.50 tu. Murah tapi sedapppppp dap dap..

Diana pulak kata ikan parang tu macam mana. Mana aku nak cari ikan parang tunjukkan. Nak tunjuk parang bolele... Sekali beli laksa ada nenas kuah ikan sardin. Laksa nyonya kan namanya tu. Tak kena dengan tekak. Tapi habis jugak sebab lapo...ekekek..


Petangnya aku nak masak fanfries untuk tujuan membuncitkan lagi perut suami. Sekali boleh pulak yang aku beli tu ubi kayu segera rupanya. Aduhai dasar jarang makan fast food  la ni.


____________________________________________________________________________

Gambar-gambar ni mr. mama yang tangkap. Banyak lagi dalam phone tu. Tapi sensor tak boleh nak dedah lebih-lebih. Sekitar kerja dia berbundle tuh. Memula dulu aku rajinlah menolong sekarang dah slow. Sejak demam hari tu terus stop. Biarlah dia buat ngan his pekerja-pekerja. Sebabkan bundle nih order-order yang ada semua pending. Ampunnn bebanyak pada yang mengorder tu. Minggu ni aku akan start balik. Bilik jahit tu pun nak kena kemas jugak. Dah macam sarang tikus dah.


Setiap hari memang ada je orang datang beli. Yang datang mencuri pun nak ada. Indon ler banyaknyer. Dia lipat cantik-cantik toto, langsir pastu selit benda kekecik dalam lipatan tuh. Mr. mama tunggu masa nak bagi korang kencing dalam suar. Nak gertak panggil polis. Tunggu arrrr...