30 October 2012

Sikap pemandu kita

Jalan dari Jeli menghala ke bukit bunga hari ahad hari tu....

Tengah-tengah matahari menembak ni memang mencabar aktiviti memandu. 


Tengok tu pemandu-pemandu buat double line kat laluan kecemasan. Aku memang berdoa jer time tu ada polis biar kena saman. Padan muka. Kita yang penat-penat beratur ni ntah bila nak sampai destinasi. Semua orang pun nak cepat maa,..,.

DBY ni sama baik macam aku. hehehe.... Follow the rules. Memang lama jugak aku membontot DBY ni. 


Bila nak masuk kat tempat selekoh-selekoh, umah orang bergulai, nak beli keropok lekor macam nilah. Semua menepi... Ini yang buat lagi jem. 

Padahal jem tu boleh dikurangkan sebab ada segelintir sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, melarat jem sampai 4 5 jam........

25 October 2012

Permintaan adik ipar

Order kali ni request dari adik ipar. 
Adik ipar mintak buatkan beg study dan h/p case untuk adik dia.
Ole-ole sempena raya haji ler tu. (^___^)

Beg study ni ramai betul yang berkenan.
Sebab beg ni multipurpose.
Boleh bawak pi jenjalan, letak telekung, pendek kata nak letak apa-apa pun boleh.

Bahagian depan.


Bahagian belakang aku letak poket dan reben.


Bahagian dalam macam sebelum sebelum ni ada tiga poket.


Handphone case.

Yang full jeans tu untuk adik lelaki.
Yang bunga-bunga tu untuk adik pempuan.

Thanks ina.....

24 October 2012

Kasut baru anak-anak

Hari ahad lepas, ntah apa mimpi mr. edy belikan kasut untuk sofea dan hakeem. Biasanya kalau nak beli barang anak-anak mesti beli dengan aku. Mungkin sebab hari tu birthday mr. edy kot. Dunia dah terbalik sekarang eh. Siapa punya hari jadi dia yang kena bagi hadiah. kih kih kih...

Masa keluarkan semua kasut dari plastik hanya ada tiga pasang kasut sahaja. Untuk sofea, hakeem dan mr. edy sendiri. Aku punya? Sampai hati tak belikan untuk bini ko eh!


Selipar sofea. 
Buat pakai dalam rumah sahaja ni.
Lagi pun mr. edy beli silap size. Terkecik sikit.
Cantik, but lagi cantik kalau belikan untuk aku sekali.
Baru sedondon ngan anak dara aku.


Model tak berbayar ni pantang nampak kamera.



Fit di kaki mu sayang wlpn kecik. 


Dimana-mana sahaja mahu berposing.

Yang ini kasut hakeem. 
Sekali tengok cantik. 
Dua kali kali tengok macam kap lam ya nga... 
Bila dipakai memang cantik yoo...



Boleh buat kasut raya ni.

Pandai anak jantan aku pakai kasut sendiri walaupun jenis ada tali di belakang.

23 October 2012

Cara sofea nak buang air besar

Sebenarnya sampai hari ini sofea masih lagi bergantung dengan pampers. Belum free pampers sepenuhnya. Sofea ni bergantung dengan pampers pada waktu malam dan waktu jenjalan sahaja.


Salah mama sofea ni  tak ajar cepat-cepat. Jadi sampai sekarang masih liat nak berenggang daripada pampers. Bila kita tak nak pakaikan pampers dia boleh pergi amik sendiri mintak kita pakaikan. Kalau dia nak pakai tapi kita tak bagi mulalah sofea menangis dan mengamuk sakan.


Sekarang bila dah melepasi usia tiga tahun baru aku rasa aduh lambatnya sofea boleh berdikari sendiri ke tandas. Kalau sofea tinggal kat nurseri aku rasa confirm dah lama dah sofea ni tak perlu pakai pampers. Belajar dari persekitaran lebih cepat berbanding mengajar dan belajar sendiri. Sebab tu kena pandai memilih kawan supaya tak terpengaruh dengan gejala negatif. (ehh! melalut ni....)


Straight to the point, sekarang waktu siang aku dah tekadkan dalam hati tak akan pakaikan sofea pampers kecuali kalau keluar jenjalan. Malam je baru sofea boleh pakai pampers.


Setakat kencing memang sofea dah tahu nak kencing sendiri. Cuma kengkadang ada jugak yang dia terkucil. Mungkin sebab sofea dah biasa dengan pampers jadi dia lupa bila dia tak berpampers. Tu yang terkencing dalam seluar. Kalau sofea tak pakai seluar (bogel) laju je dia bagitau bila terasa nak kenncing.


Disebabkan siang hari sofea dah tak berpampers, bila time nak buang air besar ada sedikit masalah. Memula tak berpampers, adalah sofea terlepas buang air besar dalam seluar. Lately, sofea dah boleh rasa kot bila dia nak buang air besar. Cuma masalahnya dia tak nak buang air besar dalam tandas. Dia nak buang dalam pampers dia jugak.


Jadinya bila sofea berasa nak buang air besar, sofea akan datang dekat aku sambil bawak pampers. Memang sofea paksa aku pakai. Kalau aku tak nak pakai, suruh dia buang air besar kat tandas mulalah dia mengamuk. Nak tak nak kena pakaikan juga. Dan seperti yang diduga tak lama lepas tu sofea datang semula bagitau dia dah selamat buang air besar. (^__^)


Bukan sahaja bila sofea nak buang air besar dia nak pakai pampers, bila dia nak pergi jalan atau time tido kita tak pakaikan pampers, sofea akan amik pampers suruh kita pakaikan. Sofea macam tau tau je dia tak nak orang lain susah kalau dia terkucil ke terberak ke time tak berpampers. Pandai kamu sofea...


Keadaan ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak mengganggu ruang kotak fikiran aku. Adakah aku perlu biarkan sofea berdikari dengan sendirinya atau aku patut bertindak sesuatu. Contohnya beli potty train dan train sofea segigih-gigihnya. Atau biar  semuanya berjalan dengan sendiri. Seiring dengan peningkatan usia sofea mungkin akan pandai sendiri.


Tapi aku bila teringat kes sedara aku yang anak dia dah lima tahun pun masih pakai pampers, aku jadi takut. Bila pergi sekolah boleh je free pampers. Tapi bila duk rumah kena pulak pakai pamper. Wajibkah aku beli potty train? Zaman dedulu mak pak kita tak bagi pun kita pakai benda tu kan...


* Next cerita macam mana hakeem bagitahu dia buang air besar pulak.

22 October 2012

Happy belated birthday to you

Ya semalam hari jadi mr. edy yang ke-21 31. Kami sebaya. Tak ada apa-apa sambutan sebab semalam mr. edy kerja. Hari ahad pun kena kerja.

Bukan sebab kami duduk kat Kedah atau Terengganu. Kelantan cutikan semalam. Menang bola. Suka mr. edy...

Normal bagi kami sekeluarga hari sabtu dan ahad hari busy mr. edy. Kerja sendiri. Hujung minggulah hari yang memberi lebih rezeki buat kami.

Kat sini nak wish happy belated birthday to mr. edy. Dan ucap pun dah melalui sms semalam. Hadiah tak ada. Cuma boleh bagi kasih sayang sahaja. kih kih kih...

*mr. edy tak baca pun blog ni. :-p

Beg Makeup & Beg letak h/p & purse

Beg make up dan beg untuk letak h/p dan purse ni my friend yang order. 
Thanks a lot kerana menaruh kepercayaan dengan mengorder sekali dua. (",)


Bahagian depan beg make up.


Bahagian belakang beg make up.

Memula aku buat beg make up ni tali dua.
Nampak cam cute boh dua tali tapi memang tak sesuai kalau untuk letak make up.
Jadi tu yang aku ubah tali ke tepi.



Bahagian dalam beg makeup ni ada tiga poket tepi.



Bahagian depan beg h/p & purse. My friend request sama macam beg sebelum ni.


Bahagian belakang.


 Again thanks....
Kalau ada yang berminat nak order boleh email : edyeda@gmail.com

21 October 2012

Sofea belajar lipat baju

Khamis baru ni entah apa mimpi sofea bangun awal-awal pagi. 7.30am. Selalu kalau tak pukul 10am memang tak bangun lagi budak ni. 

Mungkin mimpi papa dia yang asyik sibuk kerja kot sampai nak sembang dengan anak bini pun payah. Pagi tu sofea bangun awal sebab nak mengiringi papa dia pergi kerja.

Lepas mr. edy pergi kerja macam biasa sofea sambung minum susu botol (",). Manakala aku lipat baju. Baru suku hisap susu sofea mula bersuara nak ipat nak ipat. Memula aku tak faham apa yang sofea maksudnya. Last-last bila sofea amik baju dalam bakul tu baru aku faham dia sibuk nak tolong mama dia lipat baju.


Posing sebab mama nak amik gambar.

Dah budak ni beria benar nak belajar jadi aku pun ajar dan layankan jer lah kerenah dia pagi tu. Lagi pun time tu hakeem tak bangun tido lagi.

Banyak yang aku ajar cara lipat seluar berbanding lipat baju. Lipat baju banyak step. Nak kena lipat tangan bagai.



Time ni sofea tengah lipat sarung bantal. Lipat sendiri. Not bad....

Lepas lipat dalam tujuh lapan helai, sofea pun angkat baju-baju yang dia lipat untuk masuk dalam almari.


Ini drawer sofea.
Yang belah kiri tu sofea lipat dengan aku. Yang belah kanan tu sofea lipat sendiri. Memang tak ok langsung. hihihi...


Yang ini drawer hakeem.
Belah kiri kemas semacam tu aku yang lipat. Belah kanan sofea lipat dengan aku. Masa lipat tu pandai pulak sofea asingkan baju dia dengan hakeem. Tapi last-last ada jugak yang bercampur antara baju dia dan hakeem.


*Sampai hari ini aku tak lipat balik baju dalam almari yang sofea lipat walaupun lipatan tu banyak cacat celanya. Bukan malas tapi aku sayang sangat dengan hasil lipatan sofea.

19 October 2012

Saya nak berenti kerja kerajaan

Ada yang berFB tanya gini. "zi awak ni tokse masuk kejo doh ko..... ".'Sebelum jawab nak cakap "hey apsal you speakang kelantan dengan i ni. I'm 'KL'ian not Kelantanis ok? kih kih kih...

Ini semua gara-gara aku sibuk menjahit beg ler ni. Sampai semua orang ingat aku nak tukar profesion.

Ishh mana mungkin aku berenti kerja yang memang dijanjikan dengan perkataan tetap dan berpencen. Cuma buat masa sekarang sementara tunggu hakeem cukup dua tahun biarlah aku berniaga kecil-kecilan. Boleh tolong mr. edy sesikit.

Duit yang aku dapat boleh buat beli mainan anak atau beli barang idaman hati yang lain pulak ker kan. Tak adalah nak harap 100% duit suami.

Tapi kalau business dah establish dan income sebulan melebihi daripada kerja kerajaan bolehlah jugak dipertimbangkan berenti kerja tu.

Aku pernah tonton rancangan NONA, pekerja UPM decide berenti kerja sebab pulangan bersih dari business homemade dia sebulan dapat RM20k. Aku pun kalau berusaha tak mustahil boleh kan ....

Saya terharu sesangat

Sabtu lepas aku dapat satu msg daripada seorang customer. Bukan customer yang beli beg jeans tapi customer yang beli baju terpakai daripada blogshop aku tu. Dulu aku pernah war-war pasal nak jual novel terpakai dan baju terpakai kan...

Dalam msg tu tertulis begini..

askum azi, kak dyg ni.xde item terkini ke? kak jd bosan dgn carian kt blog lain, x tau knp smpi skrg blog azi je keutamaan kak wpn hnya membaca story yg ada.trs trg kak ckp, beli brg blog lain jd satu penyesln.mgkin indh pic dr item hehehe.. hope azi blh bnykkn item selain bju k. kak sokong 200% :-)
-copy 100% dari msg yang aku dapat-

Waa... serius aku terkejut baca msg tu. Last-last rasa sangat terharu. Mana taknya blogshop aku tu umpama hidup segan mati tak mahu. Tapi rupanya masih mendapat tempat dihati sesetengah orang (kak dayang je kot) hehehe... Blog pun dah lebih dua bulan lebih tak berupdate.

Bukan tak nak update tapi sebab bz sikit lately plus malas nak mengemas lemari cari bebaju yang mana boleh dijual. Pastu rasa malas nak update sebab ingatkan tak ada yang minat sangat nak beli. Bila dah orang msg macam ni aku jadi semangat balik nak aktifkan penjualan. (^__^)

Khas buat kak dayang dan yang menanti-nanti (kalau ada yang menanti) item terkini, tungga naa cek kemas lemari sehari dua ni then baru cek publish item-item baru ok?

And pada yang berminat membeli barangan terpakai mailah jengok-jengok Antiqueshopp aku kat link INI ye...  

17 October 2012

Order Customer : Beg letak h/p & purse

Tak habis-habis cerita pasal order memanjang. 
Dah malas nak karang ayat jadi kita tengok gambar jelah.

Beg ni my friend request. 
Katanya untuk senang nak bawa h/p & purse time merewang ke Alamanda. 
Amboi....

Bahagian depan beg. Buat simple jer sebab nak kasi impak elegant. hehehe..



Bahagian belakang. Jalur-jalur tu poket.




Sekali customer tak mau yang elegent. Nak yang colourful.
Selepas di outer... Cantik tak??

15 October 2012

12 October 2012

Birthday Girl Story


Ini kek birthday girl semalam. Beli kat mydin. Dah terlangsung ke mydin ternampak kek angry bird ni terus beli. Sofea pun suka nak kan kek ni.


Selalunya kalau nak beli kek kitaorang beli kat king confectionery jer. Tak ada tempah tempah pun. Main terjah jer. Sedap pun sedap. Time beli kek angry bird ni tak terfikir pun pasal sedap ke tak sedap. Dah anak suka terus beli. Then hasilnya memang kurang sedap.


Kek ni kosong tak bertulis apa pun. Ada ke mr. edy sayang nak tulis-tulis atas kek ni. Dah macam bukan kek hari jadi. Udahlah pisau kek pun non ado. Terpaksa guna pisau potong sayur. Kek tu dah kemik sikit sebab pas beli, kitaorang pergi macam-macam tempat sampai nak lunyai kek dibuatnya.


Beli kek siang. Malam baru upacara pemotongan. Gigih aku pakaikan skirt ke sofea memalam. Siang semua orang kerja. Luckily hari tu mr. edy tak de job. Bolehlah pi beli kek bagai.


Tengok jug air kemain banyak. Kesian rumah aku tak ada tong air besar. huhuhuhu....


Malam tu tak ada party. Kitaorang memang kalau birthday anak je, tak de planning apa-apa. Just beli kek dan buat makan-makan untuk diri sendiri. hehehe...Tak ada nak bertangguh-tangguh beli kek. Hari tu birthday, hari tu jugak beli kek. Padahal patut aku combine birthday sofea dan mr. edy (21 Okt) nanti.


Malam tu just buat makan-makan antara aku, mr. edy, anak-anak, makngah maksu sofea dan selebihnya geng-geng 'K' mr. edy. (K stand for Kelantan). Huru hara dibuatnya rumah aku dengan loghat kelantan kawan-kawan mr. edy.


Gambar pun tak de sangat. Hakeem masa acara kemuncak boleh pulak dia tido. Then bila bangun meragam semacam. Dalam pukul 12 lebih baru kengkawan mr. edy bersurai.


*later tunjuk pic hadiah.

10 October 2012

Order lagi : Piknik Beg

Selepas post gambar beg piknik itu hari, alhamdulillah ada yang berminat menempah.
Seperti biasa my trademarks guna material kain JEANS dan letak BUNGA KAIN.
Beg kali sama saiz dan lebar cuma ubah design sikit-sikit. Tambah mana yang patut.
Dan hasilnya....


Material Luar : Jeans Trussardi 



Aku buat h/p case ni sebagai gift khas untuk sahabat lama. 



Beg & h/p case yang sedondon.


Info tentang Trussardi Jeans
Harga lebih mahal daripada levi's jeans.
 Jeans trussardi sangat glamour di Singapore.

Berminat boleh email : 

edyeda@gmail.com

Thanks...

06 October 2012

Order Customer : Beg Piknik

Hari ni nak tunjuk kat gambar BEG untuk buat pergi PIKNIK yang customer order. 
My customer act. mintak buatkan beg untuk letak bekal makanan nak bawak pergi opis.
Nak letak nama BEG BEKAL MAKANAN buruk benar bunyinya.
Jadi aku bubuh nama BEG PIKNIK sedap sikit kan.......... 


.
Material Luar : Jeans brand GAP

Beg selawa ini (lawa ker?) berani ke korang nak bawak bekal nasi dengan lauk sambal udang petai, sayur lemak. 
Kalau tumpah mahu menangis wooo...

Letak bread and jem oklah. Kalau nak buat pegi photoshoot sambil berkelah sesuai bebenar rasanya.

Material Dalam : English cotton.
Tepi beg aku letak getah supaya tak kembang.

Kalau sesiapa yang berminat nak tempah bolelah 
email : edyeda@gmail.com.
Thanks...

05 October 2012

Beli Kinder Joy dapat hadiah kereta


Kereta mainan je lah.. Bukan kereta betul.

 Dengan pembalut coklat pun diorang boleh reka buat kereta main. Kalau nak tahu Kinder joy ni berbentuk macam telur. 

Separuh diorang letak coklat, separuh lagi buat letak hadiah kereta tu la. Kreatif betullah syarikat pengeluar ni. 

Sebelum-sebelum ni aku beli dapat gasing. Kali ni dapat kereta. Cantik jugak kalau buat hiasan dalam kereta.



Sofea memang suka makan kinder joy. Kalau pergi pasaraya memang dia sendiri yang pilih apa makanan yang dia nak. Selalunya pilihan sofea memang tak kalah. Semuanya sedap-sedap belaka. Dan MAHAL. hihihi... 

Video Blog Pilihan, Program AKW Edisi 30 September 2012

Rentetan Blog masuk TV hari tu (boleh baca kat sini dan sini). Kali ni nak tunjuk rakaman video blog aku masuk TV tu. Seminit lebih je. Tapi heboh satu facebook satu blog tau... hi3... Excited lebih padahal tayangannya biasa-biasa aje.


Kalau nak dengar full version AKW boleh tengok kat website INI. Sila cari edisi 30 September 2012 isu budget 2013. Kalau nak tengok blog-blog pilihan yang lain masuk TV pun ada.


Video ni pun aku rakam kat laman web tu. Rakam part segmen Blog Pilihan aje. Senang u all nak tengok sebab hari ahad tu masa aku rakam tak berecord dalam handphone rupanya. 



Best tak? Sila like kalau best.. hehehe..


*hari ni kul 1 petang ada ulang tayang kat TV2.  Kalau ada segmen blog pilihan ingat nak rekod semula.

03 October 2012

Tentang Aizara Nur Sofea

Entri hari ni adalah entri mengenang masa silam.

Masa tahun 2010 sebelum pregnantkan hakeem memang aku duduk berdua je dengan sofea. Mr. edy time tu keje kat Kelantan. Selain pergi kerja, masa aku selebihnya memang untuk sofea.

Sofea memang anak yang baik. Masa kecik memang tak banyak ragam. Amik dari nursery, bagi mandi, bagi makan, pukul tujuh malam terus tido sampai ke pagi. 

Paling lewat sofea akan bangun pukul lapan, biasanya pukul tujuh dah bangun. Macam tahu-tahu je aku kena uruskan dia sensorang. Tapi la ni memang banyak ragam. Sampai tak terlarat dibuatnya. (",)




Kadang-kadang kesian tengok sofea main sengsorang.
Sekarang pun walaupun ada hakeem sofea asyik mintak nak pergi sekolah.
Sofea ni jenis friendly.


 Sofea bersiap nak pergi jalan. 
Masa kecik redha je apa aku bagi pakai.
Sekarang dah pandai memilih baju yang mana dia nak.


Masa kecik sofea suka makan nasi goreng. 
La ni nasi goreng dah tak pandang.
Pandang lauk je. Nasi tak mo makan. 
Lauk pun ayam goreng je yang dia ngap.



Aku suka sofea kemas macam ni. 
Tapi susah sangat nak dapat ikat rambut sofea. 
Sofea bila aku ikat rambut sokmo kata sakit sakit...



Tudung mak (my mil). 
Sofea baru berjinak-jinak mengenali tudung.



Sofea yang semakin gemuk dengan kuda kesayangannya.



Wajah seorang kakak.

Sofea ni kuat jeles dengan hakeem. 
Mana taknya hakeem dah amik separuh kasih sayang aku daripada dia. 



Me and sofea. 
Empat hari sebelum melahirkan hakeem. 
Kami bersiap-siap ke Pureen warehouse sales. Gigih buat persiapan akhir. 


Rindu moment-moment between me and sofea. 
Lagi seminggu sofea akan genap 3 tahun. 
Sofea birthday 10.10.2009.