31 May 2012

Brooch Pilihan Masa Kini

Sekarang orang tak main brooch batu-batu. Dah tak musim. Brooch batu pun tak tahan lama. Asyik tanggal jer batunya.

Sekarang musim felt. Orang berlumba-lumba belajar/buat/jual homemade craft berasaskan kain felt ni. Aku je yang jari tak berseni. huhuhu...

Macam tudung bawal yang dah tak diminati ramai. Ramai yang suka pakai shawl. Tapi sekarang kembali balik bawal jenis printed/bercorak. Betul ke? 

Aku tak ikuti perkembangan fesyen sangat. Almaklum suri rumah tangga sepenuh masa. Serius memang fulltime housewife. Jarang sangat aku keluar rumah.

Adalah mr. edy bawak sekali dua bawak ke uptown Puchong dan Shah Alam. Tapi tak dapat nak ronda lelama, anak masih kecik tu.

Nak shopping online pulak aku tak berani. Bukan masalah tak berani tapi aku mengaku aku memang sedikit fussy. Banyak sebenarnya. Kalau baju memang aku tak akan beli online. 

But brooch... yeayy aku dah berjaya keluar dari kepompong kekampungan. Pertama kalinya beli secara online.

Antara brooch yang aku order online. Semalam pos hari ni dah dapat. Pos laju memang laju.

Cantik tak u all?

Kalau u all berminat nak dapatkan brooch yang comel lote macam aku bolehlah jengah laman web Trendysite http://craftcantik2u.blogspot.com/ atau facebook : Trendysite. Bukan brooch sahaja yang dijual di Trendysite tapi ada sepit/aligator/headband &  macam-macam lagi.

30 May 2012

Dap Dap Cedap

Sejak hakeem berusia setahun, dari dah boleh berjalan, aku dah mula ubah menu makanannya.

Dari bagi makan pelbagai jenis  biskut then cuba pulak ajar makan nasi macam kita tapi berkuah. Masih lagi selang seli jugak dengan bubur.

Makin suka, seronok dan berseleralah aku tengok Hakeem makan. Dah boleh merasa banyak benda but still under control. Masih kecik lagi tu...

Hari ini tengahari aku bagi Hakeem makan ayam. Bab makan minum memang Hakeem ni laju jer ke depan. Asal nampak je dia punya mangkuk bubur mengekor je ke mana kita pergi.

Pas suap ayam dalam mulut, tetiba Hakeem angkat tangan sambil dongak kepala ke atas. Kemudian cakap dap dap sambil sengih sengih. Suka tau tengok Hakeem sengih. Sweet jer :-)

U all nak tahu tak kenapa Hakeem angkat tangan?

Hakeem angkat tangan tu sebab nak tunjuk ibu jari macam yang biasa kita kita buat bila nak nyatakan betapa bestnya sesuatu benda tu (faham ker ayat ni).

Dap dap tu pulak maksudnya cedap (sedap).

Dia ikut kakak dialah yang selalu buat macam tu. Tapi ajarannya offcourse dari mama diorang.  Makin pandai anak mama.

29 May 2012

2nd Update : Tajuk & Nama Penulis Novel Terpakai yang Hendak Dijual

UPDATE : SEMUA NOVEL TELAH SOLD OUT


Hari ni nak update tajuk dan nama penulis novel yang aku nak jual. 10 novel terpakai yang pertama dah habis dijual semuanya. Kali ini nak try jual 7 buah novel lagi.

Actually dah ada customer sebelum ni yang booked certain-certain novel. Nampaknya permintaan terhadap novel terpakai ni sangat tinggi. Tak sangka aku. Novel yang dah sold out pun masih ramai yang tanya nak beli. Tapi apakan daya tak kanlah ai nak beli novel yang sama sampai dua tiga kan.

Okeh pada yang berminat dengan novel terpakai yang aku listingkan ni bolehlah roger-roger yea. Kalau nak baca sinopsis belakang novel bolehlah baca disini  http://antiqueshopp.blogspot.com/.


But novel-novel kat bawah ni aku belum update sinopsis lagi. Publish kat sini dulu, exclusive tuk u all yang ternanti-nantikan novel terpakai ni. Macamlah ada yang menanti :P


Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd :
1. JENDELA HATI - AISYA SOFEA (BOOKED)
2. TIADA LAGI MIMPI - SHARIFAH ABU SALEM (BOOKED)
3. HANYA DIA TAHU - ALEYA ANEESA
4. ADAM & HAWA - AISYA SOFEA (BOOKED)

Penerbit : KarnaDya Solutions 
1. KAU LAKSANA BULAN - AINA EMIR 

Penerbit : Creative Entreprise Sendirian Berhad 
1. ANGIN DINGIN DARI UTARA - SITI HAZNEZA ABDUL HAMID 

Penerbit : NHF Media Corp Sdn Bhd 
1. GELORA KASIH - LINA FARHANA


*Marilah membaca. Membaca itu jambatan ilmu

3 weeks

3 minggu yang tough berakhir jugak malam tadi. Gudang akhirnya dah siap u all. Walaupun tak seindah secantik yang diharapkan. But oklah.

Sepanjang proses membuat gudang ni memang otak banyak serabut. Serabut fikir pasal fulus nak beli barang-barang. Nak beli pasir, kayu, simen, pintu, tingkap & etc.. Bukan murah-murah tau. 

Abang mr. edy estimate mula-mula hanya 800rat. jer. Aku memang tak percaya sebanyak tu. Tapi tak pulak sangka, sekali sampai dua tiga kali ganda. Mana nak cekau duit. Walau macam mana pun nak tak nak terpaksa teruskan jugak kan... Kalau tidak lagi rugi.

Ingat tak reason kenapa aku nak buat store ni. Untuk buat kedai barangan terpakai masih jauh lagi perjalanannya. Perancangan kena teliti. Barang, budget masih belum prepared sepenuhnya. 

Reason paling kuat adalah sebab nak letak barang-barang pelamin. Tapi semalam wedding planner tu kata tak jadi nak letak. What the hell??? Semua benda aku buat semacam tak menjadi. Tapi kemudian kata jadi pulak.. :-) Bikin gelabah orang jer kan.


* nanti sy tunjuk gambar gudang tu yea..

25 May 2012

Rezeki dapat rak TV


Semalam mr. edy bawak balik rak TV. Rak TV ni ada satu company merangkap customer tetap mr. edy kasi. Diorang kasi dengan carpet warna merah yang sangat cantik bulu-bulunya.

Aku suka sebab rak tv kat rumah yang ada tu dah keluar habuk-habuk kayunya. Perabot sekarang memang guna habuk kayu. Kena air sikit mulala terkopak sana sini. 

Rak tv ni bentuk melengkung kat bahagian kiri kanan memang sesuai bagi yang ada anak kecik macam aku . Tak ada bucu tajam. 

Tapi rak tv ni macam panjang sangat. Rumah kitaorang pulak kecik. Jadi belum terfikir nak letak kat mana lagi.

*Alhamdulillah masih diberi rezeki yang tak putus-putus.

Topeng Muka daripada Drypers

Hari selasa hari tu kitaorang pergi OTK sebab nak beli pampers sofea. Memang malam selasa tu cun-cun tinggal satu jer pampers untuk sofea pakai pas mandi petang. 

Nasib baik siang hari sofea tak qada' hajat. Kalau tak memang tak cukup pampers yang ada. 

Pampers pilihan kami sekeluarga adalah DRYPERS. Average brand aje. Anak korang pakai brand apa ye? Ke pakai lampin? 

Biasanya kat otk ni harga pampers size M84/L70/XL60 paling mahal RM32.99. Tapi kira lagi murah dari mydin RM34.90. Malam selasa tu tetiba-tba harganya cuma RM29.99. 

Niat nak beli pampers untuk sofea jer tapi sebab dah murah sangat terus beli untuk hakeem sekali. Payah nak dapat harga runtuh macam ni.

Pulak tu dapat free gift topeng muka dan pelekat gambar haiwan percuma. Ai memang suka free gift free gift ni.


Malam tu berdondang sayang si sofea dan hakeem bertopengkan haiwan..
Buruk bebenor.


Hakeem pun sama juga buruk. 

Maaf terpaksa letak image cartoon kat sebelah hakeem sebab ada view yang tidak mengizinkan untuk dipaparkan. 

24 May 2012

Jom bercuti di Genting Highland

Siapa suka pergi Genting Highland? Aku dulu suka pergi. Zaman remaja dulu dulu. Tapi pas kawin memang dah tak pernah pergi dah.

Tahu tak sekarang ni Genting Malaysia Berhad tengah buat promotion. Kalau korang suka pergi genting inilah masanya. 

Sepanjang bulan September dan Oktober untuk certain-certain date harga sebuah bilik Standart Room di First World Resort hanya RM48nett / 4,800WP / RM28nett + 2,000WP per room per night. Bilik sahaja ok. Murah la tu kan?

Yang WP tu point. Kalau kita menginap kat mana-mana hotel di bawah resort world genting dapatlah kita kumpul WP tu. Sebelum tu kena daftar dulu sebagai worldcard member dulu. 



Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web Genting Highland Resort.

Dimana mendapat idea membuka kedai barangan terpakai

Korang nak tahu tak dari mana aku dapat idea nak bukak kedai barangan terpakai? Aku sebenarnya tak mempunyai angan-angan yang tinggi pun. Dan tak jugak mempunyai otak bisness.

Tapi sebab kedai barangan terpakai ni memang menjadi pilihan bagi sesetengah orang itu yang tergerak hati macam nak buat.

Almari ni menjadi rebutan ramai orang.

Almari atas ni macam biasa aku dapat free. Aku dapat daripada salah seorang customer yang sewa lori mr. edy. Orang Malaysia yang kaya memang kaya. Semua nak di buangnya. Cantik lagi kan almarinya...


Memula aku tak ada lah merancang nak guna almari ni. Macam biasa, aku letak semua barang yang orang kasi kat luar rumah je. Itu yang menarik pencuri nak datang rumah aku. Ahaksss...


Keesokan hari pepagi lagi kawan mr. edy call kata dia nak almari tu. Kawan mr. edy nampak almari ni semasa dia tengah buat rondaan. Dia polis...


Petangnya pulak ada jiran datang bertanya pasal almari ni. Dia tanya nak jual ker? Kalau nak jual, dia nak beli. Jiran aku ni kata lagi dia memang selalu beli barang terpakai.


Pastu boleh dia cakap lagi, hari tu dia ada nampak sofa kat rumah aku pastu dah tak ada. Tengok.. tingginya market barangan terpakai.


Fyi, bukan almari ni je yang ditanya, ada lagi drawer yang aku letak kat luar rumah pun dia nak beli. Tapi aku tak jual satu pun. Tak reti nak letak harga berapa. Dahla kita dapat pun free.


So dari situlah aku ngan mr. edy terfikir dan memasang angan-angan nak bukak kedai barangan terpakai.:-)

23 May 2012

Apa Pekerjaan Saya

Ada yang bertanya kat aku apa kerja aku sampai aku dapat nak cuti panjang-panjang jaga anak tu.



Terima kasihlah atas keprihatian IB yang telah membaca entry aku. Gembira sesangat tau bila ada orang nak tahu pasal kita tapi dalam masa yang sama aku malu jugak nak beritahu apakah pekerjaan sebenar aku.


Tapi disebabkan dah ada yang bertanya, aku ok jer nak bagitau. Fyi, aku bukanlah ada company sendiri yang boleh sesuka hati nak kerja nak cuti nak berhenti.


Actually aku dah pernah mention dah banyak kali dalam entry yang lepas-lepas serba sedikit pasal kerja aku.


Pekerjaan aku ni adalah pekerjaan yang mampu milik. Semua orang kat dunia ni boleh jadi seperti aku. Malah rasanya berpuluh-puluh ribu orang dah menyandang jawatan seperti aku sekarang.


Buat pengetahuan u all semua aku hanya seorang KERANI. Tapi kalau nak sedap sebutan bunyi nama jawatan aku tu PEMBANTU AKAUNTAN. (anda sedang berdepan dengan seseorang yang arif pasal akaun) kih kih kih


Dan aku kerja di Bahagian Kewangan, Kem. Dalam Negeri, Putrajaya. Sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 8 tahun. Ha amik sekali siap bagitau detail tempat kerja lagi. hi3








Berkenaan kenapa aku boleh cuti lelama tu memang semua penjawat awam @ government servant @ kakitangan kerajaan layak mendapat kemudahan cuti menjaga anak selama 5 tahun. Bukan sebab aku ada keistimewaan tertentu. :-P


Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kemudahan tersebut korang boleh baca Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 14 Tahun 2007. Kalau korang bukan kakitangan kerajaan, better tak payah baca buat pening kepala jer.


Diharap semua persoalan dah terungkai dan semuanya jelas. Sekian.........

Last First Novel

Apa tajuk entry ni. Dah last pastu first pulak. Tajuk novel siapa ni?

Bukan tajuk novel sesiapa pun. Cuma nak menyatakan syukur 10 novel terpakai pertama yang aku promosi untuk jualan dah habis terjual. Alhamdulillah......

Dan yang paling tak sangka customer terakhir yang beli novel terpakai aku tu adalah follower blog aku ni.

Kiranya tak sia-sia aku mempromosi novel terpakai ni dalam blog. Ada jugak yang berminat.

Dan follower aku tu tak lain tak bukan adalah ecadwinkyasha, follower yang ke 200 aku. Terima kasih eca.


*Membaca itu jambatan ilmu. Second edisi akan dilancarkan dalam masa terdekat :-) ...

22 May 2012

Kedai Barangan Terpakai

Sekarang entry asyik story pasal rumah jer. Mentang-mentang tengah renovate rumah. :)


Actually aku nak cerita sikit macam mana terhasilnya idea nak tambah bilik store tu walau pun budget tengah nyawa-nyawa ikan. Ada banyak sebab aku nak buat store sebenarnya.


Yang pertama surelah sebab nak masukkan barang-barang yang bersepah kat luar rumah.


Keduanya aku ingat nak letak barang-barang pelamin. Barang pelamin ni barang customer tetap mr. edy. Kalau mr. edy angkat barang dia confirm 8/9 jam baru siap. Sebab nak jimatkan masa dan tenaga kitaorang fikir baiklah barang-barang tu letak kat rumah kitaorang jer. Owner barang pun dah bersetuju.


Yang ketiga, aku ngan mr. edy ada sok sek sok sek berangan nak bukak kedai barangan terpakai. Kan aku pernah cerita banyak barang yang aku dapat daripada customer yang sewa lori untuk pindah rumah. Boleh baca apa antara barang yang aku dapat kat SINI.


Barang-barang tu semua masih elok dan cantik lagi. Sebelum ni banyak dah aku bagi free je kat orang. Why not kan kalau aku bukak kedai barangan terpakai.


Aku fikir kalau customer yang beli tu duduk area puchong, aku bagilah servis penghantaran percuma.


Sekarang ni pun aku dah mula business online menjual barang peribadi. Kira barangan terpakai jugak tu. Kalau ada kedai bolehlah aku buat secara online dan offline kan. Cepat sikit lakunya.

*sesungguhnya ini semua impian eh angan-angan je kot.

Sambung lagi Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak

Hoyyey, akhirnya niat untuk menjadi surirumah sepenuh masa untuk tempoh dua tahun bakal tercapai. Suka sangat... suka sangat...

Awal mulai mei hari tu aku submit lagi surat sambung cuti menjaga anak. Kali ni aku decide cuti sampai bulan empat tahun hadapan terus. Tak ada enam-enam bulan dah. Senang. Kalau tak nak cuti kemudian boleh batalkan anytime.

Minggu lepas officemate call kata permohonan dah diluluskan. Haruslah diluluskan sebab sememangnya aku layak.

Aku terpaksa buat macam ni sebab hal kes nursery tu lah (pernah story kat sini) dan yang lebihnya sebab penyakit 'M' dah menyerang. Setahun duduk rumah rasa malas sangat nak pergi kerja.

Dan kalau korang masih ingat aku pernah cuba mencari jalan penyelesaian atas masalah nursery tu. Aku ada mention kat sini aku nak berniaga online tapi tak tahu nak jual apa. 

Akhirnya aku dapat idea menjual barangan peribadi. Aku mula dengan try jual 10 buah novel terpakai. Alhamdulillah dah hampir habis semuanya. Ingat nak tambah lagi novel jualan.

Dan sekarang dalam perancangan menjual baju kurung terpakai. Aku dalam process deal dengan sorang customer. Doakan semoga aku berjaya yea.

Nak lihat barang koleksi peribadi aku bolehlah CLICK SINI

21 May 2012

Kasut lama dan baru sofea


Buruk sangat kan kasut kat atas tu. Dah tu kotor pulak tu. Kasut kotor ni lah yang sofea duk pakai ke hulur ke hilir.

Walaupun dah basuh berkali-kali pun memang dah tak boleh nampak cantik dah. Bahagian tapak pun dah haus. Kalau sofea lari atau jalan laju sikit confirm akan jatuh. Lebih-lebih lagi kat tempat yang licin.




Yang ni pulak kasut sepupu sofea yang datang nak tengok bola piala FA. Pun dah kotor. Budak-budak....

Kasut ni kitaorang yang belikan sebab kasut sepupu sofea dah putus. Lepas beli kasut ni sofea asyik duk try try pakai. 

Fyi, sepupu sofea ni lelaki. Tapi ntahlah taste dia macam perempuan pulak. Tetap dia nak colour purple pink ni.



ha... yang ni kasut baru sofea. Beli kat kedai yang sama, tapi pattern lain. 

Mesti korang rasa aku kedekut tak nak beli awal-awal sama waktu dengan beli kasut sepupu sofea walaupun dah tahu hazabnya kasut sofea tu.

Aku nak beli sangat tapi mr. edy mintak tunggu sampai sepupu sofea balik baru nak beli. Mr. edy takut nanti diorang berebut antara satu sama lain. 

Memang pun... Walaupun masing-masing dah ada kasut sendiri, la ni sekejap sekejap sepupu sofea try kasut sofea then sekejap sekejap sofea pulak try kasut sepupu dia.

Cantik tak ?

Warehouse in process

Sekarang rumah kitaorang sedang dalam proses renovation. Renovation nak buat store/gudang simpan barang-barang. Nak letak barang-barang terbiar yang ada kat luar rumah tu.



Korang nampak tak dinding yang macam berlumut tu. Itu dinding bilik air. Tukang rumah sebelum ni buat tak bagus. Paip dalam dinding tu rasanya pecah.



Haa tadi baru siap pasang frame pintu. Pintunya belum beli lagi. Store ni bersambung dengan bilik air dan bahagian dapur. Store ni kitaorang buat untuk sementara jer.

Perancangan masa depan, kitaorang ingat nak jadikan store ni sebagai bilik tidur utama. Nanti ingat nak pecahkan dinding bilik air tu. Konon-konon nak buat bilik tidur ada bilik air..:-). Bilik air satu, pintunya dua.

Pastu nak pecah dinding dapur untuk buat pintu masuk bilik tu. Pintu kat luar tu nanti kitaorang nak tutup la.

Ini cuma perancangan, tak tahulah bila boleh terlaksana. Buat masa sekarang budget sangat-sangat tak mengizinkan.

20 May 2012

Traffic Light Nakal

Hari jumaat lepas kitaorang pergi Bukit Jalil sebab nak beli tiket bola Piala FA. Nak harapkan tiket free tak layak.

Disebabkan jalan utama dari Puchong ke Bukit Jalil jem teruk, mr. edy decide lalu ikut jalan dalam. Ikut kawasan perumahan.




Masa tengah berenti kat satu traffic light, mr. edy tetiba kata "nakal betul traffic ni". Rupanya traffic light merah tu berbentuk love. Itu yang mr. edy kata nakal. Kalau biasa kan bentuk bulat.

Cuba korang perhatikan bebetul. Bentuk love kan?

Maybe korang dah biasa tengok kot traffic light bentuk love macam ni. Tapi ini first timelah kitaorang lihat traffic light bentuk macam ni. Kalau warna hijau dia tak delah jadi love, jadi bentuk anak panah biasa jer.


* BE ke-tiga 2012 dah menjelma, alhamdulillah.

19 May 2012

Pintu Pagar Dah Siap

Hari tu ada kecoh kecoh pasal rumah masuk pencurilah apalah, hilang itu inilah then bising-bising nak buat pagar untuk sekat itu pencuri masuk rumah.




Nah setelah sekian lama mengorder pagar akhirnya berjaya jugak dipasang di laluan utama rumah.




My sister pilih warna hitam. Kasi can my sister pilih warna apa dia nak sebab kitaorang share-share bayar beli pagar ni. Tapi my sister yang dahulukan semua duit dia. Aku baru bayar 50hinggit jer. kih kih kih.



Sambil-sambil tu aku buat grill pintu rumah jugak. Nanti kalau balik kampung tak adalah risau sangat, takut jadi apa-apa. Harga pintu grill ni RM100.

Murah ke mahal korang rasa? Tukang welding kata dia bagi best price ke mr. edy sebab diorang sama "made in Kelantan"...:-)

16 May 2012

Between Sofea and Hakeem

Saja je nak buat perbandingan mereka berdua ni. Kalau nak dibandingkan di antara sofea dan hakeem memang lain benar perangainya. Nama pun lelaki dan perempuan kan?. Tapi dalam pada susah senang menjaga diorang ni aku ada perasan ada satu kelainan diantara masing-masing .  

Kalau diikutkan sofea paling senang sekali nak jaga. Dari lahir sampai usia nak dua tahun, kalau dia dah start tido malam memang dia tak akan bangun-bangun dah. 


Bangun cuma sebab nak minum susu. Kiranya pukul 7 malam tido pukul 7 pagi baru bangun. Kalau aku nak buat apa-apa time tu memang senanglah. Mungkin sofea pun memahami time tu aku duduk berjauhan dengan mr. edy.


Tapi Hakeem pulak kalau nama kata tak pukul 12 malam jangan harap nak tido. Kadang-kadang pukul 1 atau 2 pagi baru nak pejam mata.




hakeem tak menyusu susu botol. Time ni dia tengok sofea menyusu dia pun nak jugak.



Walau pun payah tang tido tapi hakeem ada kelebihan dari segi yang lain. Hakeem ni, once dia tahu kita bawak dia naik kereta jalan-jalan memang dia tak akan berak dalam kereta.


Hakeem hanya akan berak bila balik rumah atau sampai tempat yang kita nak menginap. Jadi tak ada lah payah-payah kita nak berenti cuci berak kat shell ke petronas ke surau ke.


Masa memula bawak hakeem balik kampung memang ada terdetik dalam hati : eh 8 jam dia tak berak. Padahal memang hakeem ni boleh di katakan tiap-tiap hari berak. 


Ingatkan time tu cuma kebetulan. Bila dah lama-lama baru perasan kalau kita bawak pergi pasaraya, shopping mall atau ke mana sahaja, bila dah balik rumah baru dia melepaskan hajat.


Orang kata kalau kita payah nak berak kat tempat yang kita pergi tu maknanya kita tak serasi dengan tempat tu. Rasanya macam betul jer........

Tiket Free Piala FA Kelantan Menentang Sime Darby

Callna callna pada warga perantau yang merupakan anak jati Tanah Merah, Kelantan dan mendaftar sebagai pengundi di Parlimen Tanah Merah boleh dapatkan tiket percuma Piala FA Kelantan vs Sime Darby (19 Mei 2012) pada 15/05/2012 - Selasa hingga 17/05/2012 -  Khamis pukul 10 pagi hingga 10 malam di Perodua, Jalan Jelatik Ampang bersebelahan stesen lrt Jalan Jelatik.

Nampak promo atas tu. Apa lagi kalau u all memenuhi kriteria kat atas tu baik cepat-cepat pergi dapatkan tiket free tersebut. Tak boleh wakil-wakil ye. Kena amik sendiri. First come first serve. 

Aku tahu orang kelantan ni memang semangatnya lain macam kalau bab-bab bola ni. Aku pun baru je teman mr. edy pergi untuk amik tiket free tu. Tapi malangnya nama mr. edy masih didaftarkan mengundi di bawah dun Pengkalan Chepa. So tak dapatlah.

Tetiba rasa nak marah ke orang SPR pulak sebab napa diorang tak update lagi nama mr. edy walaupun dah buat permohonan tukar pusat mengundi. Abislah RM 40 melayang macam ni, kena tinggal ngan anak-anak pulak malam tu nanti.

* aku nak sokong sime darby dengarnya ada habuan bagi yang sokong sime darby.:)

13 May 2012

Dah pandai makan guna tangan

Seronok rasanya lepas usia hakeem melepasi setahun macam-macam dah dia pandai buat. Sejak dah pandai berjalan makin menjadi-jadi perkembangan otak dia. Khasiat susu ibu agaknya. :-)

Hakeem pun makin pandai ikut arahan yang diberi. Dah pandai angkat baldi letak kat bilik air, ambil towel bila nak mandi, letak baju kotor dalam baldi.

Baru-baru ni aku dah mula ajar makan sendiri. Langkah pertama bagi dia try makan biskut sendiri dulu.


Aku tak berani nak ajar hakeem makan bubur nasi sendiri lagi. Bukan tak berani sebenarnya tapi aku malas nak sental baju. hi3.. Tahu-tahulah, kalau dah mula bagi dia makan bubur sendiri confirm baju kotor nyer.

Masa tengah makan bubur, boleh hakeem pergi panjat meja makan sebab nak amik tin biskut. Nampaknya pasni stock biskut jacob ni kena sentiasa ada je kat rumah.

La ni dia dah tahu ini adalah biskut dia. Tiap hari wajib nak makan cikedes ni. Memang dia suka sangat biskut ni. Memang dah pandai dah nak makan sendiri. Tak mahu kita suap-suapkan lagi. 

12 May 2012

BE ke-2 tahun 2012

Short update...

First BE dah selamat jadi ME. Lama dah pun. Nilainya hanya cukup untuk beli aiskrim dua tiga batang. :-) hik hik hik..

Alhamdulillah ada jugak second buffer earning. Lama jugak nak menunggu yang kedua ni. Dah nak tengah tahun baru ada dua je. Orang lain dah berbelas-belas kan...

bukti wajib tunjuk.

Takpe, sikit sikit lama-lama jadi bukit.
Posted in

10 May 2012

Tips dan cara-cara mencukur rambut baby

Mesti ada yang nak tahu macam mana aku cukur rambut Hakeem sampai botak licin tu. Ada ker?

Ada yang tanya Hakeem tak nangis ke. Jawapannya tak. Tapi bukan senang nak potong dan cukur rambut budak kecik ni. Sofea yang dah nak 3 tahun tu pun bukan main dia lari bila aku start sentuh rambut dia.

Kena betul tekniknya, baru baby tak nangis. Aku hanya akan potong rambut hakeem waktu keadaan tenang, waktu tak orang. Pastu time dia macam dah letih nak tidur dan off course waktu dia nak menyusu.

Nak tahu lebih lanjut camna aku buat meh baca ni.

Alatan mencukur rambut yang diperlukan :
GUNTING (gunting kecik sudah)
SHAVER (aku guna jenama Gillete)
SURAT KHABAR
TOWEL KERING
TOWEL LEMBAB
AIR SECAWAN

Cara-cara mencukur rambut :
Memula aku akan potong rambut Hakeem yang panjang tu guna gunting. Gunting cincai-cincai jer. Bertobek pun tak ape. Sebab niat nak botak kan? Janji rambut baby dah nipis dan pendek. Senanglah nak ke proses cukur nanti.
Kemudian aku pangku dan susukan Hakeem. Hakeem nyusu badan. Kalau yang minum susu botol pn boleh jugak. Tapi kena pangku anak tu yea. Pangku biar atas tangan kiri supaya tangan kanan boleh jalankan kerja nanti.
Masa dia tengah sedap menyusu time tu tangan kanan aku mula buat aktiviti mencukur bahagian atas rambut. Kemudian aku buat bahagian tepi belah kiri dulu. Kena sengetkan kepala dia lah. Aku pastikan bahagian kiri siap sepenuhnya baru boleh pusing belah kanan. Kalau buat sekejap belah kanan sekejap belah kiri kang mengamuk pulak baby tu.
Then, confirm tak lama pastu baby akan tido. Time tu waktu yang tepat untuk sengetkan kepala kekiri supaya dapat cukur belah kanan pulak. Pastu aku tak akan tukar-tukar posisi dah. Cukur sampai botak licin. Kena pandai-pandailah cukur bahagian belakang tu. Memang lenguh jugaklah kepala aku dibuatnya.
Fyi, aku tak akan cukur sampai tiga empat kali untuk satu kawasan cukuran. Takut nanti kepala Hakeem pedih dan luka. Aku cukur sekali dua, kemudian buat tempat lain dan ulang balik tempat yang dah di cukur tadi. Aku ulang proses ni dalam tiga empat kali untuk mendapatkan kepala yang botak licin. 

Btw, secawan air gunanya untuk bersihkan shaver yang dah dipenuhi rambut. Surat khabar untuk bungkus rambut baby tu. Towel kering untuk lap shaver. Towel lembab tuk lap rambut. Nak tengok dah licin ke belom rambut tu.

Tapi aku tak guna pun air dan tuala. Aku dah expert, korang yang baru bertatih di sarankan guna. Kih Kih Kih...

Nak cukur rambut baby ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagi yang kurang sabar baik tok sah cukur. Nanti buat jahanam rambut anak korang jer. Masa yang diperlukan diantara 30 min ke 60min tau.
Selamat mencuba teknik mencukur rambut baby versi Pn. Azi yea...

*faham ke penerangan aku tu...

Arwah dah

Semalam pagi baru jer aku publish story pasal kucing terbiar (storynya di SINI). Tengaharinya kucing tu dah tak ada.

Kucing tu dah mati. Dan kematiannya disebabkan oleh moto LC aku, lebih tepat kecuaian aku. Aku dah langgar kucing tu secara tak sengaja masa nak alihkan moto.

Aku duk risau masa bawak moto tu takut terlanggarkan hakeem dan sofea. Alih-alih lain pulak yang jadi. Kucing tu kecik sangat. Sungguh aku tak perasan.

Memula mr. edy kata aku terlanggar kat bahagian kaki jer. So aku taklah risau sangat. Tapi bila petang waktu aku bukak pintu depan rumah, kucing tu tak muncul pun kat pintu. Bila aku tanya kat abang ipar aku, dia kata kucing tu dah arwah dah.

Petang tu aku tengok semut dah penuh hurung kat kucing tu. Dan petang semalam jugak mr. edy terus tanam kucing tu. Sedih jugak atas kehilangan kucing ni. Mr. edy kata kucing ni macam pembawa rezeki.

Fyi, orang yang letak kucing kat kaki mr. edy tu pakai baju melayu. Memanglah tak ada apa-apa simbolik pun. Semua rezeki datangnya dari Allah.

Tapi kalau kita buat baik, berbudi pada binatang, pada tanah, semua makhluk akan mendoakan kita. Betul tak?


*Itulah, celupar lagi mulut tu kata tak suka kucing. Terus tuhan tarik dan dan tu jugak.

09 May 2012

Orang kelate moh turun Kolumpo

Sabtu depan bersamaan 19hb Mei ada perlawanan bola sepak. Kelantan menentang Sime Darby kan? Betul ke date tu? I'm not sure. Dan kalau tak silap mr. edy cakap Piala FA. Ntah.. tak minat lah bola bola ni.


Mungkin malam tu aku dan anak-anak akan di tinggalkan untuk sekian kali oleh mr. edy. Tapi mr. edy awal-awal dah kata, kalau ada job dia rela tak pergi stadium. Boleh percaya ke tu mr. edy oi?


Dan isnin lepas, abang mr edy a.k.a abang ipor aku tu dah selamat sampai KL naik keretapi dengan anak dia. Semangat bebeno nak nengok bola tu....


Actually buat itu kebenarannya. Dah alang-alang abang ipor aku nak datang tengok bola, kitaorang suruh dia datang awal sikit. Nak mintak tolong dia buatkan gudang simpan barang-barang berkaitan lori kitaorang tu. Abang ipar aku keje tukang buat rumah. Kalau mintak tolong sedara mara bolehlah jimat kos.

(korang boleh baca entri INI untuk mengetahui betapa penting gudang tersebut di  bina) 


Dengar kabo, hari sabtu tu nanti orang Tanah Merah akan turun se bas. Aduhai.. demo ni memang semangat kenegerian tinggi sungguh. Tapi rasanya kelate tak pernah menang apa-apa lagi kan.


Kesian deh...
gomo kelate gomo.. gomo kelate gomo...(nyanyi dengan nada tinggi sambil menghayun penumbuk tangan)

Botak again

Semalam tengahari masa mr. edy pergi kerja, aku pun buat operasi cukur jambul kali kedua. Kali pertama punya aktiviti cukur jambul boleh baca di entri INI. Sedang elok tak ada sesiapa kat rumah. Sofea pun ikut papa dia pergi kerja.

Aku ada terbaca dalam belog redmummy, katanya kalau kerap botakkan rambut baby, anak akan jadi lebih pandai. Wallahua'lam. 

Aku memang dah berniat dalam hati nak botakkan hakeem bila dia genap setahun. Lebih-lebih lagi bila tengok rambut depan dia dah cecah mata.

Ini gambar hakeem betul-betul lepas di botakkan. Hakeem lemas sebenarnya tu sebab belum mandi lagi. Ada banyak helaian rambut jatuh di muka dan baju dia.

Lepas dah siap mandi. Dari pandangan sisi tepi.

Sisi depan

Sisi belakang. Sambil tengok citer bola kampung.

Aku cukur rambut Hakeem ni tanpa bantuan sesiapa. Ambik masa lebih kurang 45 minit jugak. Hebat tak? Dah boleh jadi macam tuk bidan tukang gunting rambut baby aku ni.

Because of CAT

Entri penuh dengan gambar kucing. Jangan pengsan kalau anda bukan penggemar kucing ok :P.

Dipendekkan cerita, ahad lepas mr. edy ada job angkat barang pelamin. Kalau angkat barang pelamin paling awal mr. edy dan lori sampai rumah adalah pukul 12 malam. Mr. edy ni bz memanjang. Mengalahkan menteri...

Sesampai kat sampai umah, terus mr. edy keluarkan kucing dari dalam lori. Kata mr. edy kucing ni dia dapat masa tengah angkat barang pelamin, ada orang letak kat sebelah kaki dia dan terus lari.

Kiranya mr. edy pun tak tahu siapa yang zalim tinggalkan kucing ni. Tak sempat tengok muka orang yang tinggalkan kucing ni. Hanya nampak bayang-bayang. (kalau mr. edy tipu cerita ni, aku pun tipu korang jugaklah ye..HI3)

Cat

Meow

Kucing

Cat again. Are u cat lover? i'm not.




Sofea dan hakeem memang suka kucing. Aku tak suka. Rasa nak campak kat memana jer. Tiap hari kucing ni me'meow' depan pintu rumah aku. Bila aku bukak pintu confirm dia lari masuk dalam rumah.

08 May 2012

Novel terpakai sudah terjual ke pejabat poslah kita

Alhamdulillah akhirnya ada jugak yang nak beli novel-novel terpakai kakak aku tu. Malu jugak duk kabor/canang dalam belog pastu tak de orang nak beli. Kena tutup muka ler jawabnya.

Menjual novel terpakai ni memang memberi satu pengalaman yang baru bagi aku and i'm very very excited. :-). Orang lain dah berabad jual barang online kan. Pastu tak bising pun. Tak pelah aku batak sikit. First time.

Sebenarnya aku penah jugak jual online sekitar tahun 2009/2010. Aku jual barang baby (stroller). New brand and second hand. Ada dalam dua tiga bijik jugaklah yang terjual. Tapi time tu medium aku adalah Mudah.my. Tak ada belog lagi time tu. Base on cash on delivery.

Tak pernah lagi jual barang yang kena postage macam ni. Nervous jugak ni. Takutlah customer tak terima ke apa. Lebih-lebih lagi aku prefer guna khidmat pos daftar je. Novel tak boleh guna pos laju, mahai. Nanti tak padan harga yang customer kena bayar.

sticker pos daftar tu. nak interprem jugak sticker pun. bokti bokti....

Semalam dah selamat pos semua novel yang customer request. Silap percaturan pergi pejabat pos hari isnin. Punya ramai umat manusia. Sejam menunggu.

Oklah, pada pencinta novel dan yang berminat nak beli novel-novel terpakai yang masih sangat-sangat baru, condition jangan risau tip top, gerenti tak menyesal, jangan lupalah singgah cuci mata kat SINI yea.


*sedang berkira-kira nak jual baju plus size (prelove item), my sister punya. Ada ke yang berminat nak beli rasanya?

06 May 2012

Aktiviti luar selepas dapat kaki

Hari tu aku ada mention nak bagitau apa aktiviti Hakeem lepas dah boleh berjalan kan.

Aku rasa memang dah lama dah Hakeem aim dalam kepala dia tu nak pergi sendiri semua tempat yang biasa aku dukung dia.

Antara tempat yang Hakeem akan jalan terkedek-kedek lepas aku sarungkan kasut ke kaki dia adalah tempat paip air, ampaian baju, pokok bunga dan tempat aktiviti berbudi pada tanah aku tu.

Budak kecik memang otak diorang cepat betul menangkap sesuatu benda. 

Jom layan gambar hakeem kat tempat aktiviti berbudi pada tanah aku tu. Gambar-gambar kat tempat-tempat lain susah nak tangkap sebab kawasan lain bahaya sikit perlu pengawasan yang lebih.


Hakeem nak ke kawasan tanaman. Nak siram pokok.


Memang dah lama dah Hakeem nak merasa pegang gayung ni.


Bila letih selamba jer duduk. Hai kotorlah baju tu.

Pandang slack ke aku lah tu sebab aku nak amik gayung dia.

*Alhamdulillah lepas tiga hari Hakeem dapat kaki, hari ni Hakeem dah boleh bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa..

04 May 2012

Dah boleh jalan banyak dah

Akhirnya setelah genap setahun, dapat jugak si Hakeem kaki. Lambat dua bulan dari kakaknya.

video


Video ni agak gelap sikit. Aku take malam semalam, lupa nak tukar mode night. Video pun kurang menarik sebab bila hakeem buat aksi best-best jer terus aku lupa nak rakam. Ralit menengok ke dia.

Yang duk ajar hakeem jalan dalam video ni mak ngah diorang. Dan yang lari terkinja-kinja keriangan di akhir video tu sofea. Happy betul dia Hakeem dah boleh jalan.

Hari ni pulak seharian hakeem belajar berjalan. Pastu asyik menuju ke pintu jer. Nak main kat luar. Kalau tak bukak pintu menangis.

Cuma hakeem belum stabil lagi pergerakan sewaktu berjalan dan hakeem pun belum boleh bangun sendiri lagi. Masih perlukan sokongan. Sebulan lagi oklah kot.


*Nanti aku upload pic apa aktiviti luar hakeem pulak yea....

03 May 2012

Kaya dengan duit syiling

Aku adalah pengumpul duit syiling. Baik duit syiling dalam negara atau luar negara. Semua aku kumpul

Aku start simpan duit syiling ni sebelum kawin lagi. Duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen aku separate letak dalam tabung yang berasingan. Senang nanti kalau nak tukar kat bank.

Kalau di hitung-hitung adalah dekat 300 ratus dah semua duit tu. Nak tukar ke bank rasanya belum sampai masa lagi kot. Sayang sangat-sangat.


Lagi pun kalau nak tukar kena 'sort' sesatu dulu duit-duit tu semua. Duit yang lama-lama tahun 1960an, 1970an, 1980an memang aku nak simpan. Market tinggi tu...



Duit luar negara pun aku simpan jugak. Tak kira duit syiling atau kertas. Kebanyakannya family dan kawan-kawan yang pergi luar negara yang bagi. Aku manalah pernah pergi oversea... sob sob...

Kalau nak pi beli kat uptown pun idak ler. Kat up town 24 shah alam aku tengok harga yang diorang letak tak masuk di akal.


Antara duit luar negara yang ada dalam simpanan antara negara Myammar (duit ni aku dapat masa kerja dengan sorang budak Myanmar), India, Kemboja, Thailand (off course senang nak dapat), Singapore (pun senang jugak), US, China, Arab, Jordan dan banyak lagi lah. Semua duit luar negara aku simpan dalam buku simpan duit.


Ini antara duit yang paling bernilai ada dalam simpanan aku. $1 tahun 1971. Duit Malaysia ni. Kalau nak tahu harga market boleh jengok kat Mudah.my. Bersepah orang jual duit-duit lama ni.


*Saya nak duit Peru. Tak ada lagi dalam simpanan. Boleh tak Marya Yusof*

02 May 2012

Tajuk Novel & Nama Penulis - Novel terpakai untuk di jual

UPDATE : SEMUA NOVEL TELAH SOLD OUT


Ha... hari tu aku ada cakap nak jual novel terpakai kan. Alhamdulillah ada jugak yang bagi feedback mintak aku listkan tajuk dan nama penulis novel tu.


Okeh ini dia senarai tajuk novel dan penulis novel yang aku nak jual tu.

Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
1. HADIRNYA CINTA - PITTERIAH ABDULLAH
2. SEINDAH MEMORI - ILANI MYSARA
3. KE MANA HATIMU - EYMAN HYKAL
4. MENCARI CINTA - LEEYA MYRA
5. GELORA JIWA - AISYA SOFEA
6. HATI YANG TERUSIK - NIA AZALEA
7. RINDU DI KALBU - DURRAH FATIHA
8. SEMERAH INAI DI JARI - MILA YUSOF


Penerbit : Kaki Novel Entreprise
1. SYURGA DI WAJAHMU - LAILA HANANI

Penerbit : Buku Prima Sendirian Berhad
1. PAHITNYA MADU - NUR AIFA 


Ada tak sesiapa yang minat nak beli? Kalau u all berminat nak beli dan nak tahu harganya u all boleh tengok kat laman web ni. 


Gigih tau aku siapkan blog ni supaya senang korang nak tahu harga asal buku ni serta sinopsisnya sekali. Kalau dah berkenan bolehlah roger-roger ke kita yea...