31 December 2010

Saman menyaman

Saje gatal-gatal tangan bukak laman web INI.

Nak test daya ketahanan dan ingatan terhadap pasword2 yang telah dicipta. Alhamdulillah nampaknya otak aku masih sihat dan cerdas untuk mengingati banyak perkara. Sapa kata pas ada anak otak kita makin lemah haaa?????....


Pas login terus check untuk diri sendiri. Nampaknya tiada maklumat dan aku bebas sepenuhnya dari melakukan sebarang kesalahan.


Kemudian gatal-gatal tangan lagi try check untuk husband yang sedia aku tahu banyak melakukan kesalahan sebelum kenal, semasa bercinta dan selepas berkahwin.


Nak amik ada 8 summons.




Dan scroll lagi page ke bawah. Jumpa pulak item-item ni.



Tiada saman melalui perangkap laju. Husband memang slow and steady, suka bermesra-mesraan dengan anak bini.


INFORMATION (cedok sebijik dalam laman web)

Effective 1st December 2010, PDRM is offering an incentive on compound rates for all types of
traffic summons issued –

1. All summons issued on or before 30th November 2010 :
  • A rate reduction from the original compound

2. All summons issued after 30th November 2010 :
  • Summons settled within 15 days will be offered a 50% incentive from the original compound
  • Summons settled within 16 to 30 days will be offered a 30% incentive from the original compound
  • Unsettled summons within the 30 days ARE NOT entitle for an incentive and will be immediately black listed

Sib baik semua saman adalah saman sebelum 30/11/2010. Memang ada discount tuk kami ler. Xyah nak alert tarikh akhir discountnya. Tapi bila dicalculate amaun adalah dalam seribu+++. :(

30 December 2010

29 December 2010

Akhirnya...panggilan itu tiba jua

Akhirnya tepat pukul 2.32pm telefon aku berdering setelah seharian semalaman semalam kerisauan. Hari ini suasana riang bertukar muram. Memang aku dah tak ingat dah kisah hari jumaat lepas. Dan seperti yang sedia maklum keputusannya telah aku duga apabila panggilan hangit itu muncul. Sangat-sangat mendukacitakan. Aku disahkan mengidap kencing manis. Before test 5.8 and after test 7.9. Tinggi ke??

Ini adalah antara keputusan yang menyedihkan diantara perkara yang tersedih dalam hidup. Kenapa....Entahla aku rasa emosional sangat dan hampir tak mampu berkata-kata pabila misi memberikan keputusan.

Tadi banyak jugak perkara yang dibualkan dengan misi tapi tak terdaya nak coretkan disini. Sebab semua yang dibualkan mendatangkan banyak masalah. Dan kesedihan ini boleh aku umpama kesedihan sewaktu aku dapat keputusan semester 6 di uitm. Lagi 0.08 nak dapat anugerah dekan dan semester tu la pointer aku yang terendah. Sedih!

28 December 2010

27 December 2010

Selesai dah minum air gula

Jumaat lepas sudah selesai stage 1 - minum air gula.
Sangat sedap kalau compare minum time mengandungkan sofea.
Manisnya ada kurang dari yang dulu.
Rasa macam misi tersilap sukatan je.



Nampak empat cawan plastik atas meja tu.
Masa aku snap tinggal tu je yang ada, lain dah selamat masuk kemulut bakal-bakal ibu ni.
Secawan penuh tu la ibu-ibu mengandung ni kena minum.
Tip nak minum air gula ni senang je....
  1. Jangan kulum air gula dimulut, terus masukkan ke tekak.
  2. Jangan tunggu lama-lama untuk setiap tegukan. .
Petua ni dapat dari ibu yang aku jumpa masa kat klinik.

Air mineral atas meja tu pulak air yang bakal ibu minum pas berjaya abiskan air gula.
Bawak sendiri dari rumah. No sponsor...

Nak tahu result hari tu? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hi3..Resultnya akan diketahui minggu ini. 

Kalau ada panggilan dari klinik maknanya aku terjebakla dengan penyakit kencing manis. Kalau tak di hubungi maknanya aku bebas dari sebarang jangkitan.

Weehee..berdebar ni tunggu keputusan, harap-harap janganla ada panggilan hangit dari klinik.

23 December 2010

Title or No Title : Mana satu pilihan

Ok cuba bayangkan anda ditawarkan jawatan-jawatan berikut :-

Pertama
Ditawarkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Gred N41 "Contract For Service" Jawatan ini adalah bertaraf kontrak selama setahun. Akan disambung semula jika perkhidmatan anda masih diperlukan. Jawatan ini adalah lantikan dari Kementerian dimana tempat anda akan bekerja. Gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM 2,331.00 ke RM 2,550.00. Tiada kenaikan gaji tahunan.

Kedua
Ditawarkan jawatan sebagai Pekerja Khidmat Singkat@PKS Gred N27. Jawatan ini jugak bertaraf kontrak tetapi selama enam bulan. Perkhidmatan terputus selama seminggu sebelum di sambung balik jika perkhidmatan masih diperlukan. Lantikan juga adalah dari Kementerian tempat anda ditawarkan bekerja. Gaji yang ditawarkan adalah mengikut gaji hari. Bekerja 5 hari seminggu 5 jam sehari. Sehari bersamaan 16.27 sejam X 5 = RM 81.35. Tiada kenaikan gaji tahunan.

Ketiga
Ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17. Jawatan adalah bertaraf TETAP dan BERPENCEN atau TETAP dan BERKWSP. Lantikan adalah daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam @ SPA setelah anda terpilih ditemuduga daripada ribuan calon yang memohon. Ketua Perkhidmatan adalah Jabatan Perkhidmatan Awam. Gaji yang di tawarkan adalah P1TI sebanyak RM
820.38 beserta elaun diantara RM 395.00 ke RM 595.00. Kenaikan gaji tahunan diantara RM 49.91 ke RM 65.50 berdasarkan lamanya tempoh berkhidmat. Senang cakap ini jawatan namanya KERANI.


Antara 3 jawatan kat atas tu aku pilih yang nombor tiga. Tak apa gaji sikit tapi tetap. Orang tak boleh buang kita sesuka hati. Walaupun tak dipanggil Puan Azi di opis tapi sekurang-kurangnya jawatan kita diiktiraf.


Bagi yang memilih untuk jawatan pertama dan kedua ( bukan memilih kot tapi dah tak ada pilihan kerja) jangan berlagak macam anda bos ye. Sebenarnya anda tu bukan sape-sape. Pihak pengurusan boleh tolak anda dengan mudahnya jika mereka tak suka. Senang cakap boleh buang anda keje bila-bila masa tanpa rasa bersalahnya. Walaupun anda bangga dengan panggilan Puan, Cik, Encik atau Bos itu tak menjamin apa-apa tau.



Bagi penjawat jawatan ketiga pulak janganla takut-takut lagi pada pekerja kontrak ni. Diorang ni kekadang berlagak je lebih. Tahu diorang ada kelulusan dari U tapi kita yang kerani ni pun banyak yang berkelulusan cuma belum bernasib baik. Kalau bernasib baik naik pangkat biarlah jawatan yang tetap atau kontrak yang dari JPA.

21 December 2010

2nd time check up

Hari ni terpaksa pegi klinik desa sbb last week terlupa akan 2nd appointment check up perut. Pegi sorang-sorang tanpa peneman macam check up yang pertama dulu. Macam biasa je klu appointment kat klinik desa ni. Sampai kul 7.30 pagi dalam kul 10 baru boleh settle semuanya.Hari ni dapat no. 16. Macam yang sebelum-belum ni pun itula no. standart aku dapat. Macam no. result exam time sekolah menengah dulu. Tak berapa pandai itu yang selalu dapat nombor belas-belas.


Ok, back to Klinik Desa .. lepas amik no., kena pi toilet, buang air kencing tuk misi check air kencing nanti,  then pi kat penimbang timbang berat badan. Tengok naik sekilo ke, dua kilo ke, tiga kilo ke...Semua kena buat sendiri tak perlu nak tunggu arahan misi. Check up kat klinik desa ni kena buat-buat pandai, kena rajin bertanya kat orang yang dah biasa kalau tak ketinggalan, silap-silap no. anda takkan dipanggil nanti. Hari ni sib baik jupe member sekolah rendah, leh la tanya ke dia, tak la malu sangat nak tanya kat orang lain.


Pas siap buat hal sendirian berhad tu, 2nd stage adalah tunggu misi panggil nama untuk di smbil darah dan di check tekanan darah. 3rd stage pulak tunggu misi panggil nama untuk di check perut pulak. Misi nak mengukur perut sudah buncit tahap mana. Part ni dah masuk dalam bilik. Duduk berdua-duaan dengan misi nombor tiga. Part ni paling segan dan malu sih. Bila dah pernah bersalin, misi dah tak jaga tatasusila dan adab mengecheck, tanpa segan silu menarik baju keatas untuk melihat perut aku yang dah makin buncit. Tapi kan hari ini misi bagi dengar degupan jantung baby... Suka...suka...suka


Bila dah selesai check perut, last stage adalah sesi beramah mesra dengan misi. Selalunya kalau time aku mesti sekejap je sebab aku tak banyak tanya. Tapi ari ni misi sangat mesra dan ramah mulutnya sebab aku punya berat sudah naik 3.6kg dalam masa 5 minggu. Macam bertih jagung goreng mulut misi nasihatkan aku. Kalau kandungan bawah 5 bulan kenaikan berat badan yang dibenarkan hanya 0.5kg. Misi nak tulis dalam buku kandungan aku sebab hidangan makanan sangat sedap jadi aku pun terliur dan makan dengan banyaknya. Aku pun membalas kalau dah lapar saya ngapla semuanya. sedap ke tak sedap belakang kira yang penting perut kenyang.


Kesimpulannya hari jumaat ni aku kena gi klinik untuk minum air gula. Tak terkejut pun sebab memang 1st check up hari tu pun doktor dah suh minum air gula sebab first baby aku dah ada kencing manis. Dan doktor jugak suruh aku datang klinik semula dua minggu lagi untuk buat pemantauan berat badan. Jadinya sesi diet aku harus bermula hari ini supaya apabila tiba hari jumaat insulin dalam badan aku dapat bekerja dengan sempurna sekaligus dapat menghindari penyakit kencing manis. Untuk itu aku akan membanyakkan minum air putih dan dapatkan makanan seimbang.

 wassalam

20 December 2010

Yang lama dibuang jangan

Korang ada kereta ni tak dolu-dolu?
Atau pernah naik kereta ni tak?
Dulu aku selalu naik kereta ni.
Kereta kakak aku, tp kakak aku dah jual lama dah kete ni..
Sekarang aku kembali naik kerete ni...
Dengan kete ni skrg husband aku berulang alik ke Nilai dari hari senin hingga kamis.
Tapi kalau ujan payah, aircond tak ada..
Company husband aku sewa dengan owner kete ni RM 3,000 sebulan.
Berharga lagi kereta ni rupanya.
Kereta ni husband aku panggil SKYLINE.
Nama sebenarnya DATSUN.



Dah dua minggu berturut-turut, sabtu dan ahad kitaorang sekeluarga naik kete nih tuk ronda-ronda.
Siap pegi home decor kat stadium malawati shah alam lagi.
Sebabnya kereta kami masuk workshop.
Rosak hari tu masih ada yang perlu diperbaiki.
Semalam aku planning nak shopping lampu dan kipas untuk rumah baru.
Staff  kedai yang kitaorang pegi tu  beri layanan yang tip top kat kitaorang...
Masa nak sampai kedai, aku dah suh husband parking jauh-jauh.
Kalau diorang nampak SKYLINE kitaorang habisla aku sure diorang tak nak layannyer...
Kete buruk mesti kokak.
Bila tiba time nak masukkan lampu-lampu dalam kereta, barula staff kedai tu terkejut beruk..
"Mana kereta? Ini ke?"
Kami senyum je....
Jangan ingat orang naik kete buruk tu tak ada duit, miskin.....
kengkadang diorang lebih kaya dari yang naik kete besau-besau.

(sebenarnya aku malu jugak orang duk pandang-pandang kitaorang)

18 December 2010

17 December 2010

Percutian di Hutan Lipur Lara Malawati Shah Alam.

Sabtu lepas kereta rosak di Car park Stadium malawati.
Hajat ke Shah Alam sebab nak buat IC husband yang hilang masa pi Warehouse Sales Anakku.
Malangnya JPN tutup pulak, Hari keputeraan Sultan Selangor daaa.
Malang berganda kereta buat hal pulak ditengah panas terik dan di waktu perut sedang berkeroncong.
Tepat 12 tengahari rosaknya, di kala matahari sedang tegak berdiri di atas kepala.
For me kereta rosak, rosak la nak wat camna janji dapat shopping...Hi3..
Husband apa lagi marah berganda..
siap kata nak jual kereta bagai....IC tak dapat buat, duit pulak melayang.


At least sabtu lepas kami telah tersesat bercuti dihutan lipur lara.. ..





Percutian di Hutan Lipur Lara Malawati Shah Alam.




Parking dilaluan paling sunyi untuk mencipta suasana romantik.




 Gembira pia dapat bercuti-cuti 1 Malaysia.





 Mereka boring dah duk dalam hutan.  
Perhatian kanak-kanak adalah dilarang sama sekali untuk bermain api ye...




Hampir menangis kedua-dua anak beranak ini.
Sejam lebih kemudian baru ada orang datang selamatkan kami.
Alhamdulillah dapat jugak balik rumah.



14 December 2010

Puisi puitis ni aku tujukan khas untuk engkau yang bernama S_ _ _ _ _ _ _ N

Aku tahu engkau dah kerja lama, tp aku kerja lebih lama dari engkau..
Aku tahu engkau dah buat semua jenis kerja kewangan cuma engkau tak pernah buat kerja di unit gaji..
Aku memang kurang pengalaman tentang kerja kewangan tapi pengalaman aku buat gaji mengatasi kelebihan yang engkau ada.
Aku tahu engkau boleh jawab semua soklan dari yang diajukan oleh staff mengenai gaji..
Even kadang-kadang aku tahu engkau temberang je kat diorang..
Aku tak kisah ...

Aku tahu engkau tak akan tanya pada aku yang senior ni..
Engkau boleh buat apa yang engkau suka..
Tapi kenapa akhirnya engkau nak menyusahkan orang lain jugak..
Orang yang engkau susahkan itu tak lain dan tak bukan AKU..

Apsal kalau engkau tak tahu hal berkaitan coding engkau tak nak tanya..
Apsal urusan gaji yang bukan Bahagian bawah jagaan engkau pun engkau nak buat jugak kerja tu.
Apsal engkau nak jadi kuli batak dalam masa yang sama nak berlagak macam bos.

Engkau kalau nak buat apa pun aku tak kisah..
Tapi janganlah cuba-cuba menyusahkan orang.
Kalau kau tak tahu kau tanyalah, aku bukan kedekut ilmu pun.
Kalau malu bertanya sesat jalan beb!.














ikhlas,
aku yang terpaksa memendam rasa dek perbuatanmu.

13 December 2010

Membazirkan rezeki di tengahari

Menu tengahari ini ditaja oleh Bahagian. Banyak lauk pauk yang dihidangkan. Ada ayam kampung goreng, gulai daging kawah, lala masak lemak cili api, sayur tempe dan kentang sambal, sayur kobis goreng, ulam ulaman, sambal belacan dan off course dimakan dengan nasi putih.


Aku kalau ada je makan percuma kat opis mesti nak jadi tamak. Rasa nak amik semua lauk yang ada sampai pinggan jadi macam bukit. Tengok semua makanan sedap-sedap rugi kalau tak amik semua wooo. Padahal kalau nak diikutkan aku bukan suka makan daging. Apa salah kalau amik lala atau ayam je dengan sayur ulam-ulaman. Lebih menyelerakan daripada nasi dipenuhi dengan kuah berbagai jenis rasa.





Even aku makan untuk dua orang, last-last ada jugak yang kena buang dalam tong sampah. Mana nak mampu abiskan 6 jenis menu tu. Perangai aku dah rupa perangai syaitan. "MEMBAZIR AMALAM SYAITAN" kan?? Tapi aku rasa orang lain pun sama kalau dapat makan free mesti nak amik banyak-banyak. Mesti nak jadi tamak jugak. Rasa macam leh ngap semua dalam mulut. Padahal bila dah separuh jalan barula nak tersandar. Betul kan ?? Kan Kan Kan???? Sila mengaku....

10 December 2010

Gatal-gatal tapak tangan eh gatal-gatal kepala rupanya nak dapat kutu

Dah seminggu dah rambut gatal-gatal. Sejak gatal makin kerap dan rajin shampoo campur sapu shampoo conditioner. Kalau tak, biasa basuh rambut pakai shampoo je. Segera dan cepat. Masa di opis seminggu ni dibazirkan dengan menggaruk-garuk kepala, tak cukup di pejabat di umah juga menggaruk-garuk lagi. Pakai tudung pun tergaruk-garuk even tak pakai tudung lagi sedap menggaruk-garuk.


Semalam masa amik sofea dinursery, mama ti bagitau kepala sofea de kutu. Patutla kepala aku gatal-gatal, rasanya kepala aku dah dijangkiti kutu embun sofea. Sesampai di rumah selak selak kain helaian rambut sofea dan ternampak kutu besar duk guling-guling atas kepala sofea. Tapi tak sempat nak tarik sebab sofea tak suka orang pegang-pegang main-main rambut dia.


This week ingat nak potong pendek rambut sofea mcm askar wataniah (kalau berjaya) then baru nak pakaikan ubat kutu. Nursery dah bising pepagi tadi masa anta sofea kata budak-budak lain tak ada kutu. Kutu tu asal dari sofea. Ermm..ermm... Boleh percaya ke? Korang percaya ke my baby yang comel tu pembawa virus H1N1 kutu kepala? Aku 100% tak pecaya sofea dapat dengan sendirinya, ini mesti rebakan@jangkitan dari budak-budak lain yang ada kat nursery tu.

- Cian my baby yang comel ni dituduh pembawa wabak kutu -

 PERINGATAN PENTING!
Sape-sape yang anaknya ditinggalkan di Taska Anak-Anakku Sayang sila check kepala anak memasing. Mungkin anak andalah penyebar wabak itu. Jangan tuduh tuduh sofea. Sedih dia.

03 December 2010

Tukar Semua Password : Done





I'm so afraid last night!
Takut seseorang mencuri dan menceroboh data peribadiku.
Hidup sebagai pegawai kerajaan kena bekerjasama as a team.
Itu yang aku lakukan.
Bekerjasama memberi password satu sama lain ...sebab nak balik awai semalam.
Kasi password kat team gaji untuk bukak e-penyata gaji staff KDN.
Sebab aku senior dan aku sorang je setakat ni boleh akses. (bangga tuh)
This morning cepat-cepat tukar semua password dalam email, e-penyata dan akaun-akaun yg perlukan password.
Semua password aku adalah sama.
Lenyapkan password yang lama supaya tak akan ada sekor pun leh ceroboh my account.
Team...aku kurang percaya padamu.
Sorry...


01 December 2010

Makan Nasi Kerabu Berulam Budu

Can u imagine wanita KL pure ni makan budu.



Oh no!! I hate BUDU. But hari ni ada orang belanja makan Nasi Kerabu campur ayam campur budu yang betul-betul budu pure Kelantan. Katanya budu dah masak. Apa bezanya??




Rasa ditekak payau semacam. Tak sedap, tak boleh belah, tak lalu nak makan, tak abis makan. Lastnya turun jugak di foodcourt. Kali ni bukan lagi RM 7.50 tapi RM 2.00 je. Beli buah-buahan untuk tujuan kesihatan.

Bye.

29 November 2010

RM 7.50

3 ketui sotong kecik, 3 ketui bendi + nasi putih bubuh kuah kari RM 7.50. Pic takde, takde masa nak snap sebab hati dah panas. Rasa macam makan western food mahalnya. Mahal tak? Ini harga menu lunch aku tadi. Menyirap je masa nak bayar. Dahla first time beli kat kedai dia. Niat nak terus kekal makan kedai dia sorila. Ini first dan terakhir hingga hati aku sejuk untuk beli lagi kat kedai dia. And sib baik ari ni bawak duit besar 50 hinggit. Kalau tak hutangla jawabnya.


Sebelum bayar pakcik tukang kedai tu siap cakap seketui sotong dua hinggit yea. Masa tu mata aku dah terbuntang ngan muka dah terperanjat badak. Mahalnya. Sehinggit tak dapatla dah dik. Patutla dia taknak potong-potongkan sotong tu. Dia nak kira cam tu ek. Kedai lain aku makan takde pun semahal tu.


Korang kalau korang, korang nak bayar ke atau terus tinggalkan je. Sebab pakcik ni boleh cakap nak ke? Siap asingkan makanan aku ketepi dulu, layan customer lain and last sekali baru nak kira akunyer.


Tapi aku bayar je, takkanlah nak tinggalkan makanan tu dan terus blah atau keluarkan balik sotong yang dah bercampur ngan nasi tu. Aku masih ada adab lagi. Tapi bila difikir-fikirkan balik memang bengang. Patut aku cabut je tadi. Cekak darah punya kedai.


Sepanjang jalan dan sepanjang makan asyik duk mengutuk je pakcik dan makanan yang dia jual. Tapi satu yang boleh dipuji makanan dia memang sedap. Tapi taubat aku nak beli lagi kedai dia. Nak buat camna pakcik kita takde jodoh. Pakcik dah sakitkan hati saya tau!

28 November 2010

Lelaki lebih suka berjalan dengan kawan-kawan dari family?

Hajat nak pergi makan kenduri di N9 nampaknya tak kesampaian. Memang mulut ni sedang tercari-cari ayam masak merah yang sedap macam kenduri dulu-dulu. Ayam yang dihidangkan kat kenduri sekarang semuanya keras-keras belaka. Kalau dulu-dulu lembut dan tomato purinya terasa sampai ke tekak. Kalau kat KL ni memang payah nak jumpa yang enak-enak. Aku mengidam lagi kot!


Hari ni ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Kat kampung ni dapat satu undangan tapi awal-awal tolak tepi. Kakak kat opis anaknya yang dulu satu asrama ngan aku pun kawin hari ni. Rancangan asal memang nak pegi kenduri ni tapi tetiba husband ajak pulak ke kenduri di N9 kawan baiknya kawin. Aku memang awal-awal tak leh masuk ngan geng-geng husband yang kebanyakannya bujang-bujang belaka. Tapi ntah camna tergerak hati nak pegi pulak bila husband ajak. Mungkin sebab dekat N9 je.


Malam tadi siap tido lewat siap basuh baju dan lipat baju sebab hari ni cadang nak bertolak dalam kul 10 pagi. Husband pulak pi jupe kawan tanya jadual penerbangan perjalanan. Tup tup pagi ni dia nak pegi ngan kawan-kawan dia aje. Katanya semua member yang pegi bujang-bujang belaka. Yang dah kawin pun tak bawak bini masing-masing. Aku memang bengang dah dengar. Bukan apa kalau keluar ngan kawan-kawan ntah pukul berapa baru nak balik. Apsal tak leh bawak wife ke klu orang lain tak nak bawak. Perlu ikut kawan ke?


azi : sehingga entri ini dipaparkan 8.10pm husband masih belum balik-balik, dah macam  pegi keje pulak.

25 November 2010

Bantuan Kewangan Khas Kedua Tahun 2010

Semalam terima call dari Bahagian Akaun dari Kak Norli :

Azi dah pukul 11.30 pagi ni, lagi setengah jam je nak pukul 12. Bila nak anta report bayaran RM 500.00 tu?

Aku yang sedari pagi memang sibuk buat keje terus tersentak dan tersentap dengan pertanyaan itu. Hah?? Report apa tu? Tak tahu pun. Nape tak ada orang nak remind. K.Norli kata serius susah nak berhubung dengan aku la ni, dia ade pesan kat orang lain. Aku kata mana ada aku dapat apa-apa pesanan. Rupanya bila ditanya orang tu kata dia tak faham apa pesanan yang K.Norli suruh sampaikan. Orang baru cam tu la.....

Jadi kerana misscommunication itu terpaksala aku mintak ihsan kat Bahagian Akaun bagi masa aku check dulu report sebelum nak run bayaran RM 500 tu. Kata aku sebelum waktu rehat aku akan hantar report tu sendiri ke Bahagian Akaun.

Alhamdulillah walaupun mengah, lelah dan penat aku berjaya jugak sampai ke Bahagian Akaun tepat kul 1 tengahari. Jadi dapat la warga KDN yang sepatutnya dan selayaknya dapat duit Bantuan Kewangan Khas Kedua dapat pada 1 Disember ni nanti.

Korang tahu ke Bayaran Bantuan Kewangan Khas Kedua Tahun 2010 adalah pada 1 Disember 2010??. Ramai dah tahun kot sebab pekeliling perkhidmatan pun dah dikeluarkan di laman web JPA. Aku je yang sering terlupa kalau hal perkaitan bayaran-bayaran seperti Bantuan Khas dan bonus confirm ada changes dan pelarasan yang kena dibuat.


Kerja 7 Hari Seminggu

Dapat memo semalam dari Dato' bertajuk KERJA LEBIH MASA BAGI TUGAS_TUGAS PENUTUPAN DAN PENGEMASKINIAN AKAUN DARI BULAN NOVEMBER  HINGGA  MAC 2011.


Baca tajuk masih ok lagi walaupun rasa lama sangat tu sampai next year, bulan 5 dah nak due pulak.Masa baca isi kandungan memo mak aii terkejut tengok schedule dia :


Hari Kerja Biasa : 4.30 petang hingga 10.00 malam
Hari Sabtu, Ahad & Kelepasan Am : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.



Bila masanya nak rest ni. Kata sekarang nak cuba laksanakan jadual waktu kerja fleksibel. Orang lain biasa hujung tahun relax, pergi bercuti tenangkan jiwa. Tapi kalau orang kewangan memang tak dapat la. Hujung tahunla masa nak pulun nak tutup akaun awam kerajaan.


First time merasa pengalaman mengerikan ni even dah kerja hampir 8 tahun, this year first time aku duduk Bahagian Kewangan dan handle kewangan untuk kementerian. Very tired ok...Tiap hari balik umah rasa mcm nak trus boom atas tilam je tapi ada tanggungjawab lain lagi yang menanti...MY FAMILY...hofe sofea and my husband boleh faham situasi aku sebagai pembantu akauntan.

17 November 2010

selamat berkorban semua

Selamat Hari Raya Korban to :

My husband : Zaidi

My daughter : Sofea

My Family : abg, k.jiah, jila, ijoi & family

My Mother & Father In Law

My Friends : opismate, xschoolmate, gmail friend, ym friend xpecially someone i luv as brother, FB friend)

My Followers : 71 orang

My Readers

and to all muslimin & muslimat


**azi sangat rajin menaip skrg**

16 November 2010

Mee Celup @ Mee Sup

Second time datang Kelantan masa nak cuti-cuti Malaysia dengan kakak aku tahun 2006. Time tu masih belum berpacaran dengan my husband. Tapi tetap nak ambil dia sebagai pemandu pelancong kitaorang. Matlamat supaya boleh merapat ikatan yang belum sedia rapat.


Oh mesti nak tahu first time aku datang kelantan kan?? Masa kawin abg aku. Abang aku pun kawin ngan orang Kelantan jugak. Kaum keluarga kaum kerabat sepupu sepapat aku memang suka orang belah pantai timur kot. Back to my second trip yang mengecewakan itu, pemandu pelancong memang hampeh bawak kitaorang ke Bukit Bunga. Kalau 10 tahun lepas mungkin la Bukit Bunga itu pusat membeli belah yang glamour tapi time aku berkunjung itu hampeh, barang-barang mainan banyakla dan barang yang dijual langsung tak berkualiti. Kelas Thailand paling low sekali agaknya.


Bila dah jalan haruslah nak makan.. Lapaqla kan...Aku time tu dah sakit-sakit kepala sebab jalan ke Bukit Bunga itu teruk. Time tu aku tak order apa-apa rasanya tapi kakak aku order MEE SUP. Tujuan nak order mee sup sebab nak hirup kuah sup yang panas supaya dapat menghilangkan kesakitan yang dialami. Tunggu punya tunggu makanan yang kunjung tiba sangat-sangat mengecewakan. Mee sup ada bubuh kacang tanah. Apa ke hal tu? Pesen makanan jenis apa tu. Kakak aku pun membebel-bebel la tak puas hati tapi pemandu pelancong diam aje. Kitaorang pun buat spekulasi mungkin Mee Sup dekat-dekat sempadan Thailand rasa cam tu kot.


Intro kat atas panjang sangatkan...


Ni actual story nye....

Sebenarnya sejak hari ahad lagi dah mengidam nak makan makanan panas-panas, berkuah-kuah dan berjenis-jenis. Baik untuk kesihatan badan dan kandungan kononnya. Hari ahad sampai kampung dah petang dalam pukul enam kedai pun banyak yang dah tutup. Semalam pulak satu hari bisi dengan aktiviti ke kedai membeli barang dapur untuk persiapan raya esok dan aktiviti lawat melawati orang beranak. Memang tak dapatla nak makan makanan yang diidam idamkan tuh.

Hari ni pagi mak mentua sediakan sarapan pagi dengan ketupat. Alahai memang tak boleh nak blah tapi sofea makan berselera. Nak makan benda lain tak ada apa yang nak dimakankan dan husband pun still tido lagi. Kenalah tunggu dalam pukul 12 barula makanan tengahari siap. Makan ayam masak merah ngan sayur sawi tumis air. Pastu dalam kul 2 aku makan lagi sebelum keluar. Cadang nak Tabung haji kejap. Sebelum sampai tabung haji husband pun bawak ke kedai idaman hati. Dah mengidam dua hari ni nak makan MEE CELUP. Akhirnya dapat juga makan makanan panas2, berkuah2 dan berjenis-jenis. Sebab apa berjenis2 sebab MEE CELUP ni gabungan mee, bihun dan kuew teow. Sedap ooo... tapi aku rasa dah bukan mengidam tapi mentekedarah. Selang sejam dua makan. Memang sekarang ni nafsu makan menjadi-jadi.


Azi : related citer intro dengan actual story adalah mee sup yang kakak aku makan tu sebenarnya mee celup. Cuma time tu dia tak bubuh kuew teow dan bihun sebab kitaorang mintak mee jer. Sekarang ni aku dah jadi peminat mee celup. Bini orang kelantanla katakan....








mode: kelantan kelantan kelantan.........

Isu pasal Kelantan ni hebat jugak kan...Lately post pasal Bagus jadi anak Kelantan atau KL? asyik di comment oleh anonymous. Antaranya comment yang aku sempat print screen adalah komen berikut :













Komen lain yang awal-awal aku dah terdelete dari email. Aku ingat komen tu akan lekat kat post aku tu tapi tak lekat plak, terus hilang,..nape ek??. Mula-mula aku tak kisah sangat pasal komen dan entri ni. Entri ni saje2 recall hal lepas pas aku tahu aku pregnant lg. Tapi tetiba entri ni memang menjadi perhatian pembaca. Aku rasa anonymous ni mungkin student yang sedang buat research atau assignment. Macam aku dulu masa study semua pun cari kat internet je.

Azi :  Tq readers..

14 November 2010

Sudah sampai TM

Dah sampai di Tanah Merah(TM) dah.. dalam pukul 6 petang tadi. Bertolak dari rumah pukul 10 pagi. Kali ni memang sharp-sharp 8jam sampai kelantan. Selalu kalau tak lebih sembilan jam memang tak sah. Jalan memang clear cuma lepas Gua Musang banyak sangat lori, kete banyak, so lembab sikit diselang seli dengan hujan tapi tak lebat.

Tadi masa kat merapoh ada kereta terbabas sikit ke dalam semak, kereta wira..nak tergelak pun ada tengok kete ni, tak de sape tolong sebab tak de apa yang serius. Rasanya dia terbabas sebab elakkan bumper kete siapa ntah yang jatuh tengah jalan.

Sofea sepanjang perjalanan asyik tido je dan aku pulak sakit kepala sebab jalan bengkang bengkuk. Mula-mula duduk belakang dengan pia terus pindah sit depan baru kurang sakit kepala. Tapi terpaksala pangku sofea yang asyik nak bergayut je sepanjang jalan.

Azi : Letih sangat walaupun tak pandu kete, nak zzzz dulu....

13 November 2010

Esok dah nak balik kg.

Planning pertama :
Tak nak balik kg raya haji ni sbb nak budget duit.

Planning Ke-2 :
Nak balik kg. hari selasa petang sehari sebelum raya, raya ke-2 nak pegi bercuti ke cherating sampai hari ahad

Planning Ke-3 :
Tak jadi balik kg. sebab husband ada keje di Nilai, hari Kamis raya haji kedua.

Planning Ke-4 @ Final Desicion :
Balik esok hari ahad. Hari raya pertama hari rabu tengahari kena bertolak balik KL dah. Kamis husband kerja, me to tp nursery tutup sape nak jaga sofea yea..

Keputusan dibuat berdasarkan situasi berikut :
Husband : Assalamualaikum mek, nak nombor IC ngah. suh along sms kat ayahsu dia.

Mek : Balik tak raya ni?

Husband : Tengah adjust cuti ni...

Mek : Azi ada? Azi ada?

Husband : Ada...

Mek : Panggil dia, nak cakap jap.

Azi : Assalamualaikum mek.. mek sihat.

Mek : Sihat, balik ke tak? Nak pesan beli barang sebelum balik ni.

Azi : Pesan apa?

Mek : Belikan mek seluar sendong cam hari tu..

Azi : Boleh..boleh..

Mek : Beli 6 lai (nada mengharap)

Azi : Tak pela nanti azi belikan..

Talian terputus kredit habis...
Dialek percakapan mereka semua dalam bahasa kelantan kecuali Azi yea..

Ikutkan hati memang aku malas nak balik, balik kali ni sebenarnya bukan setakat sbb mak mentua pesan beli barang tapi mengenangkan performance masa raya puasa memang sangat2 tidak memuaskan. Kalau tak balik raya kali ni sure dicop menantu hantu ni. Reputasi kena jaga jugak lebih-lebih lagi anak nak masuk dua. Teringat betapa baiknya mentua masa aku dalam pantang dn selepas pantang even tak pantang pun.

12 November 2010

Berkereta di Giant Putra Height

Biar gambar menceritakan segala-galanya..

Date : 11.11.2010

Time : 8.00pm

Location : Giant Putra Height

Price : RM 3 per 5 min/ RM5 per 10 min.


Ready naik kete remote control ....





Go papa go eh go pia go...




image kaki sape kat blakang pia tu..





I'm a champion


First Time Check Up Perut

Ceramah tentang penyusuan ibu dan kebaikannya diikuti dengan pemakanan seimbang bagi ibu mengandung adalah perkara wajib bagi ibu-ibu yang pertama kali medaftar dan membuat kad mengandung di klinik desa Puchong ini.


Rutin check up yang biasa setiap kali datang ke klinik adalah mengambil air kencing, mengambil darah, mengambil tekanan darah, diikuti dengan berjumpa misi dan seterusnya doktor jika perlu. Kepekatan darah yang baik adalah 11 keatas, tahap sederhana 10 - 10.99 dan kritikal di bawah 10. Betul ke doktor?. Macam lupa pulak walhal baru dengar ceramah semalam dan untuk kali yang ke duanya. Semalam aku dapat 12.1. Ok la kan?


Itu story pagi semalam, aku first time pegi check up untuk my second baby. Tetiba rasa terlalu awal pulak pergi buat kad, ada aje yang dah 5/6 bulan baru buat kad mengandung. Sudahnya dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi baru berakhir semuanya. Keburukan buat kad awal adalah 24 Dis ni dah kena minum air gula sebab first baby aku mengidap kencing manis masa mengandung. Harap-harap baby kali ni tak de dapat kencing manis lagi, susah macam-macam hal kena buat. Dulu pun nyaris-nyaris tak dipaksa bersalin awal. Seperti biasa nanti aku nak buang separuh air gula tu. Hanya ibu-ibu yang baik je akan minum sampai abis. Aku idak la yea...


Letih sungguhla semalam....letih menunggu satu satu sesi selesai.  Nasib baik husband rajin nak temankan jadi tak lah bosan sangat. Masa anak pertama sekali pun tak pernah husband temankan. Terkulat-kulat aku tengok orang lain duk borak-borak ngan husband dia. Sebab company kali ni sporting so bolehla teman aku semalam. Tapi next check up dan seterusnya aku tak nak benarkan husband teman walaupun dia rela. Buat penat aje tunggu lama-lama. Kesian pulak aku tengok. Aku sorang-sorang pun boleh aje. Takde masalah. Lone ranger...


note : smlm masuk opis kul 1 ptg.


10 November 2010

Kerana e-Penyata Gaji


" Hello..boleh saya tahu nombor gaji saya..

Hello..boleh saya tahu nombor gaji bos saya..

Assalamualaikum..payslip bulan 11 dah agih ke?

Hello, Assalamualaikum macammana nak tengok pay slip online tu? "


eee...rasa takut dan malas dah nak angkat tepon ni. Sepagi ni ayat ni je yang kedengaran dicorong telinga. Tak ada ke orang yang nak tanya cam ni : assalamualaikum, azi sihat ke? baby ok ke?

Ini semua gara-gara KDN dah tak print lagi payslip start bulan 11 ni. Ok, ok tahu dah AG dan Kementerian lain start dari bulan 10 lagi dah tak print. KDN baru la malas nak print start bulan 11.  Even kalau diorang nak print pun boleh lagi sebab kertas payslip masih banyak dalam simpanan. 

Tak kuasa dah nak melayan mereka ni. Takkan nombor gaji sendiri pun tak tahu. Tengoklah payslip bulan lepas. Bila suruh tengok pasyslip yang lama kata dah simpan dalam kotak la, tak tahu mana lah. Yang PA pulak kata seganla nak mintak kat bos. Hei itukan hal mereka, wajibla tanya diorg sendiri. Bos pulak nanti kalau dah bertukar Kementerian lagi, PA baru pulak susah kena mintak pasword dari PA lama. Apsal tak uruskan sendiri. Bukan susah pun. Kalau duit gaji tahu pulak hak masing-masing. Ini baru payslip belum masuk Penyata Pendapatan Tahunan lagi ni. Tahu ke tak Penyata Pendapatan pun online jugak nih. Ermmm...

Pastu bila nak buat pinjaman diorang tanya pulak : Bank terima ke payslip online ni? Kalau diorang nak yang original macammana?. Huh..mana la aku tahu sebab aku bukan pihak bank dan aku pun belum buat pinjaman selepas e-penyata gaji ni dilaksanakan. Yang aku tahu ada staff cawangan Sabah bagitau aku pihak bank sana mintak salinan pekeliling yang menyatakan tiada lagi pengeluaran original payslip. Jadi sape-sape nak buat pinjaman bawak aje pekeliling yang ada kat laman web AG.

azi : kena stop typing, tepon berdering lagi nih.



09 November 2010

Aku dah tak kisah

Ya..aku dah tak kisah kalau pagi-pagi aku datang kerja aku tak dapat parking dalam basement. Aku tak dapat nak follow kereta orang lain dekat dekat rapat rapat. Walaupun kaki aku dah gian nak press kuat-kuat nak pecut lepas pintu palang terbuka. Aku tak kisah kena parking kat D8, kena jalan jauh-jauh baru sampai depan pintu pejabat. Kalau tiap hari aku jalan kan baik untuk kesihatan, boleh exercise baik untuk baby dalam perut, senang nanti nak beranak. Sebab even aku datang seawal pukul 7.10 pagi guard tu tetap datang lagi awal dari aku. What to do timing aku memang dah tak boleh adjust kena antar anak ke nursery dulu.

Aku dah tak kisah SPA tak panggil aku interview. Aku tak kisah dah tak dapat naik pangkat. Dah dua kali aku isi borang spa online tapi SPA tak nak panggil-panggil aku jugak. Orang lain grad kemudian SPA dah panggil, aku grad dah berkurun pun SPA tak mo panggil jugak. Penat aku belajar tinggi-tinggi daki bukit UiTM tiap malam, naik moto kena ujan, dapat Anugerah Dekan 3 4 kali, dapat jadi pelajar cemerlang, pun diorg tak mahu interview aku. Jadi aku malas dah nak bukak laman web SPA lagi.

Aku dah tak kisah kena ada rombakan dalam Unit Kewangan dan sub unit kewangan. Kalau nak tukarkan aku kemana-mana sub unit tukarla. Kalau diorang tak berkenan aku buat gaji kakitangan KDN aku lagi tak suka. Tiap bulan ada je perubahan yang kena buat. Kalau setakat perubahan biasa tak apa, ini perubahan yang sengaja dicari-cari. Memang aku tak sesuai buat keje kewangan sebab aku kakitangan perakaunan. Jadi lebih baik aku cari kesalahan orang, buat keje checking dari aku dipersalahkan.

Jadi aku dah tak kisah dengan semua kesusahan, kesedihan, kemurungan kerana itu semua lumrah kehidupan. Bila aku dah tak kisah aku rasa hidup aku jadi lebih tenang.

Azi : Motif entri ditulis sebab aku memang kisah dengan hidup aku.
Entri macam orang kecewa.

08 November 2010

Kuarantin Vs Snapping

Cerita ni cerita hari semalam yea. Hari Sabtu dan Ahad aku di kenakan kuarantin dari berjalan-jalan. Hajat hati memang nak pegi macam-macam tempat... nak pegi SOGO nak pegi ALAMANDA, tak betah duduk umah lama-lama tapi satu tempat pun tak menjadi pegi. 

Sebab aku dan husband dalam persiapan membuat Rumahku Syurgaku jadi pemantauan dengan indon tukang rumah adalah sangat dibutuhkan. Kalau mereka cheating habislah rugi duit yang kami simpan selama ini (bukan duit simpanan pun duit aku buat hutang :P). Perasan kaya je...

 Bila tahap kebosanan sangat terserlah jadi apabila indon mintak duit lagi ini peluang baik untuk keluar sebentar berjalan-jalan. Tempat tujuan adalah giant. Pergi giant pun sebab nak beli buku resit. Preparation... Takut kena songlap duit dengan indon tu. Imagine ....ada ke aku bagi duit aku keluar resit. Tapi tak apalah janji tak kena tipu kan.

 Di GIANT :


Papa sofea yang mintak amik gambar sofea dengan topi besau tu. Sofea apalagi happy dapat main-main dalam pasaraya sbb orang tak ramai. Leh lari sana sini. Tak sampai 15minit dah kena keluar dari giant, satu pic je sempat snap. 

Then sambung snap pic sofea macam model. Lokasi rumah pusaka ibu bapa tercinta.



Bunga kat telinga tu memang sofea tak boleh blah. Letak senyap-senyap. Bunga tu banyak kat depan rumah aku. Sape nak boleh amik tanam. Free of charge.


Gambar ni sengaja di colorizekan sbb gambar sedia kabur. Tapi who care tetap nak letak jugak. Rasa sofea mcm primadona Erra Fazira gitu.


note : Want more picture coming soon ok..




07 November 2010

13 Minggu @ 3 Bulan 1 Minggu

Hari ni dah genap 13 minggu usia kandungan aku. Akhir-akhir ni tak terasa seperti mengandung mungkin disebabkan alahan yang semakin kurang dan perut pun belum membesar.

Makan pun sudah kembali berselera cuma masih belum bersedia untuk mula minum susu, minum soya, makan acid folik. Dulu masa mengandung sofea selasa, kamis dan ahad, tiga kali seminggu mesti beli air soya panas dipasar malam. Mungkin sebab itu sofea putih. Kata orang sofea macam anak korea/jepun. Bagi aku mungkin juga faktor keturunan ibu aku yang berbangsa cina.

Disebabkan minggu2 alahan hampir berakhir, aku sudah bisa kembali menulis-nulis lagi. Maybe selepas 11.11 ni semua rutin hidup sebagai seorang ibu mengandung patut dilaksanakan. Nanti kesian baby dalam kandungan tak dijaga baik seperti sofea.

comel tak saya?
 
info from Pa&Ma : Minggu ke-13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

02 November 2010

Menanti hari esok

Tak sabar nak pergi keje yea esok??
Yup..sangat-sangat tak sabar.. Esok ingat nak siapkan semua keje before lunch. Banyak tu gaji kakitangan sambilan yang perlu dibuat bayaran. Al maklum awal-awal bulan ni. Tapi rasanya boleh siapkan dalam masa setengah hari. Hari ini dah selesaikan semua perkiraan cuma tinggal nak buat bayaran je.

Sebelah petang nak relax dan nak mendamaikan fikiran. Harap-harap semua kerungsingan dan kerisauan akan hilang. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Tak mahu ada kesedihan lagi.

Semalam mungkin hari yang paling teruk dan banyak tekanan yang aku rasakan. Tapi hari ini keadaan sudah kembali pulih dan baik dan esok diharap akan bertambah baik lebih dari hari ini.

27 October 2010

One day in my life

Seawal jam 6.15 pagi dah bangun bersiap-siap dan bersemangat nak pergi klinik untuk check up sofea. Almaklum dah tiga bulan tak melawat klinik desa tercinta. Kalau nak pergi kerja bangun lebih awal dari hari ini sebenarnya. Tadi terbangun awal pun sebab sakit perut yang teramat sangat.


Macam biasa lepas gosok baju dan bersiap aku bercadang nak terus ke klinik ambil nombor dulu sementara biar papa yang mandi dan bawak kan sofea ke klinik. Tak adala sofea mengantuk sangat. Walau bagaimana pun takdir hari ini sofea bangun awal dan aku mandikan ala kadar sebab masih terlalu awal pagi. Sejuk !! Dingdong dingdong dah pukul 7.15 pagi. Hajat hati nak keluar dalam pukul 7pagi tak kesampaian. Planning semua bertaburan. Sebab untuk sampai awal ialah masalah parking di klinik yang terhad kawasan lamannya. Sama jugak dengan masalah parking yang sentiasa membelenggu Putrajaya.


Rupanya apabila dah hampir 3bulan tak datang ke klinik, pesakit pun sudah makin berkurangan. Mungkin semua bayi sudah membesar. Parking pun cun-cun depan pintu gate. Senangla nak keluar nanti, tak adala orang nak block2. Oh pasal baby yang sudah membesar rupanya telahan aku salah, pihak pengurusan klinik sudah merombak sistem kedatangan pesakit. Sesiapa appointment pukul 8pagi akan dilayan dahulu walaupun dia datang lambat dari pesakit appointment misalnya pukul 9 pagi. Padanla tak ramai yang nak datang awal. Kalau datang awal pun tak akan di layan.


Nombor bertuah aku dan sofea hari ini adalah nombor 21. Dalam pukul 8.30 nombor kami dipanggil dan sofea ditimbang. Tak banyak berubah berat badannya. 8.5kg. Masih dalam carta yang stabil. Sudah siap timbang menimbang, angkat mengangkat kena tunggu giliran jumpa misi pulak. Ops sebelum sofea ditimbang mesin penimbang dah dikencingkan oleh baby bawah setahun. Kalau baby bawah setahun kena bukak baju tanpa seurat benang untuk ditimbang. Banyak pulak tu baby tu kencing, naik geli sebenarnya aku nak letak sofea atas penimbang tu. Nasib baik misi tukar pelapik penimbang itu.


Nombor giliran untuk berjumpa misi masih di angka 1 semasa sofea siap fasa penimbang tadi. Jadi aku bawak sofea jalan-jalan di laman klinik. Aku bawak sofea disudut permainan. Main jongkang jongkit sofea hari ini. Bila dah terasa letih aku lihat nombor sudah diangka lapan. Masih jauh lagi nombor kami. Sedang kami berdua berkira-kira nak membuat aktiviti apa seterusnya aku disapa oleh seorang kakak bertudung labuh. Rupanya dia seorang pengasuh. Matlamatnya yang aku  pasti dia nak menambah bilangan anak asuhannya. Nak baby katanya, yang diasuh sekarang semuanya sudah 3 4 tahun. Dan anak-anaknya semua sudah besar. Dia menanya aku ada seorang anak je ke. Lantas aku menjawab dengan bangga ya dan ada satu lagi dalam perut. Hik hik...Bangga untuk didedahkan.


Kami teruskan sembangan hingga dia memberitahu aku bahawa dia mengajar KAFA dan mengaji. Lantas terus ku mintak nombor telefonnya. Oh lupa nak bagi tahu namanya RAUDHAH. Sedap kan? Rumahnya tak jauh dari rumah aku. Mungkin aku boleh berkira-kira menghantar sofea mengaji disitu. Undangan hari raya haji juga ku terima darinya.


Selepas penat berbual ku lihat nombor sudah menginjak ke angka 18. Lama kan kami berborak. Aku yang excited. Tak rajin sebenarnya orang-orang yang datang ke klinik nak bertegur sapa. Mereka kebanyakan datang dengan husband masing-masing. Cuma aku je yang lone ranger sejak dari mengandung lagi. Apa nak buat laki bukan sama-sama keje kerajaan. Sebelum dia menegur sebenarnya aku telah ditegur oleh seseorang yang lain tapi bukan bangsa Melayu tapi orang Indon. Malas sgt ke orang Melayu ni nak bertegur sapa??. Ya! Aku salah seorangnya.


Sekarang sudah sampai giliran sofea berjumpa misi. Soalan wajib yang ditanya dek misi : anak minum susu apa, sudah pandai apa, aktif tak dia??. soalan-soalan biasa. Sangat tak mesra alam langsung. Tak bertanya langsung tentang kesihatan sofea. First dapat misi sebegini dan i really2 dont like it. Habis bertemu misi sombong kami keruangan cucuk mencucuk. Hari ini sofea bakal dihadiahkan cucukan tidak menghasilkan demam selepas setahun. Alhamdulillah nangis-nangis manja. Mana penah sofea nangis bagai nak gila sejak dia lahir. Sangat bagus ini anak. Yang paling penting sudah pandai cium pipi mama dan papa apabila disuruh.


Selepas habis semua aktiviti sofea, aku decide buat appointment untuk diri sendiri pulakla kan. 11.11.10 first appointment untuk ibu mengandung ini. Sangat malas sebenarnya sebab hati rungsingkan hal parking kalau lewat ke opis. Syukur tadi ada tempat untuk diparking setelah dua kali pusing-pusing, ronda-ronda makan angin dalam basement.


Hari ini juga di opis aku dapat panggilan telefon dari BSN menyatakan permohonan pinjaman peribadi aku dah diluluskan. Gembira sangat-sangat sebab penat dah hampir 2 minggu menanti. Kata orang kalau buat pinjaman di bank 3 hari dah lulus. Itu tipu belaka. Koperasi mungkin. Dalam bergembira sebenarnya risau jugak hutang yang semakin membukit tinggi macam gunung ditambah dengan bilangan ahli keluarga yang bakal bertambah. Untuk meredakan kerisauan marila kita berpegang pada prinsip ' kalau ada rezeki tak ke mana' & 'adalah rezeki anak tu'.


Entri ini sangat panjang tak tahula semua dapat baca sampai habis atau sudah tekan X sebelum khatam. Entri ini entri balas dendam sebab sudah lama tak update ini belog. Nanti entri akan datang aku story kenapa aku menambah hutang dengan membuat pinjaman peribadi. Mesti ramai nak tahu kan? Ke tak ada pun yang nak amik tahu. :P

16 October 2010

Bajet 2011 : Duit RM500, 90 hari cuti bersalin & PTK

Ok, semalam sempat tengok bajet 2011 walaupun banyak yang terskip skip. Tapi dalam pukul 5.30 petang memang mata diikuti telinga tertumpu penuh pada ucapan PM. Time tu memang dah nak sampai pada ucapan tentang hal-hal kakitangan awam expecially pasal bonus yea....


Ayat PM yang berbunga indah tu memang diketahui ada yang menarik untuk diumumkan. Firstly PM kata nak mansuhkan PTK. Memang aku sokong sangat dengan keadaan aku sekarang ni yang tak boleh dah amik PTK. Sekarang ni aku dah TK 2, alhamdullilah dah 2 tahun merasa anjakan gaji lepas lulus TK 1 walaupun ciput. (still nak complaint). Pas berehat satu tahun dari amik exam PTK, petengahan tahun lepas aku apply untuk TK2. Masa amik pertama kali tu memang rasa confident je boleh dapat empat empat. Rasa macam senang. Masa TK1 dulu pun instinct aku tepat. Tapi bila result keluar aku dapat tiga empat. Okla not bad. Cuma kena ulang subject khusus tu. Maybe aku ada salah satu dua tu yang dapat tiga je. Tapi aku rasa aku dah jawab yang terbaek.huhuhu


PTK ni Jabatan Akauntan Negara anjuran 2x setahun. Ingatkan hujung tahun lepas nak amikla exam tu balik nak perbaiki aras, mana tau leh naik gaji cepat skit, ntah macam mana permohonan CUEPACs untuk mengkaji balik PTK diluluskan. Keluarla satu surat pekeliling perkhidmatan yang mengatakan kalau dah dapat aras 3 boleh amik sekali lagi je exam, kalau still tk dapat 4 tak leh amik2 dah. Dahla hujung tahun tu jangkaan sofea akan lahir so gabra ngan pekeliling tu aku pun batalkan niat nak amik exam. Terpaksala tunggu tahun 2010 pulak. Tapi kalau ikutkan baik aku amik je exam tu last year sbb exam tu 7/10 sofea lahir 10/10 then last year pekeliling tu masih belum berkuatkuasa lagi rupanya. 


Pas dah lama tinggal pasal citer PTK, pertengahan tahun hari tu aku pun pi amik exam pas daftar online dengan senang hatinya. Lupa langsung pasal pekeliling itu. Bila result keluar aku dapat aras 3 jugak. Takpela ingat bulan 11 ni nak amik sekali lagi. Bila permohonan exam dibuka aku rasa aku orang pertama mendaftar dengan lajunya, tapi bila nak send sistem tulis aku tak dibenarkan menduduki exam PTK lagi, tak ada peluang untuk memperbaiki aras lagi. Hangin nya aku satu badan dan barula teringat pasal pekeliling tu. So kesimpulannya bila najib umum PTK dimansuhkan aku la orang paling happy sekali sebab kalau tak dimansuhkan aku sampai bila-bila pun takkan turun gaji ke P3. Tapi sebenarnya kalau aku boleh amik exam PTK lagi aku tak bersetuju dengan pengubahsuaian dan pemansuhan PTK ni. Yang first for me much better. (my opinion je). Ini pun tak pasti sistem apa yang nak diganti. Kena tunggu pekeliling dulu baru boleh ulas lagi.


Keduanya semalam PM umum nak bagi bantuan khas RM 500. Which means tahun ni kerajaan dah bagi seribu kat kakitangan awam. Compare ngan tahun lepas tahun ni lagi ok kan. Tapi aku still tak puas hati. (manusia mana penah puas kan). Sebab aku memang menantikan paling kurang sebulan bonus, sebelum PM kuar statement nak bagi 500 aku terlebih dulu dah kuarkan statement kat husband kalau ada bonus sebulan kita gi bercuti. So takde pi bercuti.... tapi dari tak ada apa-apa baikla ada walaupun ciput. Masuk ni dah dua tahunla tak ada bonus tuk kakitangan awam. Dahla husband pun baru tukar keje comfirm2 la tahun ni 500 tu je la rezeki kami sekeluarga. What to do.. Kuli kan...


Ketiganya aku tak pasti time bila PM umum pasal cuti bersalin ni. Tapi aku dengar time ulasan-ulasan distesen TV. Yang pasti kena baca dulu pekeliling baru faham. Ayatnya agak berbelit-belit. Tapi point pentingnya sampai jugak kat aku. Cuti bersalin 90 hari bergaji penuh. So sangat bagus bagi aku dan mommy to be. Tahun depan dapatla aku jaga anak 90 hari + bergaji penuh lagi. Last year cuti 60 hari je tak cukup terpaksa tambah cuti tanpa gaji lagi 60 hari. Next baby tak tahu la nak cuti tanpa gaji lagi ke tak coz saraan dah makin meningkat.



15 October 2010

Morning sickness lagi

Wah lama dah tak update blog nih.. Bukan apa setiap kali bukak blog aku rasa pening-pening. Semalam je dua kali muntah lepas makan nasi. Tengah hari adik ipar masak nasi ayam, sejam lepas makan nasi ayam aku muntahkan balik semua makanan. Ingat sebab tak boleh makan nasi ayam, malamnya aku ngan husband gi kedai, makan kat luar...aku order nasi paprik, makan suku je, buat alas perut. Tak sampai sejam aku muntah sekali lagi. Habis semua makanan yang baru dimakan.. rugi..rugi...


Hari ini aku decide nak cuti. Masuk hari ni dah tiga hari tak pegi opis, rasa macam opis bapak aku je punya. Sesukahati datang tak datang. 2 hari lepas sofea demam, hari ni aku pulak sakit, morning sickness lagi. Minggu lepas 2 hari tak masuk opis. Teruk betulla pregnant kali ini.


Hari ini gak aku dah tukar header baru, perasan tak, perasan tak?? Gambar sofea, coz header lama ada warna pink, aku macam tak leh nak tengok sangat warna tu so aku simply remove dan tempek gambar sofea je. Senang. Kalau nak design lawa-lawa pun tak de kepakaran, silap haribulan pening kepala datang lagi. Gambar atas tu semua gambar masa birthday sofea 10.10.10.

10 October 2010

Blog Pink Pinky Buat Aku Nak Muntah

Tajuk takde kaitan dengan mana-mana blog yang berwarna pink.

Just aku yang slowly  nak remove warna pink dari blog sendiri.

Tak ada kena mengena dengan blog pink pinky or pink panther..

Ntah kenapa sejak pregnant ni bila buka blog rasa nak muntah je.

Lebih-lebih lagi tengok warna pink yang suram.

Suram ke???

Bukan suram lembutla..(jawab sendiri)

Mungkin sebab tu lama sekali baru upadate blog ni.

Pas ni merah pulak jadi pilihan.

Kenapa?

Merah itu saga...
Merah itu berani..

note : Nak anak lelaki..heeeeeeeeee

30 September 2010

24 September 2010

Sedihnya...

Sedih rasa hati sampai nak mengalirkan air mata bila baca paper utusan hari ni. Sejak mengandung ni memang sentiasa peka pasal isu bersalin ni. Dahla kejadian ni berlaku dekat negeri kelahiran Sofea cuma Hospital aje yang berlainan. Memang dah kali dengar kes sebegini berlaku. Kisah-kisah doktor tertinggal barang dalam tubuh manusia. Kisah kecuaian pihak hospital hingga membawa kepada kematian.

Walau pun doktor ni manusia tak lepas dari melakukan kesilapan tapi kalau boleh biarlah diorang ni lebih berhati-hati dan teliti dalam melakukan pekerjaan. Benda macam ni bukan mainan. Yang pergi tak akan boleh kembali. Ngeri sungguh dan kesian sungguh dengan arwah ni. Sampai tiga kali kena operate dan ada 5 kebocoran pada usus.

note: Moga dijauhi perkara sebegini keatas diri aku.

20 September 2010

Bagus jadi anak Kelantan atau KL?

Masa lahirkan sofea dulu aku decide bersalin kat Kelantan, almaklum kalau kat KL tak ada siapa nak jaga. Emak & Ayah dah tak ada. Memang mengharap mak mentua jaga masa pantang. Masa bersalin tu alhamdulillah bersalin waktu pagi segala urusan ajar mengajar budak praktikal memang aku terlepas. Syukur sangat. Yang menyambut sofea pun masa tu cuma sorang misi, doktor pun tak ada.

Tapi semua berjalan lancar walaupun aku orang luar loghat dan dialek berbeza bukan penghalang untuk diorang menganaktirikan aku. Mungkin jugak  disebabkan aku gov. staff itu yang diorang layan baik aku tak sure la pulak kan tapi rasa skit-skit adala kot. Walau pun macam-macam yang aku dengar dari ipar duai masa diorang bersalin alhamdullilah urusan bersalin aku di permudahkan walaupun ada sikit-skit service yang kurang menyenangkan.

Sebenarnya aku nak story pasal isu bersalin dimana. Amboi mentang-mentang dah pregnant, awal-awal  lagi dah duk pikirkan hal ni. Disebab first deliver aku tak ada experience so nak tak nak terpaksa la bersalin di Kelantan, second baby ni insyaallah kalau tak ada aral melintang membujur lalu melintang patah ingat nak bersalin di KL dulu baru berpantang di rumah mertua. Kenapa aku nak bersalin di KL/Selangor sebabnya aku memang anak jati KL, IC satu empat  - 14 tau, so kalau boleh nak la sorang dari anak kami ni ikut jejak aku dapat kerakyatan KL atau Selangor. 

Act. kalau nak diikutkan, kalau jadi anak jati 14 pun yang aku lihat bukan ada apa-apa keistimewaan. Hanya title orang bandar, orang KL je. Itu ke sebenarnya yang dikejar. Kebanyakan kawan-kawan aku yang asalnya 03 pun aku lihat memang sanggup bersalin dulu di Putrajaya sebelum pulang berpantang di kampung. Bila aku tanya kenapa, diorang kata sebab nak dapat IC 14. Disebabkan nak dapatkan title 14 ramai yang gigih salin kat sini dulu walaupun seksa nak balik lepas bersalin dengan perjalanan 8 jam diikuti jalan yang berliku liki. Tabikla kat diorang nih.

Sebenarnya aku yang jadi anak jati KL ni rasa tak ada apa-apa keistimewaan pun kadang-kadang menyusahkan ada..Cuba korang bayangkan time raya semua orang pulang kekampung tapi kami yang memang orang KL ni berayala dalam kesunyian. Dulu sebelum kawin hari raya ke-3 aku dah start keje. Selain tuh aku tengok kalau nak isi apa-apa borang contohnya jawatan kosong ke, biasiswa ke korang perasaan tak syaratnya kadang-kadang ada tulis mesti anak jati Selangor, anak jati Negeri Sembilan, anak jati Kelantan...ada tak korang baca kata anak jati Kuala Lumpur, setakat ni aku tak pernah jumpa lagi tulis macam tuh.

Last but not least bila sampai satu masa aku lihat orang Kelantan ni tetap akan pulang ke kampung asal mereka. tapi kenapa bila soal kelahiran diorang tak nak menyambung tradisi mereka yea. Yang aku tahu jugak, kerajaan memang ada tetapkan kuota untuk orang kosong tiga ni kalau yang nak kerja kerajaan. Kan special orang kosong tiga nih.

note: KL ke Kelate?

17 September 2010

Jangan harap semuanya akan gembira ye azidah...

Rasanye ramai jugak yang dah masuk kerja dan ada jugak yang baru nak bermula cuti hari inikan.
Aku ? Patutnya dah keje dari hari selasa lagi.
Tapi dek kerana jahitan kaki masih tak sembuh dapat MC 3 hari sampai hari rabu, kamis cuti 1 Malaysia dan hari ini hajatnya nak pergi kerja tapi kerana hujan lebat sangat pagi tadi nak bangun pun jadi liat.
So next week la baru nak mula kerja.

Point utama sebenarnya nak story pasal exam....
Rasanya dalam perkhidmatan awam ni tinggal dua exam je yang aku belum lunaskan.
PTK tahap 2(satu paper lagi) dan KPSL (masih menunggu result).
Tadi bukak laman web AG tengok dah ada result PTK yang aku amik sekitar bulan Jun hari tu.

Resultnya :



Tengok tajuk entri pun dah tahu kan. B je. Tadi jugak sorang member ada call kata dia dapat A. Ermm..sedihla pulak,unsur-unsur, baur-baur kejelesan pun ada walhal si dia baru PTK tahap 1. Itula lain kali jangan belajar last minit ye azidah. Bila orang lain dah lulus awak masih terkial-kial kena amik lagi semula.

Ok takpe sebab memang salah aku mari aku copy paste tajuk entri :'Jangan harap semuanya akan gembira ye azidah...'. Aku cuba cover kesedihan dengan berita Double line je la...

16 September 2010

13 September 2010

12 September 2010

Tragedi Hari Raya ke - 2

Raya tahun ini memang tak best rasa nak balik KL cepat-cepat je..

Perut aku pulak sejak hari raya pertama lagi sudah tak sedap-sedap.
Asyik nak ke tandas-tandas aje.
Nak kata cirit birit pun bukan tapi pokoknya perut aku sakit nak buang air besar.
Malam raya pertama aku bawa sofea sampai ke tandas..
Tak sampai hati nak kejutkan mak metua..
Husband pulak masih tak balik-balik sejak keluar lewat malam itu.

Sakit perut masih berlarutan hingga hari raya kedua.
Kemuncak sakit perut adalah petang raya kedua
Aku dengan sepantas kilat melompat dari tilam untuk ke bilik air.
Tak tahan sangat dah..
Entah mana silap, walaupun bermata empat aku terpijak pinggan kuih hingga terbelah dua.
Darah mengalir laju menitik-nitik kelantai.
Kakiku terbelah..
Husband dan abang ipar sepantai kilat membawa ke HTM - Hospital Tanah Merah dan kakiku telah terkena empat jahitan.

 Abaikan kaki yang buruk dan penuh kedutan. Tumpukan pada bahagian bulatan sahaja.

Hari ini aku dah patah kaki, tak boleh jalan kemana-mana sebab tapak kaki kanan langsung tak boleh cecah bumi..

p/s : hari ini hingga raya ke - 5 ada bekwah@gulai kat rumah sedara mara.. :-(
kebulurla aku kat umah...

09 September 2010

Yeaaahh i puasa cukup tahun ni

Ramadan bakal melabuhkan tirainya kurang dari 5jam dari sekarang dan Syawal pula bakal mengambil tempat. Mari kita renungkan bagaimana agaknya amalan kita disepanjang bulan Ramadan yang mulia ini?? Adakah sempurna dan diterima. Harap-harap segala amalan kita diterima sepenuhnya oleh yang Maha Esa.


Nak recall pasal amalan terawih....

Bagi amalan terawih aku, yang aku rasakan paling sempurna adalah sewaktu tinggal diasrama selama lima tahun dulu. Tapi sekarang bila tidak lagi tinggal diasrama diikuti dengan adanya anak kecil susah betul untuk sembahyang berjemaah(alasan tu, sbnrnya malas). Tapi apa-apa pun Dia diatas sana yang berhak menilai semuanya.

Nak recall pasal amalan puasa....

Masa dulu-dulu puasa banyak yang tinggal samaada secara sengaja atau tidak. Secara sengaja tu banyaknya masa zaman kanak-kanak. Tak larat sikit aje tapi acting buat-buat tak larat tu melebih-lebih mak pun kasi buka puasa. Tapi tahun ini buat pertama kalinya aku berjaya menyempurnakan ibadah puasa genap 30 hari. Sebenarnya susah ooo bagi seorang perempuan yang sudah akal baligh nak puasa penuh. Ermmm..apa maknanya itu yea??


Apapun aku sangat bangga dengan diri aku sebab tahun 1431 hijrah adalah tahun yang pertama dalam hidup aku, aku berjaya puasa penuh.


Yeaahhh so i boleh raya tahun ni selama sebulan!!


p/s: raya nnti ada open house rumah dato' (bos husband), wajib pergi ni..

07 September 2010

05 September 2010

Persiapan akhir

Janji last week ngan suami this week memang tak akan ada aktiviti jalan-jalan. Duduk aje kat rumah. Last weekend dah berjalan sakan, so no more social activity again. 

Semalam misi duduk rumah berjaya dilaksanakan. Hari ini nak tak nak terpaksa keluar sebentar untuk mengambil baju raya kat rumah tailor diwangsa maju then bercadang untuk terus balik rumah selepas itu tak berjaya.

Hari ini bila dah dapat keluar kami umpama burung terlepas sangkar terterbang jugak ke Kompleks PKNS dan AEON Bukit Tinggi. Tujuan ke Kompleks PKNS adalah  untuk mencari tudung supaya dpt dipadankan dengan baju-baju yang diambil tadi. Semuanya ada tiga pasang. Wah meriah i nak sambut raya u...

 Tapi aku hampa sebab PKNS sesak dengan orang ramai, majoriti jual baju raya, tudung sangat kurang. Jadi hanya dapat beli 1 helai tudung aje jenis Pashmina untuk main baju raya.

Selepas tu kami ke AEON Bukit Tinggi dengan niat nak outer seluar jeans yang baru dibeli last weeks tapi coz my husband tak berkenan cara dia nak ambil side potongan jadi terpaksa cancel outer. 

Tempat biasa aku outer seluar adalah di Pertama Kompleks tapi kami takut nak masuk bandar KL dengar jalan jem giler. 

Macam biasa kat AEON, mak ngah sofea giler mencari kasut kerja dan berjaya menemui kasut idaman tapi malangnya size yang dimintak saiz 10 pun masih belum muat untuk disarungkan ke kaki comelnya. Hahahha kesian makngah. 

ACT. ni first time gi AEON dan tempatnya macam ok rasa seronok dan teringin nak datang lagi sebab tadi tak sempat nak ronda habis kerana kesuntukan masa. Maybe pas raya kami bercadang menyusul lagi... :)

Rasanya setakat ini aje my journey untuk persiapan raya sebab duit sudah banyak habis. Huhuhu kena tunggu pas 23hb baru boleh cerita pasal aktiviti shopping lagi.

note: Kamis pagi kami sekeluarga dijangka bertolak pulang untuk beraya di KELANTAN.

04 September 2010

Ready for Duit Raya

Hari Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Dah ready duit raya?
Since aku dah ada anak istilah memberi dan menerima kena dipractikkan.
Kalau tahun sebelum-sebelumnya bagi duit raya ala kadar aje.
This year dah ada formula tersendiri.
Tahun ini ada tiga kategori sampul berisi duit raya.

Pertama berisi RM 1, 


Kedua berisi RM 2


Ketiga berisi RM 3

Kalau duit RM 5 @ RM 10 sampul raya tak diperlukan. 
Boleh nampak besarnya nilai duit tu. Hi3...