31 July 2013

Kesedihan pada beg

Aku memang dah tak sabar-sabar nak publish gambar handbeg jeans ni tau even belum pos lagi kat empunya diri. Sebab bila aku publish kat FB ramai yang puji kata cantik. Kembang semangkuk ai... Ada yang nak order dua terus...

Haa.. lawa kan? Apa tak lawa. Cepuk kang. Serius aku rasa lawa.. pujilah diri sendiri tu.sapa lagi nak puji. Tapi malang empunya tuan beg tak mengharapkan beg sebegini. Sedihhh...


 
Beg tote ni pulak anak ex-opismate nak wat mengaji. Semalam dah bagi hari ni call suh outer bubuh rereben ke apa ke kat beg tu. Nak nampak cantik, comel lagi. Sayisss rasa nak nangis. Camna nak tambah. Kena bukak balik la jahitan tu. Aku tengah memikior cara terbaik untuk mencantikkan beg ini semula tanpa perlu membuka semua jahitan semula. Any idea??

Bila kita over confident rasa inilah beg the best yang pernah kita buat, rupanya kita syiok sendiri. Wallawei kecewa tak dapat penuhi keinginan pelanggan...


Selit sikit yang ni mr. mama request... Sling bag for hari raya. Upah dia jaga anak.. hahaha...


*tgh gigih siapkan tempahan sblm raya.


Tips membuat baju peplum

Kau.... agak-agak la baju peplum pun tak de, ada hati nak beri tips. hihihi.. Aku just nak share info yang aku dapat dari tailor aku. Sharing is caring  :)

Kot kot ada yang nak buat baju peplum. Tak best beli dah siap kan. Aku memang cerewat beli baju. Walau hakikatnya beli dah siap lagi senang. Murah pulak tu...

Alkisah hari tu aku pergi umah tailor aku sebab nak tempah baju raya. Dah set dalam mind tahun ni nak buat baju kurung moden dengan kain kembang semangkuk. Tak tahu kain kembang semangkuk tu macam mana? Ala yang jenis kain payung. Kalau jalan ditiup angin meliang liuk terbangnya. Flowly flowly gitu. Vah vogue i tahun ni nyah...

Tahun ni beli kain main ikut dan. Terlangsung beli barang jahit nampak ada kamdar terus singgah beli kain. Esok terus tempah. Sekali ahsoo (my tailor) kata tak boleh nak buat macam yang aku nak. Ahsoo cakap Ayaaa lu beli kain murah tapi nak buat tak beragak. Nak jenis yang macam cik siti wan kembang payung la itu la inila. Ok tipu. Beranila ahsoo cakap cam tu kat loyal customer dia. Majuk tak nak tempah baju lagi.

Yang ahsoo kata ayaa amoi kain macam ini mana boleh buat bila jalan kain berliang liuk ditiup angin. Dah la kain bukan jenis stretchable. Macam mana saya mau tarik kasi kembang. Ok ayat ni pun tipu jugak tapi point dia betul.:p

Huhuhu sedih tau macam ni. Tak vogue dah. Mencik dengan ahsoo. Puas bertekak pun ahsoo tetap tak nak buat. Lu lain kali tak boleh beli kain corak gini. Kena guna kain kosong.

Okey kalau saya mahu buat baju peplum pulak macam mana? Eh ahsoo tau ke apa itu peplum ahsoo. Yang baju bahagian separuh bawah tu kembang macam kain yang saya nak buat tu. Tau tak ahsoo. Dua tiga kali aku tanya. Cina ni bukan boleh lain kita cakap lain dia faham, lain dia buat. haha..

Yaa  yaaa saya tau saya tau.. Lu beli kain kosong la baru boleh buat. Kalau kain jalur jalur macam ni tak boleh. Nanti  nak cantumkan bahagian atas ngan bahagian kembang jalur jalur tu tak ngam. Lari jalurnya. Tak cantik maaa.. Ooo so kalau kain bunga bunga pun tak boleh la ahsoo. Hanya kain kosong je ke. Bunga boleh tapi tengok la bunga camna. Lu nak combine atas bunga dengan bahagian kembang pakai kain kosong pun boleh.

Okeh okeh nanti next saya bawak kain baru suruh ahsoo jahit lain aaa. Sebelum ahsoo pencen. Okeh boleh...


*korang perasan kan semua baju peplum yang orang jual banyaknya guna kain kosong.


26 July 2013

Intailah akaun twitter anda

haa korang ada twitter. Aku ada. Twitter, fb & keek juga. Instagram je tak ada. Tapi yang duk active hanya FB & blog. Twitter tu buat sekadar ikut peredaran semasa. Time orang sibuk dengan rancangan Juara Lagu suh tweet tweet tu aku pun sign up ler. Kemudian berkubur.. Kalau ada tweet baru sebab aku setting auto churp churp ngan ping entry blogr.my. Namun kata nak tweet status idok ler.

Dua hari lepas dapat email dari admin twitter suh ubah password. Katanya maybe akaun aku dah digunakan somebody. Omputih kata kena hack. So aku pun tanpa fikir panjang ubah saja password. Memang password aku simple sebelum ni. Number saja. Hampir semua akaun aku guna password yang sama. Sebab kalau password lain-lain susah nak ingat.

Bila sign in akaun twitter tengok aku dah follow hampir 300++ individu yang tak dikenali. Semua orang putih. Pak arab pun ada. Yang macam melucah pun ada. Eeeewww geli tengok profile pic diorang. Majoriti yang aku follow semua follower diorang tak kurang dari seribu.

Semalam aku dah unfollow semua yang aku tak kenal. So uolls yang ada twitter bersawang tu baik-baikla pi menjengok sekarang...




Aktiviti di A famosa, Melaka

Cerita melaka lagi. Hari tu baru review hotel belum citer apa activity di sana. Best oit pi A famosa. Banyak aktiviti kekeluargaan boleh dibuat. Sayang masa gi tu hakeem sofea mr. mama balik kampung.




Apa yang bestnya? Ada Safari Wonderland, Water Themepark & Cowboy Town. Aku citer serba sikit je ye pasal setiap satu tempat ni. Dasar malas nak review. Lemau dah lama sangat.


Cowboy town.
The best place dalam a famosa bagi aku. Sebab... ada abang red indian handsome.. hahaha.. dah kawin tak semestinya tak boleh tengok-tengok jantan. Setakat tengok je lah. Dalam cowboy town ada red indian show, fireworks.. Boleh main-main permainan dalam tu macam baling dart, main kereta and banyak lagi. Semua yang kena bayar aku tak main. Macam ko main dengan gembira keluar duit anak kat rumah somi cari nafkah. Tak terasa ker....




macam ni ko kata hensem...
 



Safari Wonderland
Safari itu citernya pasti ada binatang. Sesuai tuk bebudak. Ada animal show. Tengok gajah menari, tidur, painting, makan & etc. Boleh pusing dalam truck ditengah-tengah binatang puas. Kat dalam web a famosa ada banyak aktiviti yang diorang buat tapi hari tu aku kes nak balik cepat so dua ni je aku sempat jelajah.


 Aaaummm.... 


kena naik truck ni untuk keliling safari wonderland. Kalau tak mana ko kena baham dek binatang buas dalam tu.

Water Themepark
Nama pun water. Apa lagi main ayor ler. Mandi mandi. Boleh jugak buat family day kat sini. Samaada kita set up sendiri game atau pihak a famosa set up kan. Aku tak mandi pung. Mandi sensorang mana best. Kalau ada mr. mama boleh main dukung dukung dalam air, peluk rapat rapat. Tengah basah ko. Leh duk rerapat dalam satu pelampung. Pang sekali...

korang mesti tahu aku yang mana. tudung tu  je yang aku lenjan sepanjang tiga hari kat sana.




Lain ada golfing jugak.  Nak tahu lebih lanjut aktivitinya klik SINI .

banyak na gambar tak kosa dah aku nak edit...

last last gambo ni aku suka. Nampak memasing berformal. Disebaliknya kalau korang selak baju kot aku, t-shirt bahagian dalamnya. Bawah lagi berseluar tracksuit. Selipar jepun. Baru balik dari waterpark disuruhnya masuk kuliah. Ponatt..

Al tamat cerita kat melaka...

* highly rekemen gi sini ngan family.


25 July 2013

Sofea, kasut & kepandaiannya

Ececeh tajuk ada bau bau memuji nampak. Kalau aku tak puji sapa lagi nak puji anak sendiri kan. Tapi itulah memang betul aku rasa sofea ni pandai.

Mungkin jugak sebab dia dah besar. Dah empat tahun dah memang tahap kepandaian dia sepandai itu. Tapi ntahla.. Aku still berasa yang sofea ni kecik lagi. Banyak yang dia tak reti. Walhal anak aku tu dah pandai segala serbi. Pandai tolong masak, basuh baju, kemas rumah.... Pendek kata bukan saja pandai tapi rajin ya amat. hihihi... Harap-harap berterusan sampai ke besar. Selalu bebudak ni bila besar dah panjang akal mula banyak dalih.



Haa uolls tengok macam mana kedudukan selipar tu. Ngam-ngam dalam ukiran kaki walaupun terbalik. Macam mana tak cakap sofea pandai. 

Actually dua minggu lepas sofea datang my opis then aku bawak dia pi playground kat alamanda. Time tu tak ada sesiapa pun kat playground tu tau. Masa nak masuk main dalam tu, sofea bukak selipar dia then letak selipar kat tempat kasut macam dalam gambar tu.. 

Kalau nak kata dia pandai nak bukak kasut tu memangla sebab dia dah biasa pi main kat memana playground dalam mall memang kena bukak kasut. Tapi kena letak kasut kat tempat kasut macam kat atas tu tak pernah lagi dia tengok.

Haipp macam mana aku tak nak memuji anak lelebih...

19 July 2013

DIY Kasut & Hytex Warehouse Sales

 
Comel tak kasut ni. Kasut anak buah aku. Murah saja belinya. RM 10.00. Patutnya RM 18.00.

Sebab bahagian bunga tu gondol, dah tercabut benda asal yang sepatutnya ada kat atas bunga tu. Tu yang reduce price. Aku DIY ler kasi letak butang oren tu. Naik seri kasut raya...

Kalau uolls nak cari baju raya, baju harian pegilah hytex warehouse sales ni. Minggu ni last diorang buat. Actually diorang buat tiga minggu berturut-turut 6th and 7th July 2013, 13th and 14th July 2013 and 20th and 21st July 2013. Tempat : Dewan Serbaguna MPS, Taman Ehsan, Jalan E3/13.

Ada jual stroller, jeans, skirt, kasut, baju tido dan paling banyak baju t-shirt size 1 - 3 tahun. Baju dewasa pun ada sikit. Worth it kalau uolls pandai pilih. Aku beli banyak baju basahan. Baju jalan banyak 8 tahun keatas. Confirm balik raya nanti hakeem dan sofea main pasir kalau jumpa sepupu2 dia. Arrghhh stress mak...


* Tahun ni nampaknya baju raya sofea dan anak kakak aku sama ler. Beli kat tempat sama. (",) 


17 July 2013

Dapatkan voucher 15% from ZALORA

Uolls dah beli baju raya belum? Apa?? belum lagi. Laa nape tak beli lagi. Dah 8 ramadhan ni. Tunggu gaji eh. Ok tak pe tak pe. Aku pun baru last week pi beli kain & tempah.

hah tailor mana tu yang masih terima tempahan baju raya bebulan posa ni. Uolls jangan bermimpi disiang hari akan ada lagi tailor yang nak terima tempahan waktu waktu puncak begini. Aku ni ada tailor sendiri. Memang dia dah reservekan bahagian aku tiga beradik setiap kali raya. Tak kisah anto cepat ke lambat dia akan accept. Tapi sikit2 lagi aku pun tak tahu nak tempah mana dah. Ahsoo tailor aku tu dah tua. Dah uzur syarie. Dah bagitau sikit masa lagi nak pencen. Beli siap jela jawabnya.

Takpe online shop banyak. Beli dah siap pun lebih kurang sama je reganya. Pastu tak yah nak rungsing nak tempah, mana nak beli kain... Ada tu buat baju limited edition. Uolls sorang je yang pakai baju tu.

Macam kat zalora.com.my, baju traditional yang diorang jual boleh tahan. Cantik, designer terkenal lagi yang buat tu. Aku paling berkenan baju Jovian Mandagie. Meleleh air liur kalau tengok...


 cantik kan...

 ini pun..

yang ini jugak. simple but nice...

 hitam itu menawan...

aaarrghhh semua pun cantik. Jovion Mandagie kau sentiasa dalam anganku. Pffttt over.

Kalau uolls nak tengok baju lain yang lebih cantik-cantik lagi cepat terjah zalora.com.my. Bukan takat ada baju traditional orang dewasa, bebudak pun ada. Kasut, dress, top, seluar semua ada. Boleh pilih yang murah yang mahal. Nak baju hatta dolma, rizalman semua ada di zalora.

Kalau uolls baru first time daftar dengan zalora, uolls akan dapat voucher RM20 dengan pembelian 80 keatas. Tak setakat itu sahaja uolls boleh guna this voucher code ZBAPZiW untuk menikmati diskaun sebanyak 15%. Voucher ni tak ada valid-valid. Boleh guna sepanjang tahun. Kalau tak sempat nak beli time raya ni raya haji nanti pun boleh.

Masa bayar nanti masukkan je diruangan coupon kod ZBAPZiW. Dah tunggu apa lagi pi beli sekarang.

Nak baca pengalaman aku beli belah di zalora klik PART 1 & PART 2.
 

16 July 2013

Trend Mikro Weekly Giveaway

Hai uolls...

Ada sesiape yang nak RM30 Aeon shopping voucher, RM30 Starbucks card, RM30 Parkson voucher atau RM30 Tesco voucher tak?

Kalau nak jom kita pakat reramai join Trend Mikro Weekly Giveaway. Kalau ada rezeki ramadhan ni boleh menang salah satu empat hadiah diatas. Boleh buat tambah duit beli baju raya, kasut raya, seluar. ngehngehngeh...

Caranya like FB Trend Mikro MY (KLIK) then klik kat weekly giveaway. Register and jawab survey skit. Apa lagi hurry up.

Wish uolls good luck and me too :)


Carta Panduan Pemakanan Bayi

Tadi jalan-jalan kat dashboard terjumpa entri yang dah lama terperam. Sumber asli dari FB mana ntah tak ingat. Dah lama save dalam draft tak terpublish-publish.

So now blog it kan je mana tahu pasni dapat lagi sorang anak ke. Memang kena repeat study balik bebenda macam ni.

 

Yang ni hat carta. Yang full tulisan aku ada blogkan kat SINI .

Sofea dancing

Hai.. i'm sofea. A dancer to be...

video

Sorilah upload video yang terbalik. Iolls tak reti nak adjust kasi tegak. But coz this video for me so cute so share jugaklah dengan uolls. Video sofea menari diiringi lagu barbie. Nak jadi penari kot sofea ni.

Ada sesiapa yang tahu memana kelas tarian berdekatan putrajaya & subang yang amik budak umur 4 years tak?


15 July 2013

Resepi Sambal Jantan

Hari ni nak share satu resepi yang mudah kat uolls. Resepi ni my mil yang ajar. First time mintak resepi daripada mil. Malu (",). Coz my opismate beria nak resepi ni, aku tebalkan muka mintak. 

Serius segan nak belajar masak dengan mak mertua. Sebab dulu penah sekali tanya dengan mil macam mana nak masak apa ntah tak ingat, mil macam tak pandai nak ajar. So kalau aku berkenan kat satu-satu makanan yang mil masak, slalu aku skodeng je apa yang mil buat kat dapur then aplikasikan bila balik KL. 

Sambal ni sedap makan dengan nasi lauk ikan goreng or ayam. Macam sambal belacan. Tapi tahan lama. Tak perlu simpan dalam peti ais lagi bagus. Sebab kalau letak dalam peti ais kuah akan jadi likat.

Okeh cepat ambil pen dan kertas chef azi nak perturunkan ilmu ni..

Bahan :
  1. RM 3.00 Cili Api Merah
  2. 5 biji Cili Merah
  3. Kulit limau kasturi
  4. Cuka
  5. Garam
  6. Gula
Cara-cara :

Blender cili api merah + cili merah. Tapis air blender
Kemudian campur bahan blender yang telah ditapis airnya dengan cuka, garam, gula dan kulit limau kasturi yang telah dihiris halus-halus secukup rasa. Kalau nak berair lebih bubuh banyak cuka. Siap!

inilah ghupa sambal tu. sori tak dapat nak tunjuk close up, camera la ni xde..
apsal mil masak semua sedap, mee bodoh gitu pun sedap melampau-lampau...
 
Note : Sebelum hiris kulit limau kasturi macam kita hiris bawang tanpa ada air limau kasturi. Means buang air limau kasturi. Banyak kulit limau kasturi bergantung kepada tahap kemasaman yang anda suka. Kalau tak ada kulit limau kasturi boleh guna air limau nipis yang diperah. Bukan kulit limau nipis ye.


10 July 2013

On Air Astro Primadona

hai hai ada tak yang teringin nak tengok kita live. Kalau ada meh nonton video bawah ni. 

Aku share kat sini untuk tontonan peribadi and kot kot ada la yang nak tengok sesangat aziazidah dan her partner tapi termiss tengok rancangan primadona hari tu atau pun sebab tak ada astro.  mihmihmih.. Bajet retisla sangat kan.

But sori for the quality yang super duper hancus. Rakam guna hp camera jah.  Thanks  to my sis yang bersusah payah tolong rakam. Memula ingat nak show kat uolls video yang astro upload kat laman web dia. Cantik sikit. Tapi sampai la ni tak ada ada jugak. Yang ada dalam web tu pun lelama punya.

Actually aku sendiri tak tengok pun lagi video ni. Malu sih.. Nanti nanti la bila ada kekuatan i bukak dan tengok. But now blog it dulu sebelum ia hilang dalam handphone tuh..


My part...


Mr mama part.
Tak sempat rakam habis bateri dah kong..




And dikesempatan bulan yang mulia ni, aku nak mintak maaf jika terdapat kesilapan dalam pertuturan aku dan mr. mama sepanjang tempoh bersiaran. Aku tau ramai owner taska yang bengang dan geram pasal isu hanger yang aku bangkit. Aku terbaca kat fb astro primadona. 

Kalau nak tahu, dengan masa yang agak keterbatasan dan tanpa skrip yang berikan, semua yang aku luahkan malam itu keluar secara spontan. Tak ada hafal-hafal eh.

Dan kat sini aku nak perjelaskan aku sebenarnya tak kisah siapa pun yang jaga anak aku asalkan orang yang jaga tu jaga elok elok sudah. Tak ada masalah jugak kalau pengasuh/pihak taska nak pegang rotan dgn niat nak menakutkan anak kita bagi tujuan kebaikan. Tapi berpada-pada...

For me better kalau uolls guna ruler or rotan. Nampak nice compare than hanger. Masa yang aku tengok pengasuh guna hanger pukul bebudak, keadaan taska sangat terkawal. Semua budak-budak tengah belajar mewarna dan separuhnya tengok TV. Pengasuh bukak citer drama melayu. Bising bercakap, berlari dan bermain time tu adatla. No point pun dia nak pukul dengan hanger. Yang aku pasti ada beberapa budak yang mengganggu penglihatan pengasuh tu nak tengok tv. Maybe sebab tu dia marah... 

So sebelum terjadi apa2 yang buruk pada anak-anak dan sebelum aku menangis tak berlagu better i mengundurkan diri dari taska yang tersebut... Dan i know bukan semua taska begitu.



Last but not least my photo before on air..

09 July 2013

Kedai gunting rambut murah


Balik kampung hari tu walaupun sekejap sempat jugak aku pi potong rambut. Memang awal-awal dah mintak izin mr. mama nak gunting rambut. Wajib mintak izin suami dulu kan? :)

Kedai gunting rambut ni jauh dari jalan utama dan duduk dalam kawasan rumah orang. Barbernya cina. Aku tak faham betul kalau cina beniaga kat ceruk mana pun laku. Kalau melayu dah lama lingkup lebih2 kat tempat jin bertendang macam ni. Bukan nak blaim but its true!

Dah terlangsung, aku suruh sofea potong sama. Nasib dia nak. First time tau sofea potong rambut kat kedai. Selama hari ni aku yang potong sendiri sebab dia tak bagi kalau ada orang nak pegang rambut atau kepala dia.

Nak tunjuk omaknya potong rambut tak boleh dosa. Tunjuk gambar anaknya je la..
 
 Comel tak kak ton pia.

Puih hati. Potong rambut dua kepala only RM 9.00..
Mana nak dapat. Paling murah pernah aku dapat RM 7.00/head kat perak sana nun.
KL lagi la mahal nak mamp*s.

05 July 2013

Ho ho ho balik kampung

Ho ho ho balik kampung oooo balik kampung hati riang...

Haha belum posa, belum raya aku dah balik kampung. Sebab pasni raya baru balik. Aku saje ngikut mr. mama hantar barang pindah rumah. Kesian kat mr. mama kalau outstation mesti kena angkut anak-anak. Tu yang aku cuti mohon cuti. Sambil-sambil lawat tok tua. Isteri mithali wajib berada disisi suami. mih mih....

Tolonglah mr. mama jangan buat muka budget hensem! Menyampah den.

Jadinya ini kali kedua aku balik kampung naik lori. Kali pertama (story di sini) lalu terengganu so jalan rayanya kira boleh tahan lagi. Bayar tol harus jalannya cantik.

Kali ni aku balik ikut jalan kuala lipis, merapoh, gua musang. Hazab sungguh jalan nak ke kelantan. Bilala nak ada highway. Kalau aku di beri pilihan lalu jalan sekarang atau jalan yang kena bayar tol sah-sah aku pilih yang ada tol. Biarla mahal asal selamat. Dengan jalan sekarang, kalau kita bawak elok pun belum tentu selamat. Raya tahun lepas aku kena langgar belakang masa tengah jalan jem teruk.

Jalan kuala lipis, merapoh tu sekarang tengah upgrade. Diorang nak besarkan jalan. Ntah bila nak siap, lama dah tu. Yang aku geram, kalau nak besarkan jalan pun, letak lah lampu atau kon menyala cahaya tu. Ini tidak..... Kalau orang tak biasa lalu situ mahu terbabas. Pastu ada pulak malaun yang bawak motor pukul dua tiga pagi dengan tak ada lampu. Pastu bila accident mula salahkan kita yang naik pacuan empat roda ni.

 Budak ni tak ada keje lain. Main tepon je. Tak mengesah selasa ke tak....

Malam balik ke KL tu lori sikit punya banyak. Ada satu lori ni punyala kemut, tak kasi kitaorang potong. Udahlah bawak lembab. Time naik bukit tujuh tu boleh dia makan jalan dua line sorang2. Bila kitaorang nak potong terus bagi signal belah kanan, tanda ada kenderaaan kat depan. Geram, ingat jalan tu jalan dia sorang ke.

Time balik tu jugak mr. mama letih dan berenti kat petronas area Raub. Ada satu minah ni nak tumpang balik Klang. Perempuan pukul 4 pagi nak tumpang lori ni cuak jugak aku. Pastu mintak rokok sebatang. Sori hai hai bye bye.....

 Muka keseksaan dalam lori. Sempit..

Sape tak pernah tengok enjin lori. Ku persembahkan disitulah tempat bersemayam enjin lori. Dahulu aku pun perak tak tahu enjin lori kat mana, macam mana....

01 July 2013

Nak letak payung

Customer aku ni macam-macam gaya. Nak buat beg jeans untuk pergi marhaban, untuk letak telekung dalam kereta dan yang ini pulak untuk letak payung. Buat mak... 

Apa-apa pun alhamdulilah rezeki. Terima kasih. Without diorang siapalah aku :-)

 
Measurement : 12" width X 7" height X 5"