31 December 2012

Sedondon suka tak?

Aku kadang-kadang suka jugak sedondonkan hakeem dan sofea. Nampak comel gitu. Tapi kalau dua-dua lelaki atau dua-dua perempuan senanglah nak cari pakaian. Kalau sepasang payah sikit nak cari baju pattern boy and girl yang sama warna dan design sepasang.


Kasut sama, baju pun sama. Semua ni mr. edy yang pilih. Mr. edy lebih berseni dalam bab mencantikkan anak-anak. Korang suka tak?

28 December 2012

Beg Braille

Depan

Belakang

Zip Closure

Beg ni aku buat sebab ada mak kawan kakak aku yang request. Dia nak buat letak alquran  braille, h/p, telekung dan semua bendalah dalam beg nih. 
Dia nak design ada reben dan bunga rose yang besar serba berzip. So aku pun design reben besar-besar macam tu sampai nak letak bunga rose dah macam tak sesuai la pulak. 
Actually aku main buat tanpa dapat ukuran dari tuan badan. Saja nak testing kalau customer berkenan ok, kalau tak buat untuk ready stock jer. 
Then masa aku publish kat FB terus member aku berkenan nak beli. Nak buat beg diaper. Beg ni memang multipurpose semua boleh letak. 
Dah selamat sampai kat tangan pembeli dah pun. Thanks....

27 December 2012

Berhati-hati membeli belah di Mydin

Ini cerita dah hampir sebulan punya story. Mungkin sebulan lebih kot. Tak ingat the exact time tapi ceritanya masih segar dalam ingatan... hehehe...

Hari tu aku pergi mydin beli barang dapur dengan kakak aku dan anak-anak. Mr. edy tak ikut sebab bz dengan keje.

Aku sebenarnya kurang gemar kalau pergi beli belah tanpa mr. edy. Susah nak pilih/cari barang-barang dengan nak pantau anak-anak lagi. Tapi sebab dah darurat terpaksa pergi jugak...

Biasanya aku akan masukkan sofea dan hakeem dalam troli sambil cari barang-barang. Senang tak delah nanti anak-anak hilang ke apa... Takutkan sekarang banyak case anak-anak lesap time ibu bapa sibuk bersoping.

Cuma bila kat bahagian barang basah, kawasannya sempit susah nak bawak troli sekali. Nak tak nak aku kena letak troli kat tepi dan angkut anak-anak. Aku pesan berkali-kali suruh sofea ikut je kemana aku pergi sementara hakeem aku dukung sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pilih barang.

Bila dah macam tu memang leceh sikit. Payah nak tilik sangat barang dan jugak harga barang yang dah aku timbang. So lepas dah bayar baru aku check bil.. Tengok sepintas lalu macam oklah. Sebab barang yang aku tahu ada promosi tu yang aku duk perhati betul-betul di bil takut diorang lupa nak bagi diskaun.

Bila balik rumah aku double check sekali lagi bil tu sebab nak separate duit barang jahit dengan duit barang dapur. Then baru terperasan ada harga yang diorang salah punch. Yang buat aku perasan sebab bil tu ada tulis harga brown sotong . Seingat aku memang aku tak beli pun brown sotong @ sotong kurita ni sebab mr. edy tak makan. Kalau nak masak sotong kurita ni yang sedapnya masak sambal. Tapi sambal tak sesuai untuk anak-anak yang masih kecil. So pendek kata aku memang tak akan beli brown sotong.

Puas mengecheck akhirnya baru aku jumpa rupanya pekerja mydin tu punch harga sotong kurita kat ikan cencaru yang aku beli. Kalau harga sotong kurita ni murah untunglah aku kan. Masalahnya harga sotong kurita ni lebih seganda mahal dari harga ikan cencaru yang aku beli. Rugi betul....

Kalau nak pergi mydin sekali lagi semata-mata nak tukar harga ikan tu memang tak lah aku. Buang masa, minyak dan tenaga. Bukannya mydin ni dekat, kalau depan rumah aku memang ler aku jam jam tu jugak pi tukar.

Lagi satu kan aku pernah jugak terkena masa beli ayam then suruh diorang potong. Balik rumah kadang-kadang tengok ayam yang ada dalam plastik tu macam kurang dari yang selalu aku beli.. Ada kadang-kadang aku dapat satu kepak, dua leher, tiga kaki, kengkadang paha tiga. Ha... ini sapa nak jawab ni?

*Yang jaga bahagian basah kat mydin ni majoriti pekerjanya warga asing tau....

26 December 2012

Learning in progress

Satu hari mr. edy jalan kat luar rumah tak pakai kasut kemudian hakeem nampak. Kemain riuh mulut hakeem panggil papa dia suruh pakai selipar. Siap tolong ambilkan selipar bagi ke papa dia  baru senang hati hakeem nak sambung main balik.

Satu malam hakeem main kat luar rumah. Memang kebiasaan malam-malam hakeem suka main basikal kakak dia kat laman rumah. Masa tengah tolak basikal tetiba hakeem dongak dan tunjuk keatas sambil cakap wulan wulan (bulan).

Hakeem memang suka minum air kotak dutch lady. Tapi biasa budak-budak, bila minum confirm tumpah. Kalau bukan sebab tumpah masa minum, tumpah sebab dicabutnya straw lalu di tonggangnya air dalam kotak tu. Bila dah tumpah aku tengok hakeem pergi ke dapur sambil ambil penyapu dan penyodok sampah. Kalau pas makan pun memang hakeem confirm akan amik penyapu nak sapu semua nasi yang tumpah.

Dua tiga hari kebelakangan ni rajin betul mulut hakeem ucap terima kasih dan sama-sama bila ada perkara yang melibatkan penggunaan perkataan itu. Tapi macam biasa dalam bahasa pelat dia la..

Alhamdulillah dah banyak benda yang hakeem pandai dan faham. Macam tak percaya pun ada,,, Dulu masa sofea aku tak dapat nak lihat depan mata segala perkembangan sofea setiap hari. Ini dengan hakeem dapat jugak aku merasa...

Tak sia-sia mulut aku tiap hari duk peringat hakeem ngan sofea tentang kebersihan, duk mengajar tentang alam dan benda disekeliling kita..

20 December 2012

Beg Jinjit

Sorila lately banyak story pasal beg jer. Sebab itu antara rutin harian aku. Menjahit masih menjadi kegilaan aku....

Kali ni aku buat beg jinjit ilham daripada beg punjut. Kalau beg punjut ada tali jerut kat atas, tapi beg ni customer suh letak zip.


Alhamdulillah customer puas hati dan request nak satu lagi beg yang lebih besar sikit. Nak buat koleksi katanya. Thanks sebab memberi sekali lagi kepercayaan ........

19 December 2012

Belajar Photography

Last week baru teringat sofea ada belajar satu benda baru. Belajar tangkap gambar guna handphone. Biasa budak-budak ni kalau guna handphone touch screen memang cepat pandai. Tapi si sofea terbalik pandai tangkap gambar guna hanphone picit-picit tu baru pandai guna yang touch screen.

Ok, jom kita tengok gambar yang di tangkap oleh sofea. Haruslah tak centre, tak clear, ada sharp, tak sharp.

gambar hakeem. Ok jugak nampak keseluruhan

Nak tangkap gambar telefon yang adik dia tengah pegang.

Tangkap gambar laptop mama dia.

Gambar adik dia lagi. Nampak berseni jugak ni. (Bukan seni kat dinding tu ye..hehehe..)

Tangkap gambar TV

Gambar katak kat basikal.

Gambar kipas. Blur, mungkin sebab kena mendongak keatas

Gambar brand TV jugak. 

Inilah antara gambar yang di snap sofea. Banyak lagi yang lain-lain. Yang banyak gambar aku ler. Tapi sebab tak bertudung dan bershort pant tak bolehlah letak kat sini.

La ni keje sofea asal tak de citer cartoon asyik tangkap gambar je. Sampai full memory card. Nak jadi  photographer kot besar nanti. (",)

Shopping with us

Hey short entry je ni... Nak bagitau takut uolls tak perasan... Aku dah buat satu lagi pages, my shop (here) pulak.hihihi...

Belum siap masukkan sepenuhnya gambar beg yang dah ready made tu. So excited nak publish. So pada penggemar beg jeans happy shopping with us me. Harga setiap beg sangat-sangat reasonable.

Nanti aku update item-item yang lain lagi yea...... Feel free to visit...

18 December 2012

Belajar jahit Gathered Clutch

Masih lagi story menjahit uolls. Bukan apa, last week sibuk sangat menjahit beg dan jahit manik sampai terlupa dah cerita pasal anak-anak. Aduh pasni aku kena buat note sementara ada masa nak update cerita anak-anak dalam blog .

Berbalik pasal jahitan, sabtu lepas aku cuba belajar sesuatu yang baru. Gigih aku belajar jahit gathered clutch. First time aku belajar jahit refer kat blog omputih. Berusaha memahami sebaik mungkin. Sebenarnya refer kat gambar je. Tak baca pun apa yang dia tulis. Baca sikit je tang size bag tu. hahahaha...


Amacam? Cantik tak? 

Yang ni aku guna kain cotton cikai. Semeter RM 2.50 kalau tak silap. Then guna interfacing yang paling murah sekali. Hihihi...

Kat tepi beg tu patut aku nak letak ring dan tali tapi belum sempat buat lagi. Oh ya bahagian dalam clutch ni ada dua compartment untuk letak card bank or busines card. Tapi lupa plak aku nak snap bahagian dalamnya.

Tak pe, next time aku nak buat yang lebih cantik lagi. Ingat nak guna kain fanel bahagian luar, kain jeans bahagian dalam dan tengah-tengah nak guna interfacing yang tebal barulah cun sikit... Nanti baru aku snap luar dan dalam.

Clutch ni sangat sesuai lah untuk pi dinner ke kenduri kawin ke... Elegant gitu... Ada sesiapa yang berminat nak tempah tak?

17 December 2012

Belajar Jahit Bead@Manik & Beg Denim/Jeans for Sale (2 in 1 entry)

Sekarang mood mengupdate blog memang dah malas semalas-malasnya. Sebab sekarang aku sangat sibuk dengan hobi baru. Jadi masa nak bukak blog & blogwalking sangat limited.

Nak tahu apa hobi baru tu? Baca tajuk pun dah tahu kan. Apa lagi kalau bukan menjahit manik.

Minggu lepas memang aku duk berselang seli jahit beg dan belajar jahit manik je kerjanya. Sampaikan sofea dan hakeem menjerit ketensionan tengok mama dia.

Bukan apa anak-anakku,... lagi empat bulan je baki yang tinggal sebelum mama start kerja. Kalaulah ada peluang mama nak sambung cuti lagi. Mana tahu dalam empat bulan ni business meletop so bolehlah sambung cuti lagi. hehehehe...

Ok, jom tengok hasil jahitan manik yang aku belajar dari internet sahaja.

Hasil jahitan pertama.

Kat bawah ni hasil jahitan kedua dan seterusnya...



Baru belajar tiga jenis jahitan je. Sebab bead tak cukup...


Oh ya last week aku berjaya siapkan satu set beg denim. Bukan order dari sesiapa.  Aku buat untuk ready 
made stock.

Small beg tote
Measurement 12" height X 10" width X 2" 
Pencil case 
Measurement : 4" height X 8" width
Coin purse
Measurement : 3.5" height X 4.5" width
Price : RM 35.00 exclude postage.

Small tote beg ni sesuai untuk letak telekung/al-quran untuk anak-anak pi belajar mengaji atau apa-apa sahajalah yang korang suka. Ada poket dibahagian depan (yang warna merah tu) dan di dalam no poket.




Haaa.. ada sesiapa yang berminat dengan beg jeans/denim yang digayakan oleh model cilik di atas. Jika berminat jangan segan silu email saya di edyeda@gmail.com. Semua beg-beg ni limited edition tau.. (^.~)

10 December 2012

Denim h/p Case


Ini h/p case untuk letak handphone samsung galaxy note II.  Majoriti semua orang yang order h/p case semua nak letak handphone diorang yang brand samsung. Setakat ni untuk h/p nokia tak ada lagi yang pernah order. Susah ke nak dapat casing samsung ni?

Design yang sama macam sebelum-sebelum ni cuma kali ini buat ada tali di tepi. Customer request....  feeling Rasa cantik pulak.... heheheh..

08 December 2012

Tip memilih kad kawin

Hari ni nak share pasal cerita kad kawin. Bukan sebab aku nak kawin lagi ye. Perempuan mana boleh kawin bebanyak. Cinta i masih utuh tau. Cuma rumah tangga biasa ler ada pasang surutnya. Tak nak story pun pasal rumah tangga. (",)

Pasal kad kawin tu, dua tiga hari lepas ada jiran hantar kad jemputan kawin. Tak kenal pun bakal pengantinnya. Tapi bila bukak sampul kad terus aku terpikat dengan kadnya. Cantik sangat dan useful.


 
Inilah kadnya. Design calendar. Pink lagi tuh...

Tak pernah terfikir masa dulu nak tempah kad kawin ala calendar. Ke masa tu tak ada lagi design macam ni. hihihi... Iyelah empat tahun lepas masa aku nak kawin tu aku tengah belajar. Yang aku tahu hanya Nilai 3 dan Jalan Pudu. Kat situlah aku cari segala menda barang kawin. Pastu time tu tak ada blog lagi. Tak baca orang buat review pasal wedding. Search search pun tak berapa jumpa. hahahha....

La ni semua bakal pengantin siap buat review diorang punya wedding from A to Z. Dari bab bertunang, ke hantaran ke baju nikah sanding ke candy buffet ke door gift ke persandingan ke photography segala macam lagilah.. Bagus sebenarnya. Memang sangat membantu sebagai rujukan. 

Masa beli kad kawin dulu, aku beli kad kawin yang aku rasa design cantik dan murah. Iyelah nak kawin kena guna banyak duit. Budget limited. Jadi faktor murah tu memang masuk dalam faktor utama memilih.

But rasanya uolls yang nak kawin kena tambah satu lagi faktor kalau nak buat kad kawin. Kena buat kad kawin yang boleh disimpan lama. Rugi cetak mahal-mahal, last-last paling lama orang simpan sampai kita kawin jer. Pastu confirm campak tong sampah. 

Kalau kad kawin macam yang aku dapat ni dengan rela hati aku cakap kat mr. edy nak simpan. Mr. edy pun agree. Maybe boleh buat design kad kawin bentuk bookmark or something else.... 

Tak pun boleh buat kad sendiri macam ni. Buang pun tak rugi tapi kena kutuk ada... kihkihkih

07 December 2012

Company Malaysia banyak yang menipu

Sepanjang buat  business lori sewa, aku dengan mr. edy dah banyak kali kena tipu dengan company-company kat malaysia ni. Kalau orang perseorangan tak ada masalah.

Masa nak guna sewa lori kemain lagi demand. Harga nak murah. Tenaga nak kerah. Hantar sms/call two three times nak confirm lori datang on time. Bila datang terlambat sikit marah.  Bising-bising. Mula guna ayat customer alway rights. Yang kita ni terpaksala cakap baik-baik sebab nak cari sesuap nasi.

Tapi bila kerja dah siap, perkhidmatan dah selesai, bab membayar mula liat. Mula main sandiwara. Kata nak bankin dalam akaun. Tak ada cash in hand.

Sudahlah masa deal nak murah sesaja. Tenaga kerah kaw kaw. Ok fine kami boleh bagi harga murah kalau bayar cash. Ini tidak bayar nak kemudian-kemudian dan buat-buat lupa nak bayar. Bila kerja dah selesai, kita pun dah balik rumah memang tak adalanak ba yar. Memang lupa terus. Call pun tak angkat dah.

Aku kalau ikutkan hati rasa nak listinig jer satu persatu nama company yang dah tipu aku dan mr. edy. Biar tercemar nama baik diorang. Bila orang search baru padan muka kan. Siapa suruh menipu sangat. Tapi disebabkan sifat perikemanusian masih menebal dalam diri aku, aku cuma bebel-bebel sikit je kat sini.

Banyak tau uolls orang yang dah tipu aku. Ada company wedding planner, canopy servis, resort, transportation company & etc. Kalau dihitung riban riban dah duit aku melesap...Panas hati nih!!


*semakin berhati-hati memilih customer.

Keadaan rumah yang makin tak selamat

Actually kami sekeluarga memang selalu tido lewat. Paling awal pukul 12 malam. Selalunya dalam pukul satu baru nak gerak masuk bilik. Sok sek sok sek pukul dua baru lena.

Tapi malam semalam mr. edy sorang je yang tido lewat. Dalam pukul 3 pagi. Aku pukul 12 dah berdengkur atas katil. (",). Penat sangat semalam seharian main computer. Sampai merah2 mata, lenguh-lenguh leher. Penangan nak edit blog. hehehe... Perasan ke background blog dah tukar. Itu pun belum siap sepenuhnya. Tak expert. 

Ok, sambung balik cerita malam tadi. So sebab aku tido awal, aku dan anak-anak tido dalam bilik. Mr. edy pulak tido kat  ruang tamu sambil layan video. Katil queen tak muat maaa nak tido sekali empat orang...

Dipendekkan cerita dalam pukul dua pagi, mr. edy ternampak bayang-bayang ada orang lalu kat tepi tingkap.  Mr. edy yang perasan akan kehadiran orang@pencuri terus berkejar melalui pintu dapur. Tapi faham-fahamlah nak bukak pintu, nak bukak grill makan masa. Berbunyi pulak tu. Memang tak dan nak tengok pencuri, pencuri pun dah lari.

Pagi ni tengok tak nampak pulak ada barang yang hilang. Kalau ada pun bukan boleh trace jam-jam tu jugak. Sebab barang  kat luar banyak. Makan masa nak sedar. Contoh kalau dia curi kasut, empat lima hari curi baru sedar bila kita nak guna.

Kalau diikutkan memang tak logik kan orang lalu tepi rumah kita pukul dua tiga pagi. Lebih-lebih lagi rumah aku tak ada kena mengena dengan orang lain. Bukan laluan pejalan kaki atau tepi jalan raya utama. 

Sebelum ni aku pernah cerita rumah aku sering jadi sasaran pencuri kan.  Nampaknya si pencuri ni sentiasa aim rumah aku. Sebab barang-barang orang kasi macam besi-besi, pemadam api, rim kereta kengkadang mr. edy letak je kat tepi rumah. Tak sempatlah nak kemas dalam store. Pencuri ni nampaknya sentiasa memantau kawasan rumah aku. 

Fyi aku dah boleh agak dan syak siapa pencuri tu.. Anak jiran sebelah rumah je. Anaknya memang selalu aku tengok tak tido malam. Sebelum ni pun dah ada orang tangkap dia bawak ke balai polis. Kena masuk sekolah jahat tapi dia lari balik. Cuma aku tak ada bukti mana boleh tuduh dan tangkap sesuka hati.


Now rasa duduk kat rumah sendiri macam tak selamat dan tak berapa nak ada privacy sebab ada je orang duk perhatikan kita dengan niat nak songlap barang-barang kita.


*walau pun kitaorang tido lewat, lampu berpasang sampai pagi tp pencuri still berani datang jugak.

05 December 2012

Habis barang sofea

Hari tu aku ada tulis pasal sofea buang air besar atas lantai dalam bilik air bila dia dah tak pakai pamperskan. Sekarang pun sofea masih aktif meneruskan aktiviti tersebut. hehhe... 

Aku idak mencari inisiatif pun untuk menyekat aktiviti tak bermoral sofea tuh.. Tunggu la nanti bila dia dah besar sikit. Tak pun nanti bila sofea masuk nursery semula mesti bolelah tu dia buang air besar dalam tandas. Ayoyo aku masuk kerja lagi empat bulan. Maknanya dalam tempoh empat bulan ni jugak sofea akan terus buang air besar atas lantai. Huh! dasar ibu pemalas nak fikir sungguh...


Ok, lepas sofea selesai qada' hajat, aku akan cuci vontot dia dulu dan suruh sofea keluar dari bilik air sementara aku take part membersih t**k tu. Selalunya sofea tunggu je kat tepi pintu tengok aku bersihkan t**k dia.

Masa aku jirus t**k sofea ke dalam lubang bilik air, t**k itu mestilah pecah dan bertaburkan. Korang tau tak apa yang sofea cakap bila t**k dia bersepai?. Boleh pulak dia cakap "mama.. abis barang pia" dengan nada marah tanda tak puas hati.. 

Aduh ada ke sofea ingat t**k tu barang. Tiap kali buang air besar tiap kali tu la dia cakap macam tu. Tiap kali tu jugaklah aku kena bagitau itu bukan barang. Tapi sofea tetap tak faham-faham. Agaknya dia ingat t**k tu barang dia sebab dia yang keluarkan agaknya.. hihihi...

03 December 2012

Jom makan rambutan

Aku tahu sekarang orang sibuk cerita pasal durian crepe. Sedap sangat ke durian crepe tuh?. Sampai ada yang kata walaupun tak berapa suka makan durian tapi dengan durian crepe sekali makan terus terjatuh cinta.

Tak kisahla sedap macam mana pun aku layan rambutan jer...









Di kait, dikupas, dibasuh, dibekal, disejuk.. Yum Yum...


Siapa mau boleh datang puchong. Lima buah pokok rambutan sedang hangat berbuah. Kasi free je. Khidmat memanjat tak di sediakan, tapi galah boleh di beri... (^.^)

*Psstt... anak dara aku sangat boleh diharap...

Baju BAB 1 (ba alif ba ya)


Cantik kan baju ni. Comel je gambar-gambar cartoon tu. Siap ada reben lagi. Itu yang aku terpaut dan siap beli dua helai. Tapi sayang cartoon tu gambar ba alif ba ya. Kalau bukan sebab mr. edy yang perasan dah lama baju ni selamat aku sarungkan dibadan. 

Nasib baik zaman sekarang zaman IT. Boleh jual online. Ada jugaklah non-muslim yang nak beli baju aku ni. Nak harap jual kat kawan-kawan, semua kawan aku majoriti muslim....

Weee... Dengan internet segalanya mungkin... (^.~)

*In case ada reader non-muslim yang berminat nak beli lagi sehelai tu bolehla klik SINI

30 November 2012

Milik siapakah sepasang kaki ini?

Siapa punya kaki yang sedang memakai selipar hitam bunga pink bersagat di depan.
*Anak-anak aku kalau beli selipar baru memang tak dan beberapa hari confirm habis jahanam...










Sofea?
Aduhai bukan sekali ni je hakeem pakai kasut kakak dia tapi dah berkali-kali. 
Aku duk perati je time dia nak pakai selipar, kalau ada pilihan antara kasut dia dengan kakak dia mesti dia pilih kasut kakak dia. 

28 November 2012

Teruja nak pergi


First Priority 
Metrojaya Warehouse Sale
From 28 Nov 2012 (Wed) - 2 Dec 2012 (Sun)
Stadium Malawati, Shah Alam


Second Priority
SINGER Warehouse Clearance Sale
From 1 Dec 2012 (Sat) - 2 Dec 2012 (Sun)
Bangunan SINGER HQ, Lot 6, Jalan 51/217, Section 51, Petaling Jaya, Selangor.


Third Priority

F.O.S Warehouse Sale
From 28 Nov 2012 (Wed) - 2 Dec 2012 (Sun)
18, Jalan Pelukis U1/46, Seksyen U1, Temasya Industrial Park, Shah Alam. 


Kesian mr. edy. Penat-penat kerja isteri asyik duk perabih duit jer. Tak pe... tunggu naa tahun depan cek keje cek dah ada income sendiri cek cuma minta duit dapur je k. (>.<)

27 November 2012

Ubat Gigi Colgate Total Percuma

Nak tanyalah uolls guna ubat gigi apa yer? Dulu aku guna ubat gigi colgate. Tapi pas ada isu boikot memboikot Israel terus aku bertukar jenama. One of product yang kita kena boikot a dalah ubat gigi colgate. Bukan McD je tau....

Now aku pakai ubat gigi jenama MUKMIN. Memula masa tukar ubat gigi, lidah aku rasa payau. Dah terbiasa dengan ubat gigi Colgate sejak dari kecik. Suka sangat dengan ubat gigi colgate ni. Patah hati bila orang suruh boikot.

Since dah dekat dua tiga tahun aku tukar ke jenama MUKMIN, aku pasrah je pakai ubat gigi Mukmin. But now aku rasa nak beralih angin ke brand COLGATE semula lepas dapat tahu colgate nak bagi sample colgate total 20gram free. Teringin pulak mulut ni nak rasa... Dasar suka barang-barang free... kihkihkih..
Korang nak tak sample colgate total 20gram percuma?
Kalau nak boleh clik iklan colgate yang ada kat blog ni. Bila nampak je iklan cam gini korang terus klik lelaju k...


Jom 'Experience 12 Hour Protection For Yourself.  hehehe... Tak sabar nak dapat sample percuma nih. 20gram tu besar mana? Mesti cenonet.... 

Cabaran sofea free pampers

Alhamdulillah dah genap sebulan sofea tak pakai pampers. Dah tak payah remind suruh kencing berak. Sofea dah pandai pergi bilik air sendiri. Time nak cuci je dia panggil aku.

Act. bukan mudah nak bagi anak bebas pampers. Ada jugak challenge yang aku kena lalui.

Pertama, waktu memalam sampai sekarang aku masih kena kejutkan sofea untuk kencing. Kalau tak alamat bila time sejuk time hujan confirm terkencing dalam seluar. Bila dah kencing bukan sofea reti nak bangun. Tidolah dengan seluar basah-basah tu sampai aku buat spotcheck.

Last week nampaknya dah ada peningkatan, lepas terkencing malam tu, terus sofea gelabah bagitau dia dah terkencing dalam seluar. Tak sure aku, memang dia dah tersedar atau dia memang betul-betul berasa nak kencing. Yang ni takpe, aku rasa lelama nanti pandailah sofea bangun malam sendiri.

Challenge yang kedua ni je aku masih lagi berusaha mencari penyelesaian. Bab buang air besar. Sebulan tak pakai pampers, sebulan jugaklah sofea buang air besar atas lantai bilik air. Taknak nyer dia buang air besar dalam toilet. Maybe sebab toilet tinggi, jadi sofea takut. Aku pun tak ler bebelikan lagi potty train tu. Macam tak ada feel pulak nak beli... hehhee...

Disebabkan sofea buang air besar atas lantai, bila keluar jenjalan memang sangat-sangat problem tau. Tak boleh keluar rumah lama-lama. Nasib baik aku memang jenis home sweet home. Jarang keluar.

Pernah hari tu kitaorang keluar jenjalan, sofea kata nak kencing. Padahal aku baru je suruh sofea kencing kat Petronas. Aku dah mula risau. Mesti sofea nak berak ni. Nak balik jauh lagi rumah. Nak pergi tandas petronas nanti susah pulak nak cuci. Sebab kalau kata sofea berak kat lantai bilik air rumah aku memang dia berak betul-betul kat tepi pintu. Aku suruh membuang dekat-dekat lubang air, dia tak nak. Kalau dekat-dekat lubang tu senanglah nak jirus kan...

Last-last mr. edy suruh je sofea buang air besar kat tepi longkang. Tapi sofea pun reti jugak rasa malu, tak selesa... Tak mahu nyer dia melepaskan hajat kat tempat terbuka. Siap menangis lagi bila mr. edy suruh jugak buang air besar kat tepi jalan. Sian sofea... Nasib baik ada lagi saki baki pampers sofea yang aku letak dalam beg jalan dia. Terus aku pakaikan je sofea pampers. Akhirnya selamat sofea qada' hajat dalam pampers.

Aduhai macam mana agaknya nak kasi sofea ni buang air besar dalam tandas? Dah la sekarang asyik mintak nak pergi sekolah. Any idea...

26 November 2012

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

Hakeem memang suka dengan lori. Asal nampak lori mula gelabah sebut : Yi, Yi... Dengar bunyi lori sampai sangggup berenti menyusu. hehehe...Mentang-mentanglah papa dia keje bawak lori.
Kat rumah memang ada satu lori sampah mainan yang dah tercabut tayar dan tong sampahnya hilang entah kemana menjadi permainan kegemaran hakeem. Taksub sangat main sampai habis rosak segala.

Biasanya kalau aku tengah masak, lori nilah jadi teman setia hakeem. Memula-mula dia tolak-tolak lori sampah mainan dia tu ke hulur kehilir. Kemudian dia bangun dan masuk dalam bilik jahit. Nak tahu apa dia nak buat kat dalam bilik jahit tu?


Ha.. Tu dia gi amik kain perca jeans yang aku buat beg. Then dia akan cuci lori tu. 

Sebijik ikut gaya mr. edy mencuci/membaiki lori.

Bila nampak aku mula panggil aku ... Ma.. ma.... cak cak (Mama, rosak rosak)
Taulah lately lori papa asyik meragam .

*nanti mama beli lori mainan yang baru ye hakeem...

Sofa dan Almari Pakaian Terpakai

Rezeki lagi. Kali ni mr. edy bawak balik sofa, almari baju, kitchen table and TV cabinet. Tapi aku cuma ambik sofa dan almari baju. Yang lain-lain bagi kat kengkawan bujang mr. edy.
Ini kali kedua aku dapat sofa daripada customer. Jadi total sofa kat rumah dah ada tiga set termasuk yang aku beli. 
Aku memang gila mengumpul sofa sekarang. Gila nak tunjukkan kemewahan diri.. hahahha...
Sape yang bagi aku sofa memang aku akan guna sebaik mungkin. Letak kat ruang dapur, dalam bilik, kat laman depan rumah, ruang tamu off course... 
Sampai mak mertua nak pun aku tak kasi.. ngeh ngeh ngeh, dasar menantu hantu kesayangan...

Inilah sofa nya. Quiet ok cuma dah tenggelam sikit isi.  Nampak tak kat bahagian yang aku letak patung-patung tu. Kat situla tak balance kerataannya. Then ada bulatan kecik macam kena api rokok. 
Biasalah barang terpakai. Nak lawa-lawa beli sendirila kan... Aku letak kat ruang tamu bagi sofea baring sambil tengok tv. 
*pssstt jangan tengok dinding yang huduh tu (^_^)


Set satu lagi aku letak kat dalam bilik jahit. Buat anak-anak baring sementara aku menjahit. 

 Cantik jugak almari baju ni kan. Cuma pintunya dah tercabut satu skrew but still boleh tutup slow-slow. Biasa almari aku tak suka nak amik tapi sebab almari ni lebih kecik berbanding dengan almari yang biasa aku dapat sebelum-sebelum ni so aku decide nak letak kat dalam bilik jahitan. Nak buat letak pinggan mangkuk yang jarang guna dan kain-kain jahit aku tu. 


Dah siap kemas pun semalam. Suka....

22 November 2012

Pemberian Mak Mertua


Hehehe... Biasanya orang dapat baju, kain pasang, kain batik, tudung, kerongsang kan. Yang ni mak mertua bagi pokok cili api. Sebab projek tanam menanam ni pun antara aktiviti yang aku aim nak buat masa cuti tanpa gaji. Kira mak mertua support minat menantu kesayangan dia. 

Hasilnya tengok meriah u cili api tu. Panjang-panjang lagi... Thanks MEK (mil tak baca pun blog i ni )

19 November 2012