28 June 2013

Jobs saya

Masa sekolah rendah selalu kan teacher tanya soalan Apa cita-cita kamu? Kamu bila besar nak nak jadi apa? Aku sokmo bila dengar soklan ni rasa pening, nervous dan rasa nak pitam time time tu jugak. Tak tahu nak jawab apa. Sebab aku memang tak ada cita-cita. Aku rasa murid-murid lain pun sama jugak macam aku. Tak tahu hala tuju hidup. Walau pun dapat bagi jawapan sbnrnya sekadar jawab apa yang teacher tanya. Kalau yang tahu matlamat hidup sawal darjah satu kira hebatlah...

Sebab tu kat dalam kelas aku suka duduk barisan belakang sekali. Supaya nanti bila teacher tanya pasal ambition  aku ada masa nak fikir. Atau pun paling tidak boleh tiru jawapan kawan-kawan. (",)

Jawapan yang selalu aku bagi bila teacher tanya pasal cita-cita yang tak aku citakan itu ialah 1 : Polis. 2 : Cikgu 3. : Doktor. Kelas jah cita-cita aku. Walhal nak jadi cikgu tu memang aku tak berminat langsung. Even hari-hari arwah mak duk brain wash edah ko jadilah cikgu, senang nanti cuti sekolah ko boleh cuti, keje pun separuh hari. Senang kalau ada anak nanti. Langsung sikit pun tak terkesan der kat hati aku.

Jadi doktor tu lagila tak ada dalam kamus hati aku. Aku selalu cakap aku tak nak kawin sebab takut nak beranak, eee seram dengan darah.. See macam mana nak jadi doktor. Nasib tak jadi doa. Anak pun dah dua ha... Kalau polis tu paling sesuai sebab aku garang gagah lagi berani. :P

Seiring dengan peningkatan usia, (ayat sungguh boombastik) itu pun dah nak habis form 5 baru aku mengedari kecintaan aku adalah dalam pengiraan.

Yup kecintaan itu semakin hari makin sebati dan bersemadi dalam lubuk hati hingga ke hari ini... Sebab itu kini aku bergelar PA. Personal Asisstant Pembantu Akauntan. Hanya jawatan ni je yang SPA nak offer.. sob sob sob..

 Setiap hari kerja aku bermain dengan report. Paper more. Everyday kena print dan cop empat report beratus lai.

 
Another side my work station. Tolong minum air putih 2 liter satu hari please. Message di gambar yang ingin disampaikan walaupun i is pembantu akauntan tapi masih mampu membuat kerja2 PAR. Binding 2000 helai paper ko mampu. Yeahh perempuan mampu menggegarkan dunia.

Menghadap report setiap hari adalah membosankan jugak. Sebagai perempuan kita wajib bersoping barang keperluan rumah tangga dan diri sendiri bagi tujuan menghilangkan tekanan perasaan. Baju, seluar dan tudung belum masuk dalam senarai lagi tu...


Wanita bekerjaya yang telah berjaya masuk dalam rancangan primadona. Ekehkeh...Seminggu ko tak reda-reda orang cakap pasal rancangan primadona tu. I is malu tambah rasa terglamour dengan panggilan Azi Astro..

Pesanan kerja itu satu ibadah walau apa sekali pun kerja anda, buatlah dengan seikhlas hati. Peace!!


26 June 2013

Kawan baik kita @ BFF

Semua gambar ni masa kat A'famosa Resort hari tu. Kawasan tangkap gambar adalah dekat cowboy town, water world & animal world safari. Pasal tempat-tempat dalam a'famosa ni nanti aku cerita kat entri lain.

Yang ni aku nak tunjuk my opismate @ BFF kita yang sanggup temani aku sepanjang tiga hari kat a'famosa resort. Kesian aku kebujangan. Mr. mama time tu balik kampung ngan anak-anak. 

Haa.. sapa nak berkenalan boleh queue isi borang. Single lagi orangnya. hehehe... Blog personal ke agensi mencari jodoh ni...








Gambar guna tab je uolls.
Tapi kami bahagia bersama. Ko ada?

25 June 2013

Review : A'famosa Resort Hotel

Sekarang banyak pulak cerita review mereview ni. Memantang sejak keje ni banyak dah aktiviti ko buat. Shopping sikit buat review. Pergi jenjalan review. Kalau masa jadi fulltime housewife dulu nak review menda. Nak share pasal resepi pun bukan ko pandai masak sangatkan.. (:,)

Act dua minggu lepas my opis anjurkan kursus kat A'famosa Resort. Kalau datang ke a'famosa  uolls boleh tinggal samaada kat Resort Hotel, Condotel, Villas & Villas Suites. But we all duduk kat Resort Hotel. Untuk lihat harga setiap bilik boleh lihat laman rasmi a'famosa resort. Klik SINI.

Resort Hotel ni paling dekat dengan dining & bilik kuliah compare dengan tempat penginapan yang lain. Boleh jalan kaki je. Kalau duduk selain resort hotel make sure uall ada transport. Kalau tak kena naik bus yang di sediakan oleh pihak a'famosa resort. Not sure kena bayar ke tak. Tapi agak leceh nak naik bus sebab dalam a'famosa ni ada banyak aktiviti yang uolls boleh lakukan dan tempatnya jauh diantara satu sama lain.

Kursus start hari jumaat hingga ahad. Sesampai kat bilik hotel, perkara yang wajib aku buat adalah serbu tandas. I is mementingkan kebersihan tandas dan bilik air. Unfortunately apa yang aku harapkan tak seperti yang aku tengok. Bilik air dan tandas agak menggelikan. Ada kesan hitam-hitam dan kotoran yang kekal.


Nampak macam jarang disental kan bilik air ni. Nak berendam pun rasa tak lalu.

Tutup tandas tu alahai eeeee.... Oh ya tandas dan bilik air separate.

Malam sebelum tidur, receptionist call my room tanya ada apa-apa masalah tak dengan bilik. Aku jawab bilik air n tandas kotor. Then dia tanya nak kami hantar cleaner sekarang ke?. Aku jawab tak pe esok jelah sebab dah malam. Esoknya pas abis kursus dalam pukul 2 petang bilik still tak berkemas lagi. Tandas n bilik air tu sah sahlah tak ada orang yang cuci.

Bahagian hujung bilik ada dua sofa satu seater diletakkan dibahagian hujung bilik.

Makeup table n tv table. Biasa jer.

Ruang untuk bancuh tea/coffee. Cawan jugak agak berhabuk dan kotor. Jug air bahagian dalam dah berkarat. Takut aku nak buat air.


Gambar ni aku amik kat laman web a'famosa resort. Aku lupa nak snap sendiri sebab lepas kecewa dengan tandas dan bilik air aku terus boomm. Aku dapat katil queen sebab aku duduk sorang.


Overall untuk bilik hotel sahaja aku bagi 3star. Next aku cerita aktiviti yang boleh dilakukan di a'famosa resort pulak.


Isu sura rumah tangga dalam primadona

First aku nak ucap bebanyak tima kasi pada yang menonton rancangan primadona jumaat lepas (20 June). Lepas aku on air bertalu sms yang masuk. Terasa macam retis i tau. Tak kurang jugak yang dah standby depan tv sampai ke sudah tak dapat tengok aku. Tertanya-tanya mana nye azi. Aduhai ada yang tak kenal pulak lepas aku makeup tebal 24inci... (",)

Bagi yang tak tengok actually topik malam tu pasal perbincangan mengenai sura rumah tangga. Suami jadi suri rumah tangga. Isteri keluar bekerja. As u know mr. edy sekarang telah rasmi menjadi mr.mama menjaga hakeem dan sofea lepas aku decide keje balik. That why astro panggil kitaorang untuk discuss pasal isu ni. Lebih afdal interview orang yang melaluinya..

Aku tahu masyarakat kat luar sana samaada lelaki atau perempuan rata-rata tak boleh menerima suami menjadi suri rumahtangga. Kenapa ye?

Mungkin bagi yang tak melalui seperti yang kami lalui, mereka akan memberi pelbagai andaian serta mengeluarkan pelbagai kata-kata negatif dan tohmahan. Aku tak salahkan diorang. Sebab bagi aku hanya yang ada anak dan pernah lalui apa yang kami lalui sahaja yang boleh faham.

Kat sini aku nak jelaskan, ini atas permintaan mr. mama sendiri. Mr. mama tak ada blog jadi dia suruh aku blogkan apa yang nak dia sampaikan. Sebenarnya mr. mama masih mencari nafkah dan menjadi penyumbang kepada kewangan keluarga kami.

Weekend seperti yang sedia maklum, mr. mama bekerja dengan menyediakan perkhidmatan sewaan lori. So sesiapa yang nak sewa lori untuk pindah rumah ke, pejabat ke, angkat barang event or apa-apa sahaja boleh call mr. mama. Kami prefer on weekend atau malam. No telefon ada di sidebar sanun. Jadi istilah suami makan duit bini tak wujud dalam kamus kehidupan kami. Apa yang mr. mama buat adalah semata-mata bertujuan untuk kepentingan anak-anak.

Lagi satu mr. mama jugak mintak maaf jika malam tu ada kekurangan dari segi persembahan dan percakapan mr. mama especially pada pihak astro. Maklumlah first time masuk TV. Ramai yang komen cara mr. mama duduk dan cakap malu-malu walaupun selamba.

Kalau aku, aku tau aku cakap ok walaupun ada gemuruh sikit. Selesai aku on air, pihak astro siap puji cara aku punya penyampaian bagus. Well i memang suka bercakap.... hahaha..

Again tq pada yang support kami malam tu. Sanggup rakam dan tunggu depan tv. Love u all lah...



*nanti aku update keseluruhan program primadona malam tu yea. wait!!!


24 June 2013

Sample sample free

Ntah ler sejak bila aku mula ada hobi mengutip barang-barang free ni tak berapa aku sedari. Yang aku sedar aku mula search kat internet pasal free free sample ni lepas terbaca entri kat satu blog. Seronok tengok tuan blog tu berposing dengan gembira bersama barangan percumanya.

Sekarang aku pun mampu berseronok dengan barang-barang free. Bukan tak boleh nak beli tapi feeling dapat barang free memang macam semacam skit.

Let check out free item yang aku dapat dalam tempoh sebulan ni....

 
Antara bungkusan-bungkusan yang diterima at my opis & my house.

 Lucent Magique BB Cream from Loreal Paris. 
Suka tau dapat barang product kecantikan. Nanti aku review hasilnya eh...

 Sample susu-susu lepas ni tak nak mintak dah. Sebab my son & doter tak mahu minum susu selain susu fernleaf. Susu dumex dugro ni last aku nak test kat diorang.

 Nak mintak sample yang ni boleh klik SINI

Coz aku masih lagi menyusu hakeem so aku mohon sampel anmum lacta. Khas untuk ibu menyusu. Kalau uolls nak sample susu untuk ibu mengandung atau susu anak brand Anmum pun boleh mohon kat SINI.

Sample from Anmum ni aku dapat sebanyak dua kali. Not surelah sebab aku ter request dua kali or memang diorang terhantar dua kali.

Pastu Anmum hantar gift yang ini pulak. Fridge magnent kot yang tulis Anmum Care tu. N satu lagi untuk gantung dalam car. Suka suka... Kawai sangat..


Nak berus gigi ni boleh request kat SINI ye semua.. Cepat cepat sebelum terlambat.


Oh ya aku jugak ada menang Origins Ginzing sebab jadi pengomen terbaik kat blog Redmummy di entry INI. Cer cari nama Azi untuk baca komen yang terbaik sangat tu....

Hadiah kena amik kat pejabat nuffnang before 30 June.



Yang terkini aku dapat Antioxidant Serum. Belum sampai kat tangan lagi. Boleh review jugak pas guna ni....

Yang ni apply kat laman web Only Beauty (sila Klik). Setiap hari kecuali sabtu dan ahad, ada je sample percuma yang diorang bagi. Just apply je tiap-tiap hari. Mana tahu ada yang sangkut macam aku dapat ni.

Setiap pagi aku wajib bukak laman web onlybeauty untuk apply free sample diorang. Dah kemaruk weiiii....


21 June 2013

Announcement saya dalam primadona malam ini :)

Assalamualaikum w.b.t..

Short je entri untuk hari ni. Nak share dengan pembaca blog ini, insyaallah malam ini aku akan bersiaran secara langsung dalam rancangan Primadona - Jumaat 21 Jun 2013 pukul 9.00 malam.

Jangan lupa tonton tau... Nervous beb.. dap dip dup didalam hati jantung berdebar hati bergetar.  Gitu tetiba rasa nak nyanyi lagu haiza... :-)


20 June 2013

Sambutan Ulang Tahun LPF ke - 59

 
Pagi tadi berlangsungnya majlis sambutan Ulang Tahun Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang ke 59. Tahu tak LPF ni apa? LPF ni lembaga yang menapis semua movie tak kira drama atau filem kat negara kita.

Sepanjang tujuh tahun aku duduk KDN inilah pertama dan julung kalinya sambutan ulang tahun LPF diadakan. Boleh tahan menarik. Ramai penggiat seni yang hadir. Antaranya Dato' Mustapha Maaraf,  Dato' Aziz Satar, Shuhaimi Baba, Dato' Yusof Haslam, David Teoh....




Wajah ceria dapat goodies. Benda free wajib kutip okeh..

 Dapat dua notebook. Bukan notebook komputer. Buku nota jer... Jadilah.

 Tu Dato' Yusof Haslam..


Dato' Aziz Satar tu. 

Petangnya LPF buat tayangan percuma filem baru kat Panggung LPF. Antara cerita yang diorang tayangkan Tanda Putera, Lari, Aku Pilih Kamu dan Star Trek Into Darkness. Kena amik tiket yang diagihkan dulu sebelum nak masuk panggung tu.

Tadi aku balik awal tak join sampai habis program sebab perut meragam.

Info :
Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditubuhkan pada tahun 1954 di Singapura. Dua jawatan kuasa diwujudkan iaitu di Singapura (untuk Negeri Selat) dan satu lagi di Kuala Lumpur (untuk Persekutuan Tanah Melayu). Pada tahun 1966 ibu pejabat LPF Malaysia dipindahkan ke Kuala  Lumpur. Fungsi LPF ialah melaksanakan dasar penapisan dan menapis filem untuk seluruh Malaysia. 

19 June 2013

Beg letak telekung katanya & Red Indian at Cowboy Town A'famosa

Dah beberapa hari tak update blog. First story harus dimulai dengan kisah beg. Lagi lagi kisah beg jeans ye dak. Sebab aku malas nak taip pepanjang. Mood nak mengarang blog pun macam kata orang apa tu kelauttttttttttttt....


Tengok gambar je lah. Beg ni aku buat hari ahad lepas. Lepas balik dari kursus kat A'famosa Resort. Potong kainnya masa kat a'fomasa resort. Tengok gigih tak gigih aku siapkan tempahan orang. Kata nak siap before ramadhan kan.


video

Haaa yang ini pulak video Red Indian masa aku tengok show dalam cowboy town a'famosa. Aku tak tau pasal apa aku upload, video jadi terbalik. Tak reti aku nak adjust. Kalau tengok dalam pc ok jer. Uolls kalau pi a'famosa resort wajib tau masuk cowboy town ni. Best show dia.

Full story cerita kursus nanti aku update kemudian. Sekarang betul-betul malas.


14 June 2013

Rindu Mr. Mama & My Kids

Masuk ni hari ketiga mr. mama, sofea dan hakeem di kampung. Rindu wehh kat diorang. Mr. mama call memalam tanya buat apa. Menjahit ker? Hihihi aku jawab malam tido ler. Serius tak larat nak jahit hari kerja. Petang ni akan gerak ke Afamosa Melaka. Ada kursus tiga hari. Ermm tak dapat menjahit jugak this weekend. Tapi aku bawak kekain jeans n cotton, mana tahu sempat nak pepotong kat sana. Nanti balik boleh terus jahit jer....

Mr. mama kata hakeem dah start meragam malam kedua. Tak dapat nenen biasalah. Aku pun kat sini malam kedua kemain sakit lagi nipple membengkak. Terpaksa buat kaedah marmet untuk release kesakitan...


Mr. mama yang pelik-pelik. Boleh dia pergi amik basikal yang dah lebih 10 tahun duduk dalam store umah arwah mak aku tu. Siap angkut naik lori pi nak tukar tayar basikal. Buat main dengan anak-anak waktu petang.


Aduhai cepatlah hari ahad. 
Rinduuuuuuu......


13 June 2013

Cara mendapatkan voucher RM50 daripada zalora

Cerita ni mungkin agak basi dah bagi sesetengah blogger tapi ada aku kisah basi ke tak. Bukan uolls boleh rasa pun :p. hihihi...

Ingat lagi tak review aku pasal first time shopping di zalora. Hari tu aku beli guna voucher free yang zalora bagi la. Rasanya aku antara blogger yang lewat grab voucher percuma bernilai RM50 daripada zalora itu. Tapi tak pe. Macam aku selalu kata biar lambat asalkan selamat. :-)

Korang tahu tak camna nak dapatkan voucher lima puluh hinggit tuh. Banyak dah blogger yang buat entry pasal ini. Aku tahu pun sebab baca kat blog orang lain. Tapi bagi yang tak tahu meh aku terangkan. Senang je pun, uolls hanya perlu email zalora di zalorateam@zalora.com.my. (for blogger only)

Dalam email tu korang nyatakanlah yang korang berminat nak menjalinkan kerjasama dengan zalora dan sertakan juga link blog anda. Bukan apa, nanti senanglah pihak zalora menterjah blog korang. Dah nama blogger wajiblah bagitau link blog. Kalau tak macam mana zalora nak kenal korang sape. Haa tak pasal-pasal dengan email boleh jadi medium memperkenalkan blog korang. Dapat traffic free (",).

Then kalau zalora juga berminat bekerjasama dengan korang, diorang akan reply. Jangan assume akan direply dengan pantas dalam tempoh satu hari. Aku hari tu macam dah putus asa sebab selepas 4 hari baru zalora reply. Zalora online shop yang besar, mesti banyak lagi email-email yang penting daripada email aku tu.

Kalau nak tahu demam voucher RM50 daripada zalora meletus sebab team zalora sendiri ada tinggalkan komen kat sesetengah blog kata berminat nak menjalinkan kerjasama dengan owner blog tu dan suruh owner blog tu email balik untuk menyatakan samaada bersetuju atau tidak menjalinkan kerjasama dengan mereka. So bagi blogger yang tak dikomen oleh pihak zalora, blogger itu ambil inisiatif sendiri pi email kat zalora dengan menyatakan kerelaan hati beliau berminat nak jalin kerjasama.

Iyelah tak semua blog sempat team zalora nak terjah dan mampu tinggal komen. So kita kenalah introducekan diri kita sendiri supaya zalora dapat tahu tentang kewujudan blog kita. Sebab at the end of dealing bila dah dapat voucher serta membuat pembelian dalam tempoh 7 hari dan dalam tempoh 14 hari uolls kena review their product. Give and take la kan.

Kat sini aku nak bagi kata-kata semangat sikit bagi segan nak email. Nak voucher free tapi malu nak email. Haipp jangan malu-malu. Zalora tak makan orang. Aku pun memula hari tu malu gak nak email. Rasa macam mengemis jerk. Tapi kalau tak email tak tahu pulak kan. Uolls anggap je email kepada zalora sebagai pengukur pencapaian blog korang. Kalau zalora tak reply means blog uolls tu tak cukup mantaplah untuk diorang nak bekerjasama. So means blog i dah mantap ke ni? ngeh ngeh ngeh...

Aku hari tu cuba-cuba jer email, Time tu tengah kebohsanan datang melanda. Ngadap komputer dah tak tahu nak buat apa. Then dapat pulak. Rezeki....

Tapi sesebelum tu harus sedar diri jugak klu blog tu baru ada entri 9/10 entri aku rasa macam tak layak ler korang nak mintak kan.


*nak baca cerita first time aku beli barang kat zalora terjah SINI. Untuk the second one klik Sini pulak



12 June 2013

Husbandku Mr. Mama

Pagi tadi mr. edy balik kelantan dengan anak-anak. Kul 3 pagi gerak dari rumah. Since sejak aku keje mr. edy yang jaga anak-anak, so bila ada job yang kena outstation macam ni anak-anak kenalah angkut sekali.

Bukan tak boleh tinggal dengan aku, tapi anak-anak tak betah nak tinggal kat taska. Sejak kes aku hantar diorang kat taska hari tu (boleh baca SINI), terus aku tak try nak hantar diorang kat mana-mana taska lagi. Tak berani dan tak ada kekuatan lagi nak hantar. Tunggu sikit-sikit lagi. Tahun depan pun sofea dah wajib sekolah tadika. Yang ni fikir kendian.

Planning asal aku nak bawak diorang ke opis. Ibu mana yang sanggup nak berenggang dengan anak-anak. Lima hari lama tu. Tapi bila difikir ditimbang tara takut nanti mengganggu orang. Tahu-tahulah bebudak ni, perangai sukar dikawal. Lebih-lebih sofea yang aktif tuh. Lagi pun aku fikir inilah salah satu caranya aku nak stopkan hakeem susu badan. Sebelum ni asyik gagal jer.

Memang bersyukur sangat mr. edy keje sendiri. Boleh jaga anak-anak. Kalau ada job weekdays memang mr. edy duk angkut anak-anak naik lori sekali. Tak de nak tinggal-tinggal dengan orang. Pernah sekali je mr. edy tinggalkan sofea dan hakeem kat rumah kawan. Itu pun sebab keadaan mendesak sangat. Selalunya mr. edy amik job weekend jer. Kalau ada yang weekdays pun mesti keje yang senang-senang dan boleh cepat balik. So far anak-anak ok tinggal dengan papanya. Sikit-sikit kekurangan tu adatlah.

Ingat lagi one day mr. edy ada job kat Klang then lori rosak kesian tengok anak-anak terpaksa berpanas sementara tunggu aku datang amik. Kitaorang ni sole parent. Semua kena sendiri. Tak ada sesiapa kat KL ni yang boleh nak tolong jagakan hakeem dan sofea. Nak harap adik beradik semua bekerjaya. Anak buah jauh sekali. Sofea cucu first in my family. Family mr. edy memang semua adik beradik perempuannya full time housewife tapi jauhla pulak kat Kelantan nun.

First time nih selepas 3tahun 8bulan sofea dan 2tahun 1bulan hakeem lahir ke dunia aku berpisah dengan anak-anak tercinta. Berpisah dengan mr. edy dah banyak kali. Alah bisa tegal biasa kata orang. Jadi bini driver lori harus pasrah kena tinggal selalu.....

Aku baru calling diorang sebentar tadi. Diorang dah selamat sampai kelantan kul 11 pagi. Dengar anak-anak gembira dikampung. Tak ada nangis-nangis pun. Baguslah diorang gembira. Aku kat sini tumpang gembira sekali. Walaupun hakikatnya macam nak waaaaaa.... Sunyi wooo...

Pasni ingat nak tukar bahasakan mr. edy dalam blog ni kepada mr. mama. Cam best je kan...



*sape nak tumpang barang macam motor ke sofa ke dari Kelantan ke KL bolehla calling2 mr. edy yea...



Soalan Interview PPT N27

Well, semalam dah selamat menjalani pembedahan interview seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini. hehheh.. Interview ok. Haa mesti uolls nak tahu apa soklan yang ditanya.

Sebenarnya ia depend pada interviewer yang kita dapat. Dapat ok ok ler. Macam aku semalam aku dapat bilik D dan orang yang ketujuh. Sape dapat bilik D memang lucky sebab tak ada tanya tanya dalam bahasa inggeris seperti yang ditakutkan kebanyakan orang. Sesi introduce diri pun dalam bahasa melayu. Tapi soklan yang ditanya memang power-power. Balance la. Tak nak cakap inggeris kenalah tanya banyak soklan.

Majoriti calon yang diinterview oleh interviewer bilik D paling cepat setengah jam. Bilik lain ada yang speaking london dan sekejap. 15 min dah keluar. Untuk semalam bagi aku ok jer nak jawab walau pun rasa macam banyak yang salah tapi istilah jawapan nak jawab tak tahu tu memang tak wujudlah.

Akunyer interview kul 9 pagi. 8.15 pagi aku dah sampai spa. Jalan kaki je dari opis coz opis aku ngan spa bersebelahan parcel jer. Dapat masuk interview dalam pukul 11 setengah. Mula-mula masuk terus interviewer suruh perkenalkan diri. Lepas dia tahu aku kerja kat KDN terus tanya nama KSU KDN & Menteri KDN. Interviewer tanya jugak KSU KDN yang sebelum ni siapa. Sebab KSU KDN Tan Sri Mahmood Adam tu sekarang dah jadi pengerusi SPA. Nak tengok aku alert tak alert la tu.

Next interviewer lelaki tu suruh aku terangkan pasal 1Malaysia. Fuhh soklan first pun dah berpeluh. Aku memang dah baca pasal 1Malaysia tapi bila dalam bilik macam blank je nak jawab. Aku jawab siap bagi slogan 1 Malaysia yang tahun 2009 - Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Terus interviewer mintak bagi contoh program yang kerajaan dah laksanakan dibawah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tanya soklan ni silap besarlah aku tak tahu. Berlagak... Uolls tahu tak? I jawab BRIM, PPA1M, 1Azam & bla bla bla... Betul tak betul belakang kira janji confident kena ada.. heee...

Next interview tanya since aku pernah terbabit dalam penyediaan budget, boleh tak terangkan macam mana proses penyediaan budget. Bagi yang bukan kerja related dengan budget memang soklan ni tak kan diorang tanya. Pas aku dah jawab macam mana proses penyediaan budget, interviewer tanya pulak, macam mana dengan peruntukan yang tak habis. Kenapa bila kita tak habis berbelanja duit peruntukan yang dibagi dikira sebagai tidak berbelanja secara berhemah. Soklan part budget ni memang lama giler diorang tanya aku. Aku jawab gini diorang tanya gini. Memang macam sesi debat sikit masa soklan budget ni.

Then diorang tanya kalau aku sebagai pegawai macam mana nak handle staf yang bermasalah tak datang kerja. Kemudian tanya lagi soklan kalau staf datang pagi punch card kemudian hilang petang ada untuk punch card balik apa yang akan awak buat. Nampak tak diorang banyak tanya pasal penyeliaan dan kepimpinan. Dah nama EO memang banyak kerja penyeliaan. Sesi menjawab soklan ni pun lama jugak sebab setiap jawapan yang aku bagi ada je yang diorang nak patahkan. Nak bagi aku putus asa menjawab agaknya.

Kemudian interviewer tanya apa tugas PPT. Pernah tak diberi tanggungjawab menguruskan majlis. Aku jawab setakat ini saya belum diberi peluang  untuk mengendalikan sebarang majlis. Then interviewer tanya kalau anda diberi tugas handle satu majlis contohnya majlis sambutan tahun baru cina apakah persediaan yang perlu anda buat. Yang ni aku main hentam je jawab. Tak assume diorang nak tanya soklan ni.

Diorang ada tanya juga sebelum ni aku PTW W17 then tukar ke PA W17. Aku bagi reason tukar ke PA sebab minat accounting. Then diorang kata macam mana kalau aku dapat jawatan PPT ni.  Tugas PPT kan berbeza dari tugas aku sekarang. Walau pun tugas PPT salah satunya pengurusan kewangan tapi part tu kecik je. Interviewer tanya jugak cuti sakit ada berapa hari. Berapa hari oi. Aku lupa. Kan aku jarang MC. Aku jawab cuti sakit kerajaan ada 30 hari, cuti sakit swasta 15 hari. Betul ker? Jawapannya 90 hari kan.

Last sekali diorang tanya pendapat aku pasal Bayaran Intensif Tugas Kewangan (BITK). Kenapa orang kewangan layak dapat elaun BITK tapi pegawai lain tak dapat. Aku jawab sebab kerja kewangan adalah tugas yang berisiko dan specific. Memerlukan kepakaran. Jadi memang layak dibayar elaun BITK. Tak ada istilah terdapat keistimewaan atau perbezaan orang kerja kewangan dengan jawatan yang lain. Kerajaan telah meneliti apa yang sepatutnya setiap kakitangan itu patut dapat. Jawatan penguatkuasa juga dibayar elaun penguatkuasa. Lagi banyak RM200 compare BITK RM40 je. PA juga dibayar elaun penterjemah (belum ke ni) walau pun hakikatnya ada je PA yang tak buat kerja terjemah terjemah ni kan. Tahu tak interviewer tu balas apa PTD jugak kerjanya berisiko. Contoh PTD jalan naik tangga pastu jatuh risiko jugak. Haiii contoh macam ni pun ada ke. Nak je aku jawab siapa suruh jalan tak berhati-hati. Padan muka dah jatuh tangga kan... hahaha... Dah tak tahu nk soal apa lagi la tu...

Soalan pasal elaun ni memang dia argue je setiap kali aku bagi jawapan. Sampai aku terdiam seketika then dia kata awak tak ada apa nak komen ke. Aku tak jawab tak de tapi just diam then interviewer cakap oklah itu sahaja yang saya nak tanya. Awak dah boleh keluar.

Tinggal 3 hari lagi nak abis interview PPT ni. Daripada 49,000 calon diorang nak amik 67 orang sahaja. 1000 calon simpanan. Bagi yang dok tengah search soalan interview PPT N27 dan terjumpa blog ni, aku ucapkan selamat berjaya, do the best among the best ya. Cewahhh.. Masuk bilik interview je terus blank ye dak?

Kalau uolls terpilih memang uolls yang terbaiklah.. Jadi calon simpanan pun dah bersyukur. Kalau dapat dalam lingkungan 67 orang tu lagilah bersyukur sangat-sangat... Sama-sama kita tunggu result hujung bulan tujuh ni.



10 June 2013

1Set : Makeup & Tote Beg

Minggu ni berjaya siapkan one set beg orderan my opismate. Seminggu satu beg. Kalau macam ni sampai bila nak habis semua order yang berlambak tu. Aku target before puasa semua order mesti clear siap. Pada yang mengorder banyak bebanyak sabar eh..

Beg kali ni aku guna kain denim bukan daripada kain seluar jeans. Beli kat daiso

 
Measurement Tote Bag : 13" width X 12" height X 4"
Measurement Makeup Bag : 8" width X 5.5" height X 3"

 Tote Bag


 Makeup Bag

My sister kata setiap minggu masa aku terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Tapi sebenarnya dalam hati ni bergelodak rasa macam anak-anak makin terabai. Maknya asyik habiskan masa menjahit.

Setiap kali kaki aku melangkah masuk bilik menjahit confirm hakeem menangis. Maybe pas siap semua order yang dah aku amik, aku nak stop jahit seketika. Dengan ini dengan kata lain tempahan ditutup ler sementara ye. :-)


*esok ada interview, doa-doakan ler kita dapat jawatan tu, tak yah bersusah payah menjahit lagi.. heeee...


06 June 2013

Friendlyfashion bakal ditutup

Minggu lepas aku dapat email dari admin friendlyfashion.my. Aku adalah salah seorang pengguna berdaftar laman web mereka. Dalam email tu diorang notice yang laman web tu akan ditutup bermula 1 Julai 2013.

Sebelum ni aku ada suggest kat korang kalau nak jual baju terpakai boleh jual kat sini kan (boleh refer entry ini). Nampaknya lepas ni kenalah cari medium yang lain pulak. Baru je nak merasa keseronokan duniawi. Mana tahu seronok aihhh, dah empat pasang baju prelove aku terjual disini dalam tempoh sebulan. Tup tup diorang nak tutup pulak.....

Dibawah ini email yang aku terima dari pihak admin friendlyfashion. Boleh baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa admin nak tutup web tu....
Kalau ada sesiapa yang tahu mana-mana laman web yang dicipta khusus untuk kita menjual prelove item & diy meh ler share...

04 June 2013

Kemajuan di penghujung Mei

Korang ada keek ke? Aku baru ler sign up. Orang lain ada aku pun kenalah ada jugak kan.. Nanti kalau tak buat orang kata tak ikut perkembangan dunia semasa pulak. (",)
 
Padahal itu pun sebab terbukak keek orang lain pastu tengok eh sign up bole guna facebook je. Jakun sekejap.. Itu yang sign up. Kalau kena isi name, nick name, gender, hp macam nak buat email  memang aku idak ler mensign up kan diri kat keek ni..
 
Lagi pun aku signup nak tengok camna orang lain buat video senang je. Apsal aku buat asyik kena reject  dek nuffnang. Yang nuffnang blogbuster campaign tu ler... Kira tujuan daftar keek nak study camna nak buat video pendek dengan jayanya. Boleh gitu??
 
Oklah jom layan video sofea dan hakeem menari hindustan kat festival hari belia hari tu haa...
 

May 31, 2013 | by aziazidah on Keek.com



Review : Shopping di zalora kali kedua

Hari tu dah review shopping kat zalora for the first time. Review hari tu dengan pembelian menggunakan voucher percuma dari zalora. Kali ni nak review beli dengan guna duit sendiri. No more voucher free free dah. Sengkek zalora nak bagi selalu...

Aku beli skirt.  Last week zalora bagi 10% diskaun pada sesiapa yang nak beli clothing. Pastuh because i'm an awesome customer (itu yang zalora tulis dalam email) nah zalora bagi lagi diskaun 15%. lagi. Awesome la sangat. So total diskaun yang layak aku nikmati adalah 25%. Itu yang laju je nak mengorder.

Harga skirt tu RM 40.90. Pas diskaun tambah dengan harga shipping jatuh RM 35.67. Murah dari harga asal. Berbaloi-baloi. (",). Shipping kena bayar RM 5.00 sebab pembelian bawah RM 75. Atas RM75 baru free shipping. For sabah sarawak RM10, Brunei  RM30 on item below RM 250, above RM250 free shipping. Complete set info i bagi. Sila catat dalam buku..

Aku order skirt tu hari sabtu. Tak de nak tunggu-tunggu hari senin. Kang tunggu-tunggu sold out lagi. Tu pun nasib aku cepat, memang skirt tu tinggal satu je pun time aku order. Lagian diskaun 25% tu valid sampai esoknya.. Tu yang tak bertangguh. hihihi...

Then aku pilih Cash on delivery (COD). Takut jugak dah bayar barang tak sampai. Acaner tu? johan sila jawab. okey not funny. Duit dalam bank tak ada sebenarnya... Tapi apa-apa pun sila berhati-hati. Beli online ni satu pertaruhan.

Dua hari kemudian, means hari isnin pagi dapat call dari Ta-q-bin gitau seminit lagi dia nak sampai hantar parcel zalora. Owhh cepatnya. sabtu tenghari order, ahad memangla takkan sampai opis tutup. Isnin pagi dah boleh pegang my skirt. Sehari je tunggu. Super fast bagi aku. Siapa kata servis zalora lembab dan bermasalah. Mungkin dulu iyela kot. Sekarang dah improve maybe. Belajar dari kesilapan.

Cuma yang tak best budak taqbin tu kata seminit lagi dia sampai my opis. Tunggu punya tunggu 15minit kemudian baru nampak batang hidung. Pffttt...

Oh ye kalau uolls beli cash on delivery diorang guna khidmat ta-q-bin. Kalau bank in transfer baru guna GDEX.

Even banyak skirt camgini kat pasaran, murah-murah lagi dah nama aku berkenan yang ini ada aku kisah yang lain.


Nampak na aku tak gosok, main sarung je skirt tu.
Dua kali beli clothing kat zalora setakat ni dua-dua tak mengecewakan. Cutting suit for me.
Pandai jugak minah kampung ni soping online. ^_^

Thank for reading..


03 June 2013

Random story

Aku macam biasa kalau hari cuti sabtu ahad memang masuk bilik belakang dan menjahit. Minggu ni mood menjahit kelaut. Satu family tak sihat. Cuaca sekarang tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Habis aku, hakeem dan mr. edy sakit kepala, demam dan selsema. Cuma sofea je antibodi kuat. Elok je dia...

Ni kejadian hari ahad. Dalam pada malas-malas nak jahit, aku jahit jugak seluar aerobik kakak aku. Jahit getah pinggang. Dah lama seluar ni terperuk kat dalam bilik jahit aku tu. 

Ko boleh imagine. Aku tak tahulah manusia jenis apa kakak aku ni. Imaginasi tinggi betul. Disuruhnya aku cantum bahagian getah seluar merah dengan seluar hitam biru dia tu. 

Seluar hitam biru tu pinggang dia jenis tak bergetah. Korang biasa tengok kan pesen seluar gini tak ada getah. Beli mahal tapi lelama pakai melurut ke bawah. Tu yang kakak aku suh buat gitu. 

 Bahagian dalam seluar lepas cantum. Buruk benar lepas cantum tapi tak pe orang tak nampak pun. Kalau hantar kedai mahu ke diorang nak terima tempahan cam gini. Haissh rasanya tak ler aku...

Pastu aku siapkan pulak sling bag. Body dia dah lama siap tapi aku tak bubuh-bubuh lagi tali. Sebab bilik jahit dah rupa sarang tikus tu yang aku siapkan mana yang senang-senang dulu. Minggu ni memang orang order aku tak sentuh langsung. Tak larat sesangat...

Beg ni sesuai untuk bebudak sebab tali pendek. Kalau aku pakai takat pinggang je panjangnya. Tapi beg ni best, banyak poket depan belakang. Boleh letak tab kalau ada tab ler. Aku tak ada. Finishing aku guna tape velcro tu je..

Korang tengok jelah senang citer....

 Macam biasa model tak berbayar aku sofea. Abaikanlah hakeem tu, aku suh pakai seluar tak memahu.






 Amacam cantik tak? Ke ada yang dah berkenan. Beg ni non empunya lagi..

Masa aku tengah jahit beg dan seluar, kat luar rumah aku tengah ada orang operasi pembersihan kawasan sekeliling rumah. Tengah mesin rumput dan potong pokok petai. Kitaorang tension dengan kawasan belakang rumah arwah mak aku tu. Banyak sangat pokok petai.

Korang jangan ingat pokok petai yang boleh buat sambal petai dan udang tu. Kalau pokok tu tak adalah aku nak rungsing. Boleh jual kat pasar. Dapat duit lagi. Tapi ni pokok petai yang jenis buah petai kecik dan kering tu. Apa namanya ntah.


Banyak giler pokok petai. Nak harap kudrat manusia memang tak larat nak tebang. Tebang tumbuh tebang tumbuh. Ada tak sesiapa tahu cara nak nyahkan terus pokok petai ni selain dari kena guna jentolak korek terus akar. Berapa pulak harga nak sewa jentolak tu.

Buaian tu jiran sebelah rumah aku siap gantung diantara satu pokok petai dengan pokok yang lain. Ini dah kira menceroboh tanah orang. Boleh saman ni....