26 September 2013

#Bundle Collection : Sweater

Aku bukan menggemar bundle. Sangat-sangat tidak minat. First impression bila orang citer pasal bundle "eee gelila, barang orang dah pakai tu" "ada ke orang nak beli baju terpakai nih". Ntah sejak bila ntah barangan bundle mula meresapi dalam diri aku nih. (",). 

Hingga dapat idea pulak nak buat beg dari jeans yang almost jeans tu aku beli kat bundle. Dan sejak mr. mama bukak bundle lambak macam tu terus jatuh cinta. Belek punya belek cantik jugak baju bundle. Kalau cuci bersih-bersih pakai memang lawa. Padan bundle mendapat tempat dihati ramai orang.


:: Sofea wearing sweater bundle ::

Nak show jugak

Semalam ramai benar blogger yang post pasal CPUV. WW kan. Aku tak sempat nak kejar hari rabu, hakeem sofea aku banyak kat opis so tak de can lah nak bermanja dengan PC. Depa sibuk duk tengok upin ipinlah, boboiboylah, barbie segala..
Takpe hari ni i show eh. Jangan nak  berlagak ada 7 CPUV tengah on going. Nak publish cerita harian idea nak mengarang macam stuck sejak dua menjak ni. Kemalasan lagi. Amaun tak banyak mana tapi bolehlah wat tampung tampung amaun yang ada sekarang. Capai target  baru nak cashout. Nak beli something yang boleh pegang in hand dengan hasil duit blogging nih..

 
 Transtitions Optical tu dah lama stop earningnya tapi dok tak kredit kredit jugak.

24 September 2013

Ciri-ciri golongan isteri derhaka


Vahvahvah banyak ilmu sangat ke nak share ciri-ciri isteri yang tergolong dalam golongan derhaka ni. Ini aku dapat ni dari fb Cinta & Rumahtangga Bahagia. Aku mana pandai nak kasi tips-tip ni. Apsalla aku baru tahu kan kewujudan pages ni. Kalau tak friend yang share sampai mati kot tak tahu.  hiks...  Bagus tau para isteri diluar sana like pages ni. Suami jugak. Sebagai motivasi diri.. Supaya tak khilaf. Macam aku. Aku rasa aku macam banyak dosa jer ngan mr. mama. Selalu keluar high pitch. Pehtu mr. mama pulak jenis yang senyap. Redha jer bini dia practice suara vibrato setiap hari . hahaha..

Penuh pulak new feeds fb aku sal tips hari ni..


 ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...

1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".

4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".

5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."

7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt
 

tips menyemarakkan rasa cinta meh lihat selalu gambar pasangan anda.
tapi aku kalau tengok gambar time nikah ni aku stress. Baju nikah tu aku tempah lima ratus lima puluh belum masuk harga kain. Sekali pakai dua jam jer. mintak permission mr. mama pakai time raya tak dapat.. hiks..


23 September 2013

Gambar lama

Aku tak tahu nak post apa hari ni.
Otak aku dah beku. Badan pun lesu.
Pagi tadi aku dah tido sejam kat surau. 
bhahaha.. kantoi...
Dua hari ni penat sangat.
Sekarang sabtu ahad pun kena kerja. 
Tolong mr. mama jaga kedai.
What to do...
Anak dah makin membesar. Kenalah kerja lebih...
Keperluan semakin meningkat. Ke kehendak... kui kui kui

Peh tu bedek bedek pc opis jumpa gambar jamuan raya opis. 
Tak banyak sebab semua gambar ehsan tab opismate.
Aku tepek gambar aku jelah.. Yang lain takyah.
Cerita dah basi.. 




Muka sememeh ntah apa-apa.
Ini bukan baju raya.
Baju tempah kat ahsoo tuk nak wat pi keje.
Kain tu aku pakai skirt yang beli kat zalora hari tu.


20 September 2013

Turun naik JPJ

Jumaat lepas aku pi puspakom raub dan jpj temerloh. Sebab nak settlekan saman lori. Kena pergi puspakom raub dulu sebab kena samannya pasal tak buat inspection puspakom. Bukan tak buat. Tapi pelekat puspakom tu tertanggal. Ngam-ngam kena tahan dengan jpj temerloh, pelekat tu baru tercicir kat highway karak masa ujan lebat. Lori mr. mama tu cermin belah kelindan tu kena pecah.

Masa kena saman, orang jpj tu kata boleh batalkan saman tu kat mana-mana jpj. So kitaorang tak ada lah nak risau. Berlengah-lengah nak settlekan saman ni sebelum kena naik mahkamah bulan 10. Dasar...

Hari raya hari tu jpj hq ada buat open day tukar lesen card. So aku tanyalah pasal saman tu. Kot kot boleh batal time tu. Katanya kalau kena saman kat raub tak boleh batal kat hq. Kalau kena saman kat temerloh boleh. Apakah???

Esoknya capat-cepat pergi jpj hq. Diorang kata tak boleh nak batal. Kena pergi jpj temerloh jugak. Coz kami sama-sama gomen diorang cuba tolong aku call and faks semua detail kat jpj temerloh. Setakat tu jelah jpj hq boleh tolong. Aku dah agak dari explanation yang orang jpj bagi semalam memang nampak sangat kebodohan disitu. Bab bayar saman dimana-mana sahaja boleh. Nak batal saman tak boleh pulak dimana-mana jpj. Nak jugak kat tempat saman dikeluarkan. Baiklah terima kasih.


Itupun saman ni tak boleh batal tapi diorang akan tukar charge kepada tak pamerkan pelekat puspakom. Saman atas nama pemandu saja. Actually saman yang aku kena ni charge atas nama owner lori dan pemandu. Aku tak faham charge dua nama ni...

Kemudian orang jpj temerloh call kata dalam sistem dia tulis last aku wat inspection puspakom 8 julai 2013. Aku kena saman 18 julai 2013. So memang aku tak de buat puspakom. Sini aku nak kata apa ke bangangnya orang jpj tu dah aku wat inspection 8 julai dan inspection puspakom bukan ke  sampai 6 bulan. Aku suh dia tengok sijil tu dah terang terang tulis valid sampai 8 jan 2014. Boleh orang jpj tu cakap itu saya tak tahu dalam sistem tak ada. " Awak bawaklah pelekat tu tunjuk kat sini". Geram geram...

Masa saman hari tu ko kata jpj tak boleh link dengan puspakom. Ini boleh pulak check dalam sistem kata tak de. Apa guna bagi sijil pemeriksaan tu kalau tak reti nak baca, nak tengok. Nanti kalau aku faks pelekat puspakom tu ada pulak yang kata kami nak tengok yang ori. Takut ada yang buat pemalsuan kennn...Puspakom pun satu hal kalau buat inspection kat raub, raublah yang boleh keluarkan pelekat pendua. Tak boleh puspakom lain. Menyusahkan..

Ok aku malas nak pening kepala pergi raub, pergi temerloh, jadi decide nak bayar je saman tu. Pergila pulak jpj bangi. Jpj hq tak boleh bayar saman. Orang jpj tu kata "Awak kena bayar RM250.00" "eh apsal mahal sangat" Sebab dah lebih 30 hari. Kalau bayar dalam tempoh 14 hari RM100, dalam tempoh 30 hari RM150.00 dalam tempoh 60 hari RM250.00. Wahh tepuk tangan pandai betul mereka ni nak mengutip duit orang awam. Ingat semua orang ada duit la la tu ke. I is tak tahu pulak bayar cepat lambat berbeza. Ingatkan asal bayar sebelum naik mahkamah harga macam tu jugak. So cancel nak bayar hari tu sebab duit tak cukup. Next week la sebelum National Day bayar sebab itu tarikh akhir bayaran. Orang jpj siap pesan "Awak buat reminder kat hp, ingat sebelum 16hb sept ni kena bayar". Nak amik duit orang awam laju jer yea.


So kamis lepas aku datang sekali ke jpj bangi untuk bayar saman tanpa rela tu. Orang jpj bangi tu cakap nak bayar yang owner lori ke yang pemandu. Aik... Saman ni ada dua. Satu saman berharga RM250. Kalau dua RM500.00. OOOO ooooooo itu la maknanya charge atas dua nama ye. Sakit hati sakit hati. Walaupun dalam poket ada lima ratus, aku tak rela nak bayar.

Tepon mr. mama suh pergi jugak jpj temerloh tuk batalkan saman  dan puspakom raub untuk ambil pelekat pendua. Nak tak nak kena pergi esok jugak sebab last bayaran saman tu isnin. Senin tu cuti national day.

Jumaat tu berangkat aku anak beranak dalam kul enam pagi. Aku sorang je yang mandi. Yang lain semua asemmmm. hahaha.. Aku drive sampai raub, cun2 kul 8.15 pagi. Sampai sana kena wat report polis dulu. Sejam kat balai polis. Geram giler ada sorang je yang amik  report. Dah la kitaorang kejar masa. Tau tak hari jumaat pejabat tutup awal. Habis wat report gi puspakom raub amik pelekat puspakom kena bayar RM20.00.

Dalam pada tu, aku masih berusaha suruh orang jpj raub tolong. Kot kot boleh batalkan saman tanpa pergi kat jpj temerloh. Puspakom ngan jpj raub ni sebelah sebelah. Memang diorang tahu pasal aku pi buat pelekat pendua tu. Kalau nak tolong memang boleh sangat. Cakap punya cakap akhirnya diorang kata tak berani nak buat. Padahal malasssssssssss nak tolong. Mungkin mr. mama cakap pn tak berapa best. Aku tak masuk. Kalau aku guna atas nama sama-sama gomen rasanya boleh kot.  Silap silap di situ.

Time ni dah pukul 10.30pagi. Nak pergi temerloh terpaksa keluar balik highway karak. Kira berpatah balik. Sepanjang jalan berdoa dan bertawakal dapat sampai sebelum pukul 12. Sebelum lunch. Kalau sampai pas kul 12.15 jawabnya kena tunggu pukul 2.45. Lama tu...

Syukur pukul 11.56 pagi kitaorang sampai jpj temerloh. Sib baik tak sesat. Aku awal-awal dah tanya member yang duduk temerloh direction. Almaklum GPS tak de.. :). Tu pun boleh terlepas. Sampai jpj temerloh diorang kata tak leh nak keputusan sebab semua pegawai dah keluar. Huh! Aku dah agak dah. Dasar gomen.... Tapi diorang fotostat pelekat tu then suruh balik dulu tunggu call.

Petang kul 3 jpj temerloh call kata kena bayar saman pemandu RM200.00. Aku mati mati ingat diorang akan batalkans saman lama, keluarkan saman baru. So aku bayar petang tu dapatlah harga yang dalam tempoh 14 hari tu. Rupanya kira dari tarikh saman dikeluarkan jugak. Hampehhh..

Masa ni kitaorang dah sampai rumah dah. Keluar balik pi jpj shah alam tuk bayar saman tengok saman atas nama owner tak batal lagi. Call balik jpj temerloh diorang kata nantilah kita settle kemudian. Amboi bahasa senangnya....

Takpe aku tunggu seminggu. Hari ni tengok kat web jpj tu still ada lagi saman atas nama owner lori. Pepagi tadi aku call jpj temerloh diorang kata dalam sistem diorang tak ada pun. Aku cakap dalam sistem uolls tak ada tapi kat portal jpj tu still ada.

Dalam bengong bengong tu diorang kata nanti dia check. Then tak sampai setengah jam call kata saman ni dah settle dah. Tapi apsal still ada lagi dalam portal jpj tu. Dia suruh aku cuba check balik.  Cakap je lah yang korang baru amik tindakan lepas aku call tadi kan...

Apa-apa pun syukur dah settle kes jpj ni. Bikin serabut kepala kalau kena naik mahkamah macam kes Raub hari tu...




19 September 2013

Taska pilihan atau sementara?

Rentetan operasi mencari taska tempoh hari... Aku pilih juga diantara yang tiga itu.

Dah isi borang taska permata KDN tapi sampai la ni belum submit lagi. Puncanya after 2weeks hantar tak hantar sofea ke taska until now bila hantar pepagi dia still menangis. Balik tengok mata dah bengkak. Aku pun tak tahu pasal apa. Sebab nak kata dia tak suka berkawan, jumpa budak tengah jalan semua ditegur. Raya hari tu balik kampung pun tak mau dia ikut kitaorang pi jenjalan semata-mata nak main dengan sepupu-sepupu yang dia jarang jumpa tu.

Baru-baru ni, ramai bebudak datang rumah sebab datang ikut mak bapak diorang beli baju bundle. Kendian lepas budak tu semua balik sofea cakap kawan kawan tak marah pun. So apa maknanya? Bukan sekali, bukan dua. Berkali-kali. Aku syak dia kena marah dengan kawan-kawan dia kot. Taulah bebudak baya sofea mesti diorang dah ada geng sendiri. Lama dah duduk situ sejak lahir.

Kemudian aku bagitau kat owner taska@my boss masalah sofea yang asyik menangis di taska. My boss saran aku hantar terus ke tadika. Tadika ngan taska ni separate building tapi dalam satu parcel D jugak. Patutnya bulan 11 nanti baru budak empat tahun akan pergi ke tadika situ. Tapi aku fikir kalau hantar ke tadika sekarang kesian sofea yang tak tahu apa-apa. ABC saje masih terkontang kanting. Salah mama dia ni malas nak ajar sangat. Tapi sekarang aku dah mula ajar menulis. Baru sehari, semalam.. bhahaha...

Aku actually masih berharap yang sofea akan suka ke taska permata. Sebab tu hari ni aku masih try hantar lagi. Masa nak hantar sampai separuh jalan hantar sofea buat trick kata sakit perut. Aku buat derk jer. Sampai taska terus dia berlari ke tandas. Memang betul sakit perut. kahkahkah... ingatkan trick

Masa kat tandas aku tak tahu nak suruh sofea uk uk kat mana coz semua tandas kotor. Hitam pekat dengan ehem ehem.. Uolls faham-faham je lah. Aku tanya kat pengasuh mana tandas. Dia tunjuk tandas yang tiga tiga tak boleh guna tu. Dengan tak ada cebuknya. Last-last aku suruh sofea membuang kat lantai jer. Kat rumah memang dia membuang kat lantai. Tapi kalau ada tandas cangkung sofea reti nak guna. Cuma rumah aku tandas duduk. Dia takut nak duduk atas tu...

Terus niat nak hantar ke taska hari ni terbantut. Hari ni seharian sofea duduk kat opis teman aku. Dia memang suka duduk Aku bukan nak buruk kan taska ni tapi aku dah nampak kekotoran ni dari hari memula hantar but aku ingat hari tu diorang tak sempat nak bersihkan. Tapi dah nak dekat dua minggu still tak bercuci apa kes...

Aku harap yang tadika yang aku nak hantar nanti tak la macam taska ni. Aku prefer nak hantar kat sini sebab satu parcel dengan opis aku. Senang apa-apa nak tengok nanti. Mind set aku pun berkata taska gomen mestilah ok kennnn. Putrajaya lagi tu. Bandaraya bersih bebas jenayah.

Tapi apa yang aku nampak banyak kelemahan sepanjang aku hantar tapi aku malas nak listkan semua tu sebab aku memahami bukan senang nak cari pengasuh yang betul-betul bagus. Yang boleh handle budak-budak. Owner taska aku tau semuanya bagus-bagus. Tentu dia nak yang terbaik untuk business dia.

Masa breakfast tadi aku jumpa my boss then my boss cakap dia dah tahu kenapa sofea asyik nangis kat taska. Bukan sebab kawan-kawan marah tapi katanya cikgu-cikgu kat situ suka menjerit.

Ermm pengakuan apakah????

18 September 2013

#For Sales : Manik Tote Bag

Cerita beg lagi. Kerna selagi nyawa dikandung badan, menjahit pasti diteruskan. Im lov it! gitu.. walaupun sekarang sibuk dengan business bundle my hubb. Penat wei setiap hari kena sort baju, kasut. Memalam kena angkat sampah buang kat tong sampah. Berat macam angkat mayat. Dah gaya pembunuh angkat mayat dalam guni..

Aku rasa nak tarik balik je statement siapa order beg sekarang tak yah tunggu lelama. Hahaha.. Macam lama jugak je uolls kena tunggu. Korang ni betul tau... aku tau la kalau order beg dengan aku berkurun baru dapat keennn :). Banyak pulak order yang masuk pas aku tulis statement gitu..Tak pe selagi ada kudrat, selagi terdaya akan aku segerakan.

Sebelum tu sapa yang tak larat nak tunggu ni ada satu tote beg ready stock yang aku dah buat sebelum order melebat. Lebat la sangat.... Beg ni nak kata jeans pun bukan tapi guna seluar ala2 jeans slack la...


 
Measurement : 12" height X 13" width X 4.5"
 
Dalam ada dua compartment. Novel sekadar hiasan :p
Berminat email tau edyeda@gmail.com.  
Sms/ call call tak berapa nak layan. Motif nak bagitau kredit tak banyak. hehe...


12 September 2013

My bundle station

Ingat tak  aku ada mention nak bukak bundle kat entry sebelum ni. Alhamdulillah dah tercapai hasrat mr. mama tu. Hari ni dah masuk hari ke tiga beroperasi. Walaupun dalam serba kekurangan. Buat kat  depan rumah saje. Belum berkemampuan nak bukak kedai. Plus kekangan masa dan kakitangan. Ini pun import my sister sekali bantu. Nanti kita gaji eh kak jiah (",)


Pekerja mr. mama yang setia. Pasni uolls tak payah dah angkat lemari, katil, meja, mesin basuh, fridge. Dari tingkat ada lif ke tingkat tak lif, rumah teres, rumah kondo. Penat! La ni tolong sort, lipat, kemas, jual baju saje. Dah boleh amik upah.. hihi..

First day opening, alhamdulillah tak menang tangan. Meriah sampai kemalam.


Harga as low as RM2. Sapa tak nak kennn. My opismate pun nak tau.
Ada tu datang sampai dua tiga kali.
Ingat once weolls siap menggantung di hanger nanti tak dapek dah harga macam ni. 

Macam pasar malam. 
Kul 12 malam pun ada lagi yang datang. 
Dua hari aku tak cukup tidur ni.


Uolls minat baju bundle tak?

11 September 2013

Makanan fast food memang tak elok ok. Tak elok!

Hari tu, masa gaji bulan lepas aku ngan mr. mama pi mydin beli barang dapur. Actually mr. mama jarang dah temankan aku beli barang dapur. Ni pun sebab aku bebel baru nak ikut.

Bab beli beli makan aku strict jugak. Expecially bab makanan fast food. Kalau iolls pi sorang memang tak merasalah anak-anak akan makanan segera ni. Tapi anak-anak dah terlepas jugak makan KFC. Zaman sekarang susah nak handle bebudak yang otak kemain cerdik. Jalan sikit ma nak ayam goreng EP C nak ayam goreng EP C.

Teringat dulu my lecture kat UiTM selalu cakap uolls ni suka sangat makan KFC, MCD. Ingat elok ke makanan tu. Itu semua SAMPAH bukan makanan. Diulang SAMPAH ye uolls. My lecture cakap lagi cuba uolls try simpan nugget, burger uolls tu kat bawah tudung saji dua tiga hari. Tengok elok lagi tak. Ada hurung tak dek apa-apa binatang. Mesti tak denyer. Makanan tu masih elok lagi. Binatang pun tak mahu makanan sampah macam tu. Haa... jangan ingat makanan yang tahan lama tu elok. Fikir sikit kita yang makan makanan duk perangat dua tiga hari tu pun boleh sakit perut.

Berbalik pada kisah barang dapur tadi. Since mr. mama yang jaga anak-anak. Aku bagilah permission ke dia pilih barang yang dia nak. Harapnya dia pilih biskut ke roti ke budak kudapan masa di rumah. Faham duk rumah je sepanjang hari memang cepat lapar. Tapi nak tahu apa mr. mama pilih. Daging burger. Haippps rasa nak babab je tangan tu...

 
Daging burger yang di pilih. 
Perhatilkan cop separuh yang aku dah tutup tu ye... 
Berhati-hatilah...
 
Tarikh luput lama lagi.

 Yang kuning-kuning tu aku not sure apa kebendanya. Kulat ker?

Satu malam tu aku suruh mr. mama masak burger ni. Aku malas nak masak. Masa mr. mama masak tengok daging burger tu pecah pecah, rapuh. Tak kenyal macam yang biasa kitaorang makan. Rasa off course tak sedap. Tapi i is ok je. Telan saje. Anak-anak pn makan tapi tak tambah. Sorang satu dah stop. Mr. mama tak makan. Cuit sikit je.

Esoknya hakeem sofea muntah-muntah 3/4 kali sehari. Aku lemah syahwat seluruh anggota badan. Kami bertiga kelesuan seharian dan terbaring sahaja. 

Dah tahu kan makanan fast food tak elok nak juga makan. Rasakan memasing. 


*tak sure sebab brand atau nasib kami yang malang hari tu.


#Order Customer : Sling Bag & Backpack

Kalau korang perasan dah tiga hari berturut-turut aku pos pasal beg. Ini boleh jadi sebab dua tanda. Satu aku kehabisan idea nak post entry apa. Duanya aku tengah kopak. Jadi sila teka yang mana sebenarnya my situation???




Measurement : 10"width X 10.5"height X 2.5"



Measurement : 8" height X 7"width X 1.5
 
If uolls berminat cepat-cepat email me : edyeda@gmail.com.
Iolls tengah rajin siapkan semua order.
Siapa order sekarang memang tak perlu nak tunggu lelama.

*  sebab reason no dua tu...
Lambatnya ujung bulan.. lalala..

10 September 2013

# Order Customer : Sling Bag




Measurement : 12.5” width X 9” height X 4”

Beg ni banyak sungguh zip. Depan ada dua, belakang satu, dalam satu. Dalam pun ada poket. My opismate request. Mencabar daya imaginasi dan ketahanan diri nak buat ni tau! Hihihi…

If u interest email me : edyeda@gmail.com

Misi mencari taska gagal

Kenapa gagal…. Marilah aku citer satu persatu walaupun aku tak pasti adakah ada yang mampu membacanya hingga tamat. Hahaha.. pedulik..

Ceritanya dua minggu lepas aku dah start cari taska kat area rumah aku tu ha.. Aku pusing putra height hari sabtu tu untuk cari no telefon and call. Call call tanya jer. Mana yang cakap macam tak best aku reject. Yang mana best tu baru aku akan akan follow up taska diorang. Hee..
Antara yang taska yang best masa bercakap adalah taska@tadika Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam). Aku suka selain sebab penyelia dia yang peramah, aku fikir senang nanti sofea 5 tahun boleh belajar kat situ. Bolehlah  belajar agama lebih.
Then last week misi menyecheck setiap taska yang berkenan dengan mr. mama. Terlangsung  isnin lepas aku cuti aku ingat nak terus hantar hakeem dan sofea kat taska for testing. Tapi sebelum tinggalkan diorang kat situ, aku kena check dulu ok ke tak. Masuk-masuk nampak bahagian bawah bebudak tengah belajar.
Aku mintak naik atas nak tengok taska. Atas ada tiga bilik. Satu bilik untuk pengasuh, ada tilam, satu bilik kosong dan satu bilik untuk budak-budak. Bilik bebudak tak nampak ada tilam pulak. Mungkin diorang simpan kot. Time aku sampai dalam pukul  11pagi. Bebudak tengah huru hara main. Ada yang tengah bertumbuk. Pengasuh tak ada sorang pun kat atas walaupun katanya ada empat orang pengasuh. Dalam hati dari awal masuk taska hati aku dah tak berkenan. Compare dengan tadika yang pernah aku pergi  jauh benar bezanya. So terpaksa rejectla pasti ni.
Kemudian pergi satu lagi taska. Sebab berkenan dengan  taska ni coz taska berdepan dengan satu sekolah tadika. Kalau kita decide nak hantar ke tadika depan tu diorang boleh amik dan jemput. Bayaran RM10 sebulan untuk jemput hantar. Tadika depan tu pulak guna Cambridge system. Suka dah kat situ. Tapi yang tak berkenannya sorang je pengasuh. Bila tanya sorang je ke pengasuh, dia jawab dua termasuk anak dia. Aku suspect anak dia tu adalah dalam darjah 6 kot .Tertanya-tanya dalam hati tTak sekolah ker budak ni? Jawabnya terpaksa hold dulu nak menghantar kat sini sebab 50-50.
Then esoknya (selasa lepas) aku try hantar anak-anak kat taska opis pulak. Kali ni de survey-survey. Terus angkut hakeem sofea tinggal sehari kat situ coz dekat dengan aku kan. Kalau apa-apa boleh jengok. Masa tengahari aku datang jengok diorang tengah tido. Ternampak ler pengasuh pakaikan pampers kat sofea dan sofea masih pakai baju tidur. Bila tanya kenapa sofea pakai pampers dan baju tidur jawabnya baju tak ada, pampers dibagi tu yang pakaikan. Aduhai , nak kata apa ni. Mungkin misscomunication kot…  Aku bawak beg dua. Satu tuk hakeem satu tuk sofea. Maybe dia tak bukak beg sofea tu yang tak jumpa baju. Then kat situ guna aircond baju yang aku bawak semua pendek-pendek belaka tu yang dipakaikan baju tidur sebab seluar tidur tu seluar panjang kot…
Masa amik hakeem sofea, aku tengok mata hakeem kemain sembab sebab menangis. Sian, tak pernah berpisah sekali kena tinggal seharian…. Kalau uolls nak tahu juga masa aku amik diorang dari taska aku terjatuh depan pintu taska tau. Malu malu… nervous katakana hari pertama amik anak kat taska.. hehheh.. ni belum hantar anak ke sekolah rendah lagi ni. (“,)
Esoknya lagi, aku exam 2 hari so xhantarla anak-anak kat taska. Hari jumaat tu pulak mr. mama willing nak jaga anak-anak. Owner taska@my bos sampai tercari-cari aku sebab risau siapa nak jaga anak aku. Iyelah aku duk bising kat opis tu tak ada orang nak jaga anak pas mr. mama decide nak keje balik.
But bila fikirkan susahnya nak cari taska yang berkenan dihati, mr. mama willing nak jaga anak semula. Tu yang kitaorang fikir nak bukak kedai bundle. Bekerja sambil jaga anak..
Susahkan nak cari taska untuk anak-anak. Uolls pernah dilema tak pasal taska ni. Aku bila kenangkan baru aku tahu rupanya aku ni cerewet jugak orangnya…

09 September 2013

Saya bukan tauke bundle

Sejak akhir-akhir ni aku dapat banyak sangat email orang nak jual baju kat aku. Mungkin sebab blog antiqueshop tu. Tak kurang juga kawan-kawan opis yang mintak aku jualkan baju-baju kurung yang mereka dah tak nak pakai.

Kalau nak tahu pasaran barangan terpakai ni memang mendapat tempat tau kalau kena caranya. Tapi bagi aku yang jual secara kecil-kecilan hanya dapat tampung duit minyak, tol untuk pi keje sesikit. Tak ada sampai nak amik baju orang lain. Jual baju aku ngan kakak aku jer.

Uolss bayangkanlah sebulan tol aku kena bayar lebih kurang rm150. Belum masuk minyak. Dahla sekarang minyak baru naik 20sen. Terasa juga peritnya tu… So dengan menjual barangan peribadi dapatlah nak menampung sana sini yang tak cukup tu. Disamping menjahit beg jeans iolls tu. Hihihi…

Tapi tapi kan uolls mr. mama baru je suarakan hasrat hati nak bukak business bundle. Kes gara-gara misi cari taska untuk anak-anak gagal. So kitaorang ingat nak berniaga dari rumah sahaja. Kalau berjaya business bundle ni nanti bolehla iolls contact uolls yang nak jual baju kat kitaorang ye…

Doa-doakanlah semoga apa yang kami rancang berjaya. Insyaallah.. :).

*blog antiqueshopp (click ) nanti akan ada pertambahan baju-baju baru ye. Tunggu saya update. Bersawang sungguh blog tu.