30 May 2013

Rush Order

Ikutkan hari kerja aku memang tak jahit. Seboleh mungkin tak nak penatkan badan sebab seharian dah memang penat kat opis. Nak tidur awal. Setiap hari kena bangun pagi untuk masak sarapan merangkap lunch (2 in 1 uolls) for my kid and mr. edy. Kalau menjahit memang alamat tak bangun pagilah. Cuma kengakdang ada jugak prepare potong kain untuk jahit waktu weekend. 

Tapi malam selasa lepas aku gigihkan jugak diri menjahit sebab my opis mate nak beg tu cepat. Nasib beg yang diorder jenis kecik, cepat nak siap.

 Beg drawstring ni my opis mate mintak bubuh tali warna hitam. Tapi cari kat kedai dah habis. So tukar tali warna grey..

 Beg make up 1
Beg make up 2

Saja buat dua beg makeup ni.
Actually ada kakak opismate order. 
Nak suruh dia pilih yang mana satu berkenan.
Agak-agaknya mana satu yang dia berkenan eh...


Aktiviti weekend - pergi kenduri kawin

Aku memang jarang nak pi kenduri kenduri kawin. Kalau nampak muka aku kat kenduri kawin, maknanya tuan rumah tu memang bertuah. Dapat merasa duit aku kasi.. hahaha...

Last sunday aku pi dua kenduri kawin. Dalam pada malas-malas bila datang rajin terus pergi sekali dua. Actually kena paksa rela dengan my sis. hihi.. 

Kenduri kat area rumah aku actually ada dua, tp aku pi satu kenduri jer. Satu lagi kat putrajaya kenduri kawin anak my exopismate. Musim cuti sekolah banyak betul orang nak kawin. Macam mana nak kurus macam ni...


Ko ada kenduri kawin orang datang pakai jubah putih. Tok kadi je kan...

Jangan pelik ye. Ini memang kenduri kawin. Bukan majlis tahlil atau arwah. Kat kampung aku tu ada satu maahad tahfiz. Kebetulan pulak rumah orang kawin ni sebelah je ngan maahad tahfiz.

Kalau jemput diorang ke apa-apa majlis confirm diorang datang. Just inform berapa ramai yang korang larat nak beri makan. Sebanyak tu lah budak tahfiz tu akan datang. Kalau kata nak semua datang. Seratus lebih la budak tahfiz akan datang. Kalau kata nak tiga puluh orang je, tiga puluh sharp sharp akan datang. Inilah keistimewaan my kampung.

Masa aku sibuk mensnap pic ni aku tengok bebudak tahfiz tu dah jeling-jeling je kat aku. pastu sengih-sengih. Tapi ada aku kisah. Tetap nak tangkap jugak gambar korang.. 

Adik-adik ni tengah cari kerusi kosong. Tempat aku duduk tu banyak je kerusi kosong tapi tak mahunye depa nak duduk. Pasai pa? Malu eh...

 
Memang luck kitaorang datang awal, kalau lewat 5 min confirm kena tunggu budak-budak tahfiz tu abis amik makanan dulu. Mahu kebulur tunggu.  hahha.. Bab makan iolls memang laju. Tapi kakak aku tu lagi laju. :p. Bukanla kitaorang rushing nak ke Putrajaya pulak. 

Ni dalam kereta on the way ke rumah kenduri kat Putrajaya. Eh bukan rumah. Diorang buat kat PICC.
Ntah bila ntah diorang berdua ni tido. Toleh belakang tengok dah macam adegan ciummolot.



Sofea hakeem tengah tunggu makanan. Kenduri first tu aku tak bawak diorang berdua.

Lauk yang dihidangkan semua pedas. Sian kat bebudak kalau pi kenduri kawin. Yang konyang mak bapak nyer. 
Maybe sape yang plan nak buat majlis kawin bolehlah fikir menu ayam goreng ke, atau ayam pedas tapi daging tak pedas, kurma mungkin. Sian bebudak tak leh makan. Hakeem ngan sofea makan nasi kosong je.

Memang biasakan kalau pi majlis kenduri biasa diorang tak fikirkan menu untuk kanak-kanak. Tapi bab nak bagi gift boleh pulak fikir nak bagi gula-gula. Kalau beg door gift, yang besar untuk dewasa, yang kanak-kanak bagi gula-gula n sumi letak dalam uncang net tu kan...


Bubur ni xde sape nak jamah. Tawa leso... Tahula rakyat malaysia ni banyak yang mengidap kencing manis. Tapi kalau sampai tak berasa apa citer. Ceritanya tong sampah PICC penuh dengan bubur kacang hari ahad lepas. Aku confirm!.

Yang ini je anak-anak boleh makan.

Balik dari kenduri kat Putrajaya kitaorang singgah kat Festival Hari Belia. Yang tu nanti i story kendian.
 

28 May 2013

Dua Novel Terpakai Yang Nak Jual

Hari ni aku nak war war kan aku nak jual dua buah novel. Novel terpakai eh novel dah pakai eh mana-manalah. Dua-dua pun sama tapi hanya baca sekali sahaja. Diulang sekali baca sahaja okey. Pas khatam sekali terus tak bukak-bukak lagi dah. 

Dua-dua novel ni sedap dibaca bukan tak sedap tau. Tapi aku nak jual sebab malas nak penuhkan gobok  rumah aku yang dah sedia penuh tu. Dua-dua novel beli tahun ni. Tahun 2013. Sekarang baru nak masuk bulan enam. Memang baru sesangat novel ni. Kalau tak caya baru beli cer baca entry INI. Aku ada mention pasal nak beli novel. Hover la tu siap tunjuk bukti kan... 

Novel pertama yang aku nak jual novel berjudul Aku Suka Dia. Hoi ayat macam karangan bahasa melayu. hihihi... Lepas baca novel terus mood sastera mari. Novel ini di tulis oleh Iman Zahra. Harga beli RM 18.00. Harga nak jual RM 15.00 masuk postage pos daftar. Oii murah tu... Dahla baru baca sekali, pastu lagi murah dari pasaran. Siap hantar sampai ke muka pintu rumah/opis anda. Tak mau ker?

Sinopsis :
Nia Deliya dan Dennis Lee bersahabat baik. Nia meminati Cikgu Elvart Hee, tetapi ditentang oleh Dennis Lee sehingga terjadi salah faham antara mereka.
Nia berpindah ke sekolah lain dan tidak menghubungi Dennis Lee. Berapa lama kemudian, mereka bertemu semula.
Lina, sahabat baik Nia meminati Dennis Lee. Dia tidak tahu kisah antara Nia dan Dennis Lee. Nia dan Dennis Lee masing-masing terus berahsia.
Sampai bila Nia mahu merahsiakan berkenaan Dennis Lee? Apa terjadi kepada lina apabila mengetahui kisah sebenar?

*jari tu memang diorang design cam gitu, bukan aku atau anak aku conteng...
Tajuk : Bertaut Sayang
Penulis : Nisa Humaira
Harga Beli : RM 22.90
Harga nak jual : RM 19.00 masuk postage pos daftar.

Sinopsis :
Benarkah cinta sejati itu terlalu sukar untuk dimiliki? Adakah kasih suci itu mampu untuk dikecapi atau semua itu hanya sekadar angan dan mimpi?
Zarynn Nursofeanna gadis cantik yang memiliki segalanya. Dia punya rupa dan semua yang diimpikan wanita lain. Namun hatinya terlalu sukar untuk dimiliki. Dia tidak percayakan cinta. Kekecewaannya dimasa lalu membuatkan hatinya bagai terlalu keras untuk menerima kehadiran seorang lelaki sehingga dia sanggup untuk membuat temujanji demi temujanji dengan lelaki-lelaki yang ditemaninya dalam ruang sembang.
Kauthar Zaffrin Lelaki yang hanya mengimpikan kehidupan yang sederhana. cintanya pernah dihancurkan oleh wanita bernama Haifa Jameela, membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Namun, kehadiran Zarynn mengubah segalanya. hati yang dulu tertutup kini kembali terusik. Pun begitu, dia tahu Zarynn, tidak mampu untuk dimiliki. gadis itu terlalu sempurna dimatanya. Lantas dia sanggup bertaruh dengan nasib hidupnya.
Bagaimanakah berakhirnya sebuah pencarian? Mungkinkah ada mentari esok yang mampu memberi sinar dan membawa pergi mendung luka semalam? Adakah akan bertaut sayang dalam hati dan jiwa mereka?

Cepat-cepat sape yang nak beli boleh email : edyeda@gmail.com. Condition tip top. Ada bookmark. Semua complete.

Nak pesan tolong jangan tanya novel yang lain ada tak kak. Sebenarnya saya isteri dia ke, apa ke semua dah sold out. Dah terang lagi bersuluh aku mention kat Blog satu lagi tu. Tinggal yang dua ni je belum sold out.

27 May 2013

Review : First time shopping di Zalora

Yahoooo akhirnya berjaya jugak aku shopping di zalora. Orang lain dah lama berjaya soping daku baru terhegeh-hegeh. Takpe takpe biar lambat asal selamat.. hehehe..

Macam blogger yang lain, aku soping guna baucer RM 50.00 yang zalora beri. Cerita macam mana aku dapat voucher tu nanti aku up kat entri lain. Tungguuuuu...

Selepas dapat jer voucher lima puluh hinggit tu tetiap hari aku bukak laman web zalora. Sebenarnya masa dalam proses berbalas email lagi aku dah mula survey survey barang. Siap bookmark lagi barang yang aku berkenan. kihkihkih..


Aku aim nak beli baju. Aku pilih nak beli baju sebab aku nak cabar diri sendiri pakai baju ready made.  Amboi macam nak cabar bawak helikopter pulak yea. Tak dinafikan aku adalah seorang yang sangat cerewet bila nak beli baju. Kebanyakan baju aku, aku tempah. Even blouse dengan skirt pun bertempah. T-shirt tak la... Kiranya beli-beli baju online memang tak pernah. Kalau nak beli mesti nak try dulu.


Memang tujuan mendapatkan voucher percuma dari zalora adalah untuk melihat sejauh mana perkhidmatan dan kualiti barang online. Kalau bagus boleh beli lagi. Beli yang ready made lagi murah dari tempah. Anak dah dua kena pandai membudget. :p


Lagi satu aku tengok banyak blogger yang beli kat zalora ni review pasal kasut. Review pasal barang selamat apa brand bro... Reviewlah pasal benda yang mencabar sikit. Sila lempang saya, ingat beli baju mencabar sangat ke? Ye mencabar hati dan minda kalau dah beli tak muat, tak ngam ngam soi dekat bahu, dah beli tak cantik. Eh tapi kat zalora kalau size tak padan boleh tukar. Pemulangan percuma dalam tempoh 30 hari. Tapi kalau tak cantik tak bolehla tukar.


So lepas dah habis godek semua baju yang ada kat zalora, aku berkenan dengan satu kaftan ni. Terus aku add to bag. Add dulu sebab hari tu hari jumaat.  Malas kononnya nak buat transaction hari jumaat. Sabtu ahad cuti. Aku letak alamat opis. Ingat nak order hari isnin.


Pagi isnin bukak my bag tengok dah empty. Pasai apa.. Tak puas hati pi cari balik kaftan yang berkenan tu. Rupanya dah out of stock. Aduhai kecewa. Nasihat aku kalau korang dah berkenan dengan satu-satu item kat zalora terus je order sebab item kat zalora ni cepat out of stock. Aku tau cepat out of stock sebab  semasa entri ini ditulis aku sedang membuat urusniaga yang kedua dengan zalora. hewhew... Tahu mr. edy mampusss.... Pun nak terjadi kisah out of stock.


Then terpaksa menggodek lagi laman web zalora. Tapi tak kisah. Memang sejak dapat voucher dari zalora tiap-tiap hari pun aku godek. Tak sah kalau tak bukak satu hari. Aku suka laman web zalora sebab easy to access kat setiap item yang ada dalam tu. Paling best ada kategori untuk harga dari range berapa ke berapa yang kita budget. Sebab voucher tu rm50 so memang aku pi klik je kat clothing yang range RM0 - RM49. Wah ada ke harga RM0 kat situ... hehehe.. silap tu zalora...




Tak sampai sejam godek dah berkenan jubah ni. Eh jubah ke dress ni? Bantai je lah. Janji tutup aurat. Cantik kan.. Murah. RM 49.00. Brand first lady. Pernah tengok my friend pakai jubah ala-ala macam ni tapi tak de batu-batu harga rm60 above. 

Dengan kata lain barang kat zalora reasonable price. Kalau ada-ada masa boleh dapat lagi murah time diorang buat sales. Kena selalu check laman web diorang untuk tahu apa sales yang sedang berlangsung. Kalau payah sangat subscribe je newsletter.. Semua update terkini zalora, diorang akan email kat kita. So tak le kita terlepas kalau ada sales ke, discount ke atau item yang baru masuk. Daku sudah terbayang baju Jovian Mandagie. Tak lena je tido bila tahu tak lama lagi jovian akan launching baju raya kat zalora. Joviannnnn tunggu i simpan duit untuk beli baju raya mu.....


Anak dara sape yang comel ni? hoii dah mak dara anak dua okey..

Haa.. inilah baju yang aku order. Sangat selesa dengan size S yang ngam ngam terletak di tubuh badan ku. Aku order isnin tengahari. Rabu petang sampai kat tangan. Ngam ngam tiga hari. Eh dua hari setengah. Courier by GDEX. Masa order memang dah state yang penghantaran within 3 day.

Pueh hati den dapat soping di zalora

*Nak tanya sape suka beli barang online pada harga diskaun? Semua suka kan. Ada ke yang tak suka beli barang murah. Kalau ada curious nih... Ok ni aku nak suggest pada siapa yang suka beli barang kat zalora sebelum korang nak soping baik korang pergi lawat web iprice coupon dulu. Kat iprice coupon ni diorang ada bagi voucher diskaun kalau nak shopping kat zalora. Bolehlah dapat murah. Bukan zalora je tau tapi banyak lagi store-store online terpilih yang diorang bagi voucher diskaun.

Beg yang berjaya dibuat hujung minggu

Aku sampai tak tahu nak bubuh tajuk apa bila time nak publish gambar beg ni tau.. Ceritanya sama cerita pasal beg jeansla apa lagi kan. Dah la design pun yang itu itu jugak...

 Beg 1

 Beg 2

 Beg 3

Semua ni order dari Unit Admin my opis. Next nak siapkan tempahan dari Unit Kewangan pulak sebelum nak concentrate buat beg sorang customer yang dah pos dia punya  jeans sendiri.

Kalau korang tengok pesen beg yang aku buat semua sama je dari dulu. Tak berubah langsung, dok design yang itu jer. Tak ada kemajuan langsung ye dak. Cuma ada tambahan letak nama guna kain felt. At least ada la pembaharuan kan...

Sampai mr. edy dah naik muak tengok design beg aku cam gini. Katanya ubah-ubahlah ma buat yang berlekuk ke berkelok ke kat atas bawah tu.

Mr edy hang ingat bini hang pandai jahit bebenor ker? Koho koho (slow slow) jahit je ni.. *apsal nak tulis bahasa kelantan tetiba nih... :p

23 May 2013

Rebate RM 200 Smartphone

Dua hari lepas mr. edy bawak balik telefon brand alcatel. Katanya dapat daripada rebate RM200. Mr. edy guna ic member dia  untuk memohon. Kalau nak ikut umur kami berdua, memang tak layak.

Semua gambar bawah ni aku tak edit apa-apa pun cuma edit size jer..  Quit ok jugak this phone walaupun memula tu rasa eeee brand ni macam brand cap a _ _ m. Kalau nak amik tepon brand lain kena tambah duit kata mr. edy. So tak payah. Beli je yang ngam-ngam dengan rebet dua ratus tu...

Saya sekarang berada di kompleks D, Putrajaya

Mengamalkan gaya hidup sihat... Pepagi buat exersize. Jalan kaki 15min. hehehe.. Nak pi cucuk duit actually.

*tak berapa nak batik hari ni..

 Putrajaya view.

Sekarang tengah berlangsung hari kraft di Dataran Putrajaya. From 23 - 27 Mei.

Demmm ahh sampai kat Anjung, cucuk card bank, tengok duit ada 20hinggit jer.. Apsal gaji tak masuk lagi. Bukan hari ni orang gomen gaji ker?

So patah balik ke opis dengan perasaan hampa. 15min lagi jalan kaki. Tak pe amalkan berjalan seribu langkah sehari..


22 May 2013

Majlis menyambut menteri baru

Hooyyey dulu semalam warga KDN menyambut menteri baru. Dulu semalam?? Punya lambat nak update. Dah basi. Kat TV dan dan malam tu dah keluar berita kan..


Opis ku yang tercinta. Kementerian Dalam Negeri. Sayang kamooo... Sayang ke? Ayat propa padahal setiap hari cakap malasnya nak gi keje. Antara bangunan kerajaan yang susah nak parking KDN ni.


Istimewanya Kementerian dalam negeri berbanding kementerian-kementerian yang lain ialah kami banyak pegawai beruniform. Polis, JPAM, RELA, Imigresen, UPP, what else?? Cari sendiri la coz i pun macam lupa... hahaha..

Cer teka siapa menteri baru kami. Cer cari yang mana satu dia.

Yeayy menteri baru lalu tepi saya!!!. YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

So humble menteri baru saya. Pergi ke setiap kakitangan yang penat beratur tunggu beliau dari pukul 9 pagi. 10 lebih baru nak sampai. heheh..

Pastu salam-salam dengan sebahagian kakitangan KDN sambil cakap boleh ke nak salam ke? Aku jawab maaf dato' seri tak boleh, haram. Okeh tipu. Nak mati cakap macam tu. Serius aku tak salam

Kemudian ada terdengar suara-suara orang kata putihnya dato' zahid hamidi. Mukanya bersih dan tenang. Tanda-tanda orang beriman. (ayat bodek tu...)

Haa... first impression tu.... Terus rasa macam nak jatuh cinta dengan menteri baru. puii...


Terus daku bersama-sama orang lain membontoti menteri baru untuk naik bersama-sama ke opisnya.. Eh tak ada makna.. Pas jumpa terus aku naik ke opis. Penat weh tunggu orang besar besar nih...

Esoknya ada majlis melambai tangan dengan dato' seri hishamuddin yang nak berangkat ke Kem. Pertahanan. Tapi aku tak join. So gambar majlis lambaian kasih tangan dengan dato' hishamuddin tak ada yea...

Mintak free sample

Snap dalam majalah Pa&Ma untuk nak dapat sample susu Karihome. 
Menakutkan sungguh nama susu....

Walaupun aku seorang ibu mithali tapi aku tak minat nak beli majalah Pa&Ma. Tak tahu kenapa. Selalu aku tumpang baca orang punya. Ekekeke... Tak pun pi je library KDN tu. Kat library Kdn tu semua ada. Novel pun ada..

Tapi for this sample maybe aku tak nak mintak kot. Malas nak mintak sample yang kena sms-sms ni. Kalau online ok la...

Sejak dua menjak mood mintak-mintak free sample ni semacam bermaharajalela dalam diri. Aishhh terasa macam pengemis.... Tunggu 5-6 minggu lagi insyaallah sampai la semua sample yang i mintak.


21 May 2013

Term-term dalam mengukur baju

Since aku sibuk menjual baju terpakai, buat cari duit tambahan maa... Setiap kali nak jual baju kena letak ukuran baju. Senang untuk pembeli nak tahu baju tu match tak dengan tubuh diorang.

Kebanyakannya baju yang aku jual, tailor aku yang jahit. Aku jarang beli baju dah siap. Tak fit dengan badan. So baju aku tak ada istilah size S, M, L.. Semua ukuran actual badan aku.

Bila bab mengukur baju aku ukur ikut fahaman sendiri jer. Tulis pun guna ayat BM. Pernah ada customer yang nak beli tu mat saleh so diorang speakang london. Blur sekejap i. Aku reti speaking malay aje. Bahasa jiwa bangsa katakan... Term-term omputih ni mana reti. Tetiba ko tanya berapa bust, hip berapa.. tak dapek den nak jawab. Tapi kena jawab jugak. So pergi tanya pakcik google translate sekejap. Zaman sekarang kebanyakan tok guru/cikgu kita adalah google kan...

So untuk yang nak jual prelove item dan tak reti nak buat ukuran, kat sini aku nak share term-term in english macam mana nak mengambil ukuran baju...


Bust
Mengukur seputar tulang belikat, di bawah ketiak dan pada bagian dada.

Waist
Ukuran pinggang.

Hip
Ukur bahagian pinggang anda yang terlebar. Biasanya sekitar 7-9 inci di bawah pingang.

Shoulder
Ukuran bahu mulai dari bahu kiri sampai bahu kanan.

Sleeves
Ukuran dari bahu sampai lengan.

Length
Ukuran panjang dari kerah leher sampai bawah.



Kredit : Here
 Tak tahu nak jual baju kat mana boleh baca SINI



Beg Jeans Ada Nama & Reversible Beg



Beg ni my opis mate yang order. Nak ada poket kat depan, ada nama, ada zip kat bahagian belakang. Amboi walau pun berpangkat makcik tapi jiwa muda okeh. Beg nak buat marhaban katanya.

First time aku jahit beg letak nama. Comment plz...


Beg ni aku wat masa tak ada order. Sayang owh dengan kain-kain perca jeans yang ada tu. So aku cantum-cantumkan gitu. 

Go green Go....
Beg boleh diterbalikkan macam contoh kat bawah ni. Ikut suka korang nak jadikan beg jeans atau beg cotton.. Tapi talinya fully jeans.

Limited edition nih!. Dah sold pun ke makcik marhaban tadi. hehehe...

Sekarang order tengah bersusun. Pada yang dah order slow-slow aku buat eh. Sori lambat. Aku wat weekend jer. Weekdays keje. Tak larat nak jahit memalam macam dulu. Letih bebenor rasa ...

Bagi yang sanggup tunggu boleh email edyeda@gmail.com untuk order atau pertanyaan.

17 May 2013

My Cermin Antik

Hari ni aku nak share satu barang yang aku simpan dah lama sejak aku kerja kerajaan. Sila redha lately asyik story pasal diri, pasal keje, pasal kerajaan. Wanita bekerjaya katakan ... (",)
Aku start masuk kerja kerajaan umur 21 tahun. Muda trang tang tang masa tu. Masuk sebagai PKS (pegawai khidmat singkat). Gaji bayar ikut hari kerja. Tak keje tak ada gaji. Time tu sabtu keje. So paling maksimum gaji sebulan boleh dapat dalam RM 588.00 lepas tolak KWSP. Ingat the exact amaun tu.. Pembantu Akauntan memang hafal bab angka-angka ni. 
Sikit kan.?? Kalau sekarang gaji banyak mana cukup. Bayar duit kereta je dah habis. Luckily time tu aku tumpang kakak aku gi keje. Bayar duit minyak tiga puluh hinggit je sebulan plus aku tolong basuh kereta dia. Kalau sekarang aku tumpang orang dengan bayaran tiga puluh mahu kena sumpah seranah.. 
Aku kerja sepuluh bulan je sebagai pegawai khidmat singkat. Oppss nama je pegawai tapi jawatan tu pangkat kerani jer. Rasanya lagi bawah dari kerani. Sebab kena wat keje macam kerja PAR. Kerja-kerja cop, kerja photostat macam tu... Seminggu kerja aku terus apply SPA. Lima bulan kemudian dapat interview seterusnya dapat kerja tetap dengan kerajaan. 
Masa jadi PKS tu, ada PKS PKS yang lain dalam lima enam orang lagi. Salah sorang nama timah. Timah tu nama timangan. Nama betul apa ntah lupa. Fatimah kot. Lawa orangnya. Putih. Selalu mengadap cermin. Pastu dia berenti. Kalau tak silap tak dapat sambung contract PKS tu. Performance tak bagus. Itulah asyik mengadap cermin. hahaha..
Masa hari last time dia kemas-kemas barang, dia bagi aku satu barang. Nak tau apa? Barang yang setiap perempuan tak boleh tak ada. CERMIN... Aku memang tak ada cermin. Selalu guna cermin kat dinding opis tu jer..




Mempersembahkan cermin antik dengan wajah separa comel saya. Cehhh.. Sila muntah!! 
Tiga puluh dua tahun tolak dua puluh satu tahun sama dengan sebelas tahun dah cermin ni dalam simpanan aku. Saya seorang yang sangat menghargai pemberian orang (^_^)


16 May 2013

Koleksi Buku Upin Ipin Sofea

Actually kebanyakan buku sofea adalah daripada koleksi buku upin upin. Dengan upin ipin nilah sofea nampak berminat nak belajar dan membaca. Dulu aku pernah mention setiap kali aku nak ajar baca fatihah confirm sofea suruh stop. Tapi dengan adanya buku solat dalam bentuk cerita upin dan ipin nampaknya sofea lebih bersemangat nak solat dan belajar agama.

Bukan itu je tau sofea pun dah pandai matematik. Setakat nak kenal kubus, koboid, silinder, piramid tu kacang je bagi dia. hihihi.. Cuma bab mewarna masih lagi fail.


 Antara koleksi buku sofea. Yang buku belajar solat bersama Kak Ros tu memang sesuai untuk menarik minat budak-budak belajar solat.

Ada satu lagi buku sofea ialah buku math. Itu pun buku upin ipin. Silibus dalam buku tu macam untuk budak sekolah rendah. Buku tu pun antara buku favourite sofea. Nampak macam nak ikut jejak bidang mama dia jer ni...

 hasil colouring sofea...

Yang first tu aku yang warna. Yang compang camping tu barulah hasil tangan sofea. Silap aku lambat perkenalkan sofea dengan colour. Masa hantar sekejap kat nursery hari tu, aku tengok budak yang sebaya sofea dan ada yang muda dari sofea dah pandai warna.

Tak pe.. Take time ye sofea....


15 May 2013

Warna tak mencerminkan apa-apa

Hari ni nak tepek gambar anak-anak. Selalu asyik tepek citer pasal diri sendiri je. Hover betul sejak kerja ni, asyik story pasal hal duniawi sendiri jer... Pasal anak-anak dilupakan.

Pepagi ni rasa rindu pulak kat diorang. Pagi tadi macam biasa diorang still bangun awal tapi sekarang menangis dah kurang. Dah redha kot mama dia nak pergi kerja.

Tapi asal nampak aku sarung baju kurung terus tanya "mama nak pi mana?" " mama nak pi kerja?". Dia tanya dia jawab sendiri. Pastu buat mulut terjuih kat depan. Memang tak boleh blah tengok gelagat sofea.

Rasa nak peluk erat-erat pastu sama-sama boomm atas katil. Tapi nak wat camna tugas pada negara lebih penting. Ahakks mementang ko keje kerajaaan yo...












Gambar di amik masa dekat-dekat hari mengundi hari tu. So faham-fahamlah i sokong parti mana kan...:-p. Diam-diam sudah...


14 May 2013

Dapat CPUV Baru



Semalam kat entry INI aku ada menagih simpati kat nuffnang supaya beri BE baru. Alhamdulillah hari ni check akaun nuffnang tengok dah ada satu BE tengah On Going. Nampak tak betapa nuffnang amat menyayangi saya. Mendengar segala rintihan dan permasalahan saya. :-p. Perasan!

Sejak hujung tahun 2012 blog ni tak pernah keputusan BE. Bila credit je semua BE, tak sampai sehari mesti ada BE baru.

Setakat ni CPUV @ BE yang aku terima termasuk yang tengah on going adalah sebanyak 13 CPUV bagi tahun 2013. Thanks NUFFNANG.